Baru-baru ini saya ke sebuah organisasi ilmu di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur atas urusan pembentangan kertas kerja satu event yang akan berlaku dalam tahun 2011 kelak. Usai pembentangan, saya ambil sedikit masa untuk berjalan2 disekitarnya. Seronok melihat budak2 belasan tahun ketawa sesama mereka bercerita itu dan ini. Seronok melihat ramaja2 berkumpul di satu meja dan berbisik bergosip tentang entah apa. Alangkah indahnya hidup menjadi remaja. Tak perlu fikirkan tentang hutang, tentang tanggungjawab, tentang sewa itu dan ini, tentang budget, tentang cost, tentang kerja, tentang apa sahaja. Mereka hanya perlu tidur, bagun tidur,minta izin si ibu dan bapa utuk ke sana sini, buat kerja sekolah, siapkan assignment, kene lulus periksa - itu saja yg diorang harus lalui sepanjang kehidupan remaja.
Tapi itu bukan isu utama untuk saya tulis pada kali ni. Apa yang buatkan saya untuk tulis kali ini adalah, iya masih lagi di tempat yang sama, usai pembentangan kertas kerja saya meluangkan masa melihat gelagat sekeliling dan selain melihat gelagat budak2, saya terpandang satu citra dua pemuda di satu sudut di dalam bangunan tersebut.
Dua pemuda itu kerjanya sebagai guard. Yang sorang tu saya kira adalah supervisor, dan lagi sorang tu adalah pekerjanya. Dengan lagar sebagai seorang supervisor, berbadan gempal dia panggil si pekerjanya yang sedang berjalan2 memeriksa kawasan sekitar. Datanglah si pekerja mendekati bosnya.
Majikan tu seakan hilang sedikit kawalan bila dia meninggikan suara didepan khalayak, pengujung tempat tersebut. Kenapa perlu menegur pekerja didepan orang awam?. Sudahlah tegur dengan cara yang tidak berhemah, suara pulak tinggi, ditempat ilmu pula, disaksikan oleh sebilangan budak2 dan remaja yang dekat dengan kejadian tu. Apa yang sepatutnya berlaku adalah, si majikan memanggil si pekerja dan berjumpa di tempat yang tersembunyi atau mungkin di pejabat keselamatan mereka. Di situlah tempat yang sebetulnya si majikan boleh kalau nak herdik perkerja, nak tegur atau sebagainya.Bukan di depan khlayak. bukan didepan tempat orang awam. Tindakan yang dibuat majikan tu tanpa saya fikir dia tidak berfikir panjang sebenarnya, telah memberi kesan secara tidak langsung kepada, bukan sahaja kesan negative kepada pekerjanya, malah memberi impak kepada persepsi orang awam/remaja yang melihat kejadian tu kepada perkerja keselamatan tersebut - teringat saya akan kata2 Napoleon bonaparte , " Ketua yang tidak punya fikiran sama halnya dengan benteng yang tidak dijaga"!- apa kesannya tu tadi?-, pengunjung akan hilang hormat kepada pekerja keselamatan di tempat tersebut. Orang pastinya melihat pekerja2 keselamatan yang lain ditempat tu sebagai pekerja biasa yang kene herdik dgn majikan dengan teruknya. Dia tanpa disedari telah mengaibkan maruah pekerjanya. Supervisor tu telah melakukan kesilapan yang amat besar, yang boleh saya pelajari dan ambilnya sebagai iktibar - rendah atau tinggi pun taraf kita, hormatilah siapapun yang bergelar manusia. Kalau dengan haiwan pun kita boleh hormati haknya, kenapa dengan manusia tidak?
Saya bersimpati dengan pekerja keselamatan tersebut. Dia kadang-kadang menjeling2 ke arah saya kerana saya rasakan dia dapat rasakan ada seseorang sedang memerhati. Tapi saya cuba buat2 mengalihkan padangan saya ke tempat lain. Saya tak mahu dia tau yang saya tau apa yang sedang berlaku antara mereka - ini supaya dia tidak berasa rendah diri atau malu.
Supervisor yang baik bukan saja mampu mengampu orang atasannya, tapi ketua yang baik juga adalah seorang pengurus yang meletakkan hak menghormati pekerjanya supaya dia bukan sahaja dihormati secara depan, malah dipandang mulia oleh pekerjanya dibelakang.
Selamat Hari Natal!
Selamat Hari Natal!