CHINA DAN MR JOHN!

Saya terlalu mengkagumi Negara china betapa diorang cukup kreatif dalam setiap persembahan di perasmian sukan sea yg saya tonton di TV1. Kekaguman saya berlanjutan hingga membuat saya berminat untuk menulis serba sedikit tentang negara china.

sebuah negara yg hingga hari ni masih lagi menidakkan capitalism sebagai hala tuju keterusan perkembangan ekonomi negaranya. Apabila tiadanya capitalism, maka susah untuk siapa pun meletakkan keuntungan dalam aktiviti ekonomi seharian apabila kerajaan menjadi pengawal dalam setiap urusan perdagangan dan eknominya. 
Tidak ada persaingan ekonomi yang wujud dalam strata masyarakat. Pada hemat saya, bila persaingan tidak wujud, masyarakat akan jadi pasif dan tidak berdaya maju. Pun begitu, China bukan calang2 negara. China adalah sebuah negara yang cukup superb (kenyataan saya mmg generalize setelah saya menonton perasmian pembukaan sukan asia di guangzhou, segalanya cukup canggih dan outstanding bertaraf dunia!).

China tak perlu berbahasa inggeris untuk menjadi hebat. Cina juga tak perlu berbaik dengan jepun untuk menghasilkan technology yang gempak. China juga tak perlu nak jumpa Obama dan riuh satu surat khabar ttg pertemuan dgn obama. China juga tak perlu bersuara lantang menentang dan menyokong segala polisi dan dasar sampah antarabangsa. China juga tak perlu angguk kepada desakan dunia demi populariti dan keselamatan luarnya. Namun, China adalah sebuah negara "sepi". Sepi yang penuh dengan kehebatan yang sebenarnya Amerika cukup geruni.

Saya tak melihat China sebagai negara yang hebat dalam skala dan dimensi yang besar. Cukup bagi saya untuk melihat China sebagai negara yang hebat dalam skala kecil melalui cara dan kesungguhan diorang dalam menghasilkan canaian kreativiti di pembukaan rasmi sukan asia 2010. Dengan kecanggihan latar skrin besar, Mainan warna yang cukup memukau, ruang legar di pentas dikelilingi dengan dekorasi air dan mainan lampu yang cukup setara dengan latar music. Keserasian sukarelawan dalam setiap langkah dan pergerakan dalam membentuk satu lukisan indah melalui paparan skrin. Semua ini dilakukan dalam sebuah stadium yang berteknologi. Apa lagi yang perlu saya tulis untuk mengekspesikan keterujaan saya sewaktu menonton perasmian tersebut?. Apa yang dipaparkan cukup seperti bayangan syurga yang selalu bermain difikiran saya. Segala pergerakan yang saya lihat, persekitaran yang dicipta, bunyi yang dialunkan - aduh, segalanya cukup mengkagumkan saya-

Diorang tak perlu terlalu obsess untuk mempersembah kebudayaan negaranya. Tapi apa yg dipaparkan, walaubagaimanapun membuat saya sebagai penonton, dapat melihat dan faham akan budaya mereka melalui kreativiti yang dipersembahkan penuh dgn perincian budaya tempatan di samping masih mengetengahkan elemen futuristik dan antarabangsa melalui paparan teknologi skrin gergasi  yang banyak sebagai latar pentas yang begitu lapang bersama dengan mainan lampu dan peralihan warna, gabungan video dari satu transisi kepada transisi yang lain: semuanya berjalan dengan cukup sempurna.

Saya melihat China melalui lubang kecil yang saya intai dari balik dinding yang dinamakan sebagai Malaysia. Kita mendakwa kita hebat, kita bersuara kononya lantang di pentas antarabangsa, kita kerap berkata kita ada formula dalam pengurusan ekonomi. Kita itu dan ini...tapi untuk membandingkan Malaysia dengan China dalam...ah cukuplah kita cuba membandingkan Malaysia dan China dalam aspek kreativiti perasmian sukan. Saya pasti dunia akan lebih tertumpu kepada China berbanding Malaysia: Malaysia, sebuah negara kecil yang aman damai (sekurang-kurangnya dipermukaan), sebuah negara yang rakyatnya berhati lembut. tp rupa2nya, dunia lebih mengenali Singapore berbanding Kuala Lumpur.

Saya masih ingat sewaktu Kertas Kreatif menguruskan satu kumpulan pelajar Indonesia yg bertandang ke Malaysia untuk satu akademik presentasi di sebuah hotel di Bukit Bintang, apabila speaker bertanya cita2 seorang pelajar tersebut, pelajar tu jawab "I want to be a fashion designer and open my own boutique in Singapore, New York, Japan, and US. Rupa2nya, dia lebih nampak Singapore yang kecil berbanding Kuala Lumpur. Rupa2nya Malaysia bukanlah apa2 pun dari pandangan seorang pelajar antarabangsa.

Melihat China dalam perasmian sukan asia, menyebabkan saya terfikir, "apa ada dengan Malaysia?" Malaysia truly asia!

Jumpa lagi!


No comments:

Post a Comment