Apabila media mendedahkan fakta tentang tandas kita yang masih kotor dan tidak mencapai status yang baik, saya terenyum sendiri. Senyum kerana bersetuju benar dengan kenyataan fakta tersebut. Memang tandas awam kita cukup kotor, namun saya pelik ramai antara kita yang sudi bertamu disana walaupun sudah jelas betapa kotornya tandas tu.
Kerja saya tidak sepanjang masa di atas kerusi empuk dibawah aircond. Kebanyakan masa kerja saya di luar. Kadang2 seperti "dispec". Jumpa orang sana sini, present paper dan proposal, hantar sebut harga dan juga sekadar social meeting. Maka bila masa saya banyak habis di luar, kekerapan saya masuk tandas awam cukup tinggi. Dan saya melihat sendiri hampir kebanyakan tandas awam yang saya masuk sangat kotor, berair, berbau sambil terdapat lakaran2 hasil tangan penggunanya yang tidak berakal, kelihatan calitan2 hitam di sana-sini. Saya bukan pembersih manapun, tapi setiap kali saya masuk tandas awam, tidak pernah sekalipun saya melepaskan sisa dalaman badan di situ. Saya lebih rela bertahan hingga sampai di rumah sendiri. (Adakalanya saya terpaksa juga buang di tandas awam jika keterdesakan saya di tahap melampau. bagaimana cara saya melepaskannya, itu biar saya sendiri yang tahu). Apa yang pasti, kekerapan saya menggunakan tandas awam sangat rendah. Ini kerana "punggung" kita terlalu kotor untuk satu tempat yang cukup menjijikkan. Saya amat benar berharap agar tandas kotor ni bukan sahaja berlaku di negara saya, tetapi juga berlaku di negara2 lain, sekurang2nya ianya bolehlah dikatakan sebagai universal issue, buka sesuatu yang taboo. (Anyway, Singapura negara yang paling dekat dengan kita, punyai tandas yang maha bersih).
Baru-baru ini saya ke sebuah masjid di kuala lumpur. Struktur bangunan dan dekorasi arkiteknya cukup hebat. Banyak juga orang2 kenamaan bernikah disana. Besar dan cukup mengagumkan reka bentuk masjid tu. Tapi malangnya, tandas masjid tu sgt kotor. Batu marmar yang pudar warnanya, salur paip terbiar merata di lantai yang berair, bau yang busuk, plastik dan bekas2 yang entah dari mana datangnya tidak dikutip terletak lesu di atas tembok dinding, sudahlah lantainya berwarna kelabu kusam yang dialas dengan alas plastik yang kusam, selipar pula tidak disedikan dgn cukup. Selipar yang ada pula tidak sepasang malah warnanya kotor akibat air dari kaki pengguna sebelumnya - semuanya cukup menyesakkan mata siapa sahaja yang meletakkan kebersihan sebagai tatacara kehidupan peribadinya. Saya bertanya sendiri bagaimana sebuah bangunan keagamaan yang melaung2kan kebersihan sebagai intipati iman masih gagal mempratikkan kebersihan di tempatnya sendiri?.
Masih lagi berpeluang menggunakan khidmat LRT dan komuter, tak pernah sekalipun saya menggunakan tandas awam kat mana2 stesen LRT & Komuter. Tak pernah. Setiap kali saya melangkah masuk setelah membayar 20sen, saya lebih rela melihat seekor anjing mati terburai perut, daripada melihat keadaan jamban di kebanyakan tandas awam di stesen2 LRT & Komuter. Ekspresi saya memang agak keterlaluan, tetapi inilah reality. Kita masih lagi gagal menjadi warga pemikir kelas pertama sebab kita gagal melihat kebersihan sebagai salah satu aspek penting dalam kehidupan komuniti negara. Apa tidaknya, walaupun tandas awam tersebut jelas kotor, ramai dikalangan kita yang masih juga nak gunakannya. Ada juga dikalangan kita yang "selera" untuk melepaskan sisa dalaman badan di tempat yang jelas kotor. Kalian pernah datang ke tandas awam di stesen bas?. hmmm...kotor, jijik dan suasana dalam yang cukup hina. Bagaimana kita boleh mendakwa negara kita sebagai negara yang bersih dan kelas pertama sedangkan "punggung" kita masih kotor?.
Apabila bercakap tentang kebersihan tandas awam kita yang masih kotor sehingga tak boleh nk capai taraf 7 bintang, saya berteleku sendiri rupanya "punggung" kita kotor.
cannot avoid public toilet! huhu...
ReplyDeleteanyway,Putra LRT toilet is much better.
tq padel!
ReplyDelete