Dr Yusrizal di sebuah Klinik

Saya berpeluang utk menggunakan masa yang ada sewaktu terlibat dengan satu situasi di sebuah klinik swasta untuk bertemu dgn seorang doktor secara peribadi dan bertanya beberapa perkara mengenai permasalahan kesihatan.

Dalam kesihatan, ada dua perkara yang menyumbang kepada permasalahan kesihatan:

1. Pemakanan: sebelum ni, saya tidak pernah bersetuju apabila ada yang mengatakan apa yang kita makan akan memnpengaruhi kesihatan dalam dan luaran tubuh. Bila terlibat dengan aktiviti makan, saya mmg enjoy makan. apa yang sedap dgn perut saya, kalau tak tambah 2 kali atau tiga kali, itu adalah sesuatu yg luar tabii saya dalam konteks makan. "kau buruk makan"- itu kata si ibu sewaktu saya seperti hantu yg asyik sungguh menikmati makanan dikampung masakan ibu. Saya makan makanan pedas. tanpa makanan yang pedas2, saya pasti tak akan berpuas hati dgn menu tersebut. Malah, kalau si ibu masak tak pedas, saya pasti akan kritik ibu. "Baik makan nasi kosong je, takyah berlauk". itu komen saya secara berseloroh kalau ibu masak tak pedas. Tapi ibu tak kesah dgn komen tu, sbb dia sendiri tau yg saya mmg hantu pedas, malah ibu juga seakan agree dengan kenyataan dan komen saya sbb dia pun mmg die hard fan utk masakan pedas2 nih.

Dr Yusrizal, namanya. Dalam konteks pemakanan, keseimbangan mmg penting katanya. Tapi ada yang tak tau (saya lah) yg sebenarnya bukan shj keseimbangan yg menjadi penentu sakit, tp juga apa yg kita makan. Amalan makan pedas bukanlah cara yg baik dalam routine makanan. Asid yg terhasil dalam perut dari apa yg kita makan akan menghasilkan gas yg banyak (org ckp angin). Gas tu akan naik ke dada, tu yang sebabkan byak komplikasi lain macam sakit kepala, kebas2 dan jugak lain2 komplikasi tak selesa dalam badan.

Kenyataan2 doktor tu mengingatkan saya balik ttg satu hadis nabi yang juga ada mention pasal makan. Katanya penyakit datang dari apa yang kita makan. Saya agak terpaku sekejap bila rupa2nya agama dan sains adalah sebenarnya satu jalinan yang cukup erat.

2. Mental. Dr yusrizal jugak ada mention pasal Conscientiousness (mental). Cara kita berfikir jugak sebenarnya mempengaruhi faktor kesihatan. (sambil teringat akan Kak Yan actress yang sehingga ke hari ini masih survive dgn penyakit kanser "mentaliti kak yan cukup hebat" saya bermonolog sendiri). Orang yang sihat adalah orang yang sentiasa positive, itu kesimpulan saya.

Takut, risau, termenung, sedih semuanya mendorong kepada komplikasi kesihatan yang tak sihat dalam badan. Mungkin ini sebabnya dalam banyak ilmu motivasi atau psychology bnyak menekankan soal pemikiran yang positive tentang persekitaran supaya badan tak lemah, dan kehidupan productive.

Pertemuan dgn Dr Yusrizal memberi saya satu lagi penemuan baru ttg pandangan saya dalam kehidupan.

Selamat Hari Depavali!




No comments:

Post a Comment