Penulis adalah seorang yang biasa2 saja. Dia berada dalam lingkungan yang berlatarkan kepelbagaian. dalam hafizankamarulzaman.blogspot.com, semua akan didedahkan dengan ideologi penulis tentang sesuatu yang dia secara langsung atau tidak terlibat dalam satu2 keadaan. Penulis melihat keadaan-keadaan disekitarnya sebagai satu konsep komunikasi. BAgi dia, apa yang dia lihat merupakan satu penyampaian komunikasi untuk dia. YAng baik, akan ditulisnya baik dan yang kurang baik, akan ditulisnya tentang elok yang sepatutunya ada dalam keadaan yang kurang baik tuh.
Tentang orang, tentang kasut, tentang PM, tentang seks, tentang jalan, tentang wayang, tentang sukan, tentang botol, tentang hiburan, tentang cina, tentang yahudi, tentang tuhan, tentang nabi, tentang atap, tentang siti nurhaliza, tentang baju, tentang perhubungan, tentang binatang, tentang nombor, tentang tapak, tentang apa sahaja yang diletakkan sebagai satu konsep, yang terlihat didepan matanya, penulis akan tulis andainya terdapat sesuatu yang perlu ditulis disebalik apa yang dilihatnya selagi ianya memberi satu perspektif dalam konteks komunikasi - ia, penulis melihat sesuatu dalam ruang lingkup komunikasi-
Penulis melihat sesuatu dari pandangan peribadinya sendiri. PAndangan-pandangan itu tidak langsung dipengaruhi oleh siapa-siapa pun. And as a matter of fact, bagi penulis, ideologi orang2 sekelilingnya tentang sesuatu setakat ini semuanya tidak searus dengan konsep pemikiran penulis. LAlu dia melihat persekitaran melalui dimensi yang bukan berbeza, tp dimensi yang terhasil dari pandangan hatinya sendiri. Terciptanya blog ini bukan untuk pembaca luar menilai betul atau tidak setiap kenyataan dan pandangan yang terhasil, tapi blog ini tercipta sebagai satu interpretasi peribadi penulis tentang persekitarannya.
*semasa perkara ini ditaip, penulis bari saja mendapat sms dari press The Star, yang memaklumkan press release nya baru saja keluar di akhbar tersebut.*
Adakalanya pandangan penulis langsung tidak searus dengan pandangan orang2 rapat di sekelilingnya. Tentang tuhan dan agama. SAtu konsep yang bagi penulis perlu dilihat dan difahami dalam konteks dan skop yang luas. -ini antara salah satu ideologi agama yang tidak begitu konsisten dengan ideologi penulis.
Namun baginya "I come to this world not to be judgemental, but I am here to be realistic and ideological". Tapi pasti ada yang kata idea penulis tentang sesuatu adalah sampah dan kosong. Itu biasa berlaku bila satu2 kenyataan itu tak sama dengan pandangan seseorang. Penulis meletakkan hukuman itu pada sesiapa sahaja. Tapi inilah blog yang dicipta untuknya sebagai arkib untuk pandangan dan ideologi peribadinya tentang sesuatu, tentang satu konsep komunikasi yang dilihat di depan matanya.
SElamat Berhujung MInggu!
-Hafizan Kamarulzaman,IMM-