Saya belum pernah lagi mengelilingi dunia. paling jauh yang pernah saya pergi adalah india.Indonesia pernah juga. Singapura?..setapak saja. Tp saya selalu lihat dunia dari akhbar, dari internet, dari cerita rakan, dari kisah sejarah, dari replika bumi. - itu yg saya mampu- dari situ saya melihat malaysia. Sebuah negara yang cukup saya cintai. Negaranya kecil, tp punya bangunan dikalangan struktur bangunan tertinggi di dunia. Malaysia adalah negara yang begitu istimewa. Saya melihat malaysia sebagai istimewa melalui beberapa dimensi :
Sukan. Kita ada pemain nombor satu dunia. Dia kini bergelar datuk. dia masuk banyak pertandingan. dari dulu sampailah entah bila, apabila ada kejohanan antarabangsa, semua orang malaysia bergantung harap pada dia. Bila lihat dia beraksi di gelanggang menentang banyak negara, saya rasa cukup bangga menjadi rakyat malaysia. Dia hanya satu. kita tak boleh nak mengharap kepada pemain badminton yang lain. Yang lain2 lebih kerap kalah berbanding menang. kadang2 boleh mendatangkan sakit hati bila tonton pemain badminton negara selain Datuk beraksi di gelanggang. Lembik dan cukup mengaibkan. Sampai hari ni, tak ada siapa pun yang boleh kalahkan Datuk. Kalau tak ada sorang pun yang boleh kalahkan Datuk, macam mana kita nak lahirkan pelapis agar status nombor satu menjadi milik malaysia lagi?.
Kita juga ada nicol david. Dia juga datuk. dari saya lahir sampailah kehari ini, tak banyak berita yang saya dengar tentang kekalahan dia dalam mana2 kejohanan dunia. Dia menjadi inipati pujian oleh setiap penulis dan pengolah sukan negara. Dia dijadikan inspirasi. Tapi, kita belum lagi lahirkan sorang pun yang boleh dipindah harap untuk menjaga status nombor satu pada masa akan dtg.
Kita hanya ada dua nama yang hebat dalam sukan untuk dibualkan dalam komunikasi dunia sukan. Tidak kisahlah walaupun kerap menjadi lauk kepada Leftenan Lin Dan. Dua nama itu jugak akan hilang satu masa nanti kalau bola sepak kita sampai hari ni, kalau lawan dengan negara luar, selalu sahaja menjadi mangsa. Itu juga buat saya bangga jadi orang malaysia. Sebab apabila bercakap tentang bola sepak, sebuah sukan yang universal,Malaysia tak ada siapapun yang gerun. Usah kita bandingkan dengan negara2 besar dunia. Usah juga kita bandingkan dengan kelab2 gergasi bolasepak antarabangsa. Cukup bagi saya membandingkan bola sepak malaysia dengan Thai, Indonesia, laos - kita punya pasukan bola yang cukup luar biasa kerana tak pernah menjadi hebat dikalangan negara jiran yang sering kita sangka levelnya lebih rendah dari Malaysia.
Apa lagi sukan yang kita main di olimpik?, komenwel?. asia?. kita hnya bergantung harap pada 2 orang datuk yang akan sampai waktunya nanti akan menjadi datuk kepada cucu-cucunya.
Malaysia terlalu mengejar kapitalisma, sehingga pembangunan insan kita terabai. Ya, sukan juga adalah satu aspek pembangunan insan.
Music & Hiburan. Lagu2 kita juga bagus2 belaka. Sampaikan pendengar lebih rela menaja cetak rompak dari beli yang asli. Maka tak hairanlah kalau hasil jualan album tak sampai 50k unit. Kalau sampai 10k unit pun, itu sudah kira satu pencapaian!. Saya banyak dengar lagu2 indonesia. Melodinya, liriknya, lenggok bahasanya - semuanya real. halwa telinga senang saja terima. Tapi berlainan kat Malaysia. Music kita terlalu jengkel walaupun saya tidak nafikan, masih ada karya2 yang boleh la dikatakan enak didengar. Balada kita, rock kita, - semuanya entah apa2. Indonesia juga ada rock ada balada -dan melodinya, iramanya, liriknya senang saja tambat hati orang malaysia. Saya amat terharu bila saya terlihat ada seorang perempuan melayu yang mendengar lagu inggeris, yang bercakap inggeris (sbb mmg dari kecil dia sudah diajar untuk membiasakan ckp inggeris) sanggup membeli CD original Rossa berbanding CD penyanyi wanita malaysia yang berjuta ramainya.
Saya juga peminat tegar cerita melayu. cerita melayu kita juga tidak kurang hebatnya. Saya tidak pasti dimana estetika sebuah karya (boleh ke di gelar "karya", kalau setakat menghasilkan layar perak berkomedi spastik?). kita ada anugerah untuk menghargai dan mengangkat martabat pelakon2 dan pembikin2 filem. tapi malangnya, penilai2 filem kita buta untuk menilai yang mana filem yang baik, dan yang mana filem yang hempedu. Penilai2 industri hiburan dan lakonan kita semunya dipilih dari pelakon2 lama yg kononnya berpengalaman, yang SPM nya pangkat 1, aggregate 23 (nyaris2 nak ke pangkat dua!. ada juga yg tak habis sekolah pun sudah diangkat sebagai penilai mutu lakonan) . Pembikin2 filem kita pula semuanya tunduk dengan selera sampah peminat wayang dan cereka TV -semuanya atas desakan kapitalisma yang didorong oleh mentaliti kelas ketiga penonton atau peminat lakon layar-
Ini semua yang kerap buat saya bangga menjadi rakyat malaysia kerana sukan nya berlari perlahan, music dan hiburannya berlagu sumbang. Macam mana pula dgn budaya malaysia?.
Saya cuba mencari apa budaya malaysia yang kita ada atau kita warisi. Batik?. itu bukan asalnya dari malaysia. kita mungkin ada joget, zapin - tp tak ada siapapun yang ingin angkat warisan tu untuk dilihat oleh negara dan bangsa lain. Bahasa?. kita tak ada originaliti satu pun. Malah, bahasa indonesia lebih elok lenggoknya, puitisnya. Kita lebih banyak meminjam sebenarnya. Tradisi melayu?. siapa lah nak pandang selagi bangsanya lebih teruja dgn cara hidup modern. Saya sendiri pun tak pernah megah dengan budaya tradisi melayu. Apa tidaknya?..golongan2 elit dan pemimpin besar lah yang sepatutnya membentuk rakyat jelata untuk cinta akan tradisi melayu, tapi yang berlaku sebaliknya. Diorang terlalu obsess dengan kehendak ekonomi sehinggakan setiap apa yang dihasilkan haruslah berpaksikan kepada wang semata2. Itu sebabnya hari ni, saya dapat lihat sendiri betapa susahnya orang miskin, dan betapa kayanya orang kaya. Jurang ekonomi kita semakin menjadi besar. Itulah realiti. Tapi, kita ada khabar2 gembira yang dinamakan sebagai "rangsangan ekonomi" - maka terbentuklah dasar itu dan ini-
Bercakap tentang ekonomi?. Ini juga buat saya bangga menjadi rakyat malaysia. Harga barang kerap naik, harga minyak juga tak pernah kekal. pasti bergerak keatas. Kita ada litar sepang, kita ada twin tower, kita ada airport, kita ada air asia, kita ada bukit jalil, kita ada putrajaya, kita ada petronas, kita ada sime darby, kita ada inspira dan kancil, kita ada kapal selam, kita juga bakal ada bangunan seratus tingkat?, kita juga ada Iskandar. Kita ada macam2. Macam2 inilah yang akan bagi kesan kepada kuasa beli pengguna/rakyat seperti saya. Yang kaya mengaut untung, yang miskin mengail ikan sepat dikolam berlumpur. Hidup tertekan. Jenayah menjadi biasa, orang2 dikampung berbunuh-bunuhan : ini semua adalah janji sang rasuah kepada pengamal2nya - Selagi rasuah itu menjadi biasa, berlakulah kerosakan dalam negaranya!. Maka tak hairanlah seperti yang dilaporkan media, MALAYSIA ADALAH ANTARA NEGARA YANG AKTIF MEMERANGI RASUAH - bangga, bukan?
Apabila ingin mencari dan bercerita yang luar biasa tentang Sukan, Hiburan&Music, Budaya dan Ekonomi, carilah di Malaysia. Semuanya cukup luar biasa, yang buatkan saya bangga menjadi rakyatnya.
Salam Maal hijrah!
No comments:
Post a Comment