Saya bukanlah seorang yang terlibat dalam industry hiburan (iya, hiburan memang layak diletakkan sebagai satu industri kerana pengaruhnya sangat hebat dalam aspect pengkomersialan di Malaysia), tetapi saya adalah seorang yang cukup gemar melihat aktiviti hiburan di Malaysia (Hiburan melayu) kerana bukan sahaja boleh buatkan diri saya enjoy, tetapi juga saya melihat hiburan dari sudut atau konsep komunikasi.
Saya meluangkan masa untuk menonton satu anugerah hiburan yang cukup berprestij. Dapat menonton secara live rancangan anugerah tersebut adalah kerana mendapat jemputan dari kenalan yang terlibat secara tidak langsung dalam dunia penyiaran setelah saya & Kertas Kreatif terlibat dalam penyusunan dan susun atur (layout) bagi bahan2 cetakan bertulis dan dalam aspect protokol majlis anugerah berkenaan.
Apa yang buatkan saya tersenyum sinis tatkala berada dalam keramaian tersebut adalah apabila produksi utama dalam majlis itu meletakkan pelakon sebagai juruacara/pengacara bagi sessi temubual bersama pemenang2 anugerah tersebut yang terdiri dari kalangan sutradara, pelakon dan penerbit. Juruacara2 dalam majlis itu semua adalah juga individu2 yang sama terlibat dalam kerjaya lakonan. Saya tertanya sendiri apakah kita kekurangan hosts di Malaysia?. saya rasa tidak. Kita ada ramai hosts yang juga celebrity yang lebih layak untuk diambil sebagai juruacara bagi Majlis yang cukup berprestij pada kiraan saya (apa tidaknya, menteri dan pegawai2 tertinggi kerajaan juga hadir dalam majlis tersebut dan juga adalah peneraju utama bagi majlis itu).
Itulah akibatnya mengambil pelakon yang tidak ada kelayakan dan bakat sebagai juruacara, saya dapat lihat sendiri bagaimana mereka menyusun kata2, cara penyampaian mereka dan juga isi kanduangan temubual yang langsung saya fikir tidak menampakkan kebolehan mereka sebagai juruacara.
Saya gemar melihat sesiapa sahaja berkomunikasi lebih2 lagi komunikasi yang melibatkan orang ramai sebagai "receiver". Communicator yang baik adalah bukan sekadar apa yang disampaikan, tetapi juga bagaimana ia disampaikan juga adalah amat penting bagi menentukan kebolehupayaan seseorang juruacara untuk bukan sahaja memberikan impak kepada orang yang ditemubual tetapi juga impak kepada orang yang melihat dan mendengar proses2 komunikasi tersebut. Pergerakan tangan, body posture, gesture, lontaran suara dan keyakinan, pergerakan mata dan juga pilihan antara ketawa dan senyum: semua ini adalah antara faktor penting yang akan memberi merit kepada isi/contents komunikasi tersebut.
Tapi malangnya, saya melihat juruacara2 (sebenarnya mereka tidak layak utk digelar sebagai juruacara tapi mereka adalah pelakon /actor/actress, walaupun lakonan mereka pun tidaklah sehebat mana untuk dibandingkan dengan lambakan pelakon2 yang lebih berbakat tetapi tidak diangkat oleh sesiapa dalam industry hiburan Malaysia yang lebih menonjolkan rupa&bakat sebagai satu pakej kelebihan untuk diterima umum). Cara penyampaian mereka yang cukup tidak matang dan mengada2 cukup jelas dalam implementasi komunikasi dua hala mereka. Saya tidak mahu sentuh soal isi kandungan kerana itu perkara kedua (walaupun sebenarnya isi kandungan mereka juga terlalu tidak matang dan terlalu "sekolah" untuk satu majlis yang berprestij seperti itu). Apa yang buat saya tertarik untuk menilai juruacara2 tersebut adalah cara mereka menyampaikan/penyampaian mereka yang saya fikir, produksi sepatutunya memilih celebrity yang sudah biasa dengan komunikasi umum. Ramai dan saya pasti contoh nama2 yang bermain difikiran saya ketika ini yang boleh diangkat sebagai celebrity hosts adalah juga ada di kotak fikiran kalian semua yang sedang membaca ini).
Inilah akibatnya kalau kita tidak mengambil berat ilmu komunikasi. Inilah akibatnya kalau kita terlalu mengutamakan aspek glamour dan komersial sehingga kita gagal untuk meletakkan komunikasi umum sebagai inipati utama dalam sesebuah produksi. Orang2 dalam dalam produksi majlis tersebut saya pasti mengambil sikap sambil lewa dalam menekankan soal pemilihan juruacara dan mereka juga adalah orang2 yang tidak peka dengan aspek komunikasi umum sehingga mereka sekadar mencedok sesiapa sahaja yang ada di depan mereka untuk menjadi hosts.
Saya cukup inspired menonton red carpet di anugerah grammy di TV. Ini kerana disamping hostsnya yang cukup Glamour, cantik dan kacak, mereka juga berkomunikasi dengan baik. Lihat keyakinan mereka menyampaikan kandungan temubual, tidak keterlaluan untuk saya katakan yang mereka lebih ber"otak" dari artis di red carpet tersebut. Dan kita disini, bukan sahaja hosts red carpet yang dicedok dari pelakon2 drama TV dan layar perak yang mmg fail dalam penyampaian komunikasi umum, malahan mereka juga adalah buta fashion!..ttg fashion?..aduh ini juga bisa buat saya ketawa!..tp saya tak mahu sentuh tentang itu kerana saya bukanlah expert.
Apa yang asasnya disini adalah, rupa2nya komunikasi adalah satu cabang ilmu yang ramai dikalangan kita masih tidak teliti. Bukan sahaja dalam dunia hiburan, tapi juga dalam dunia apapun di Malaysia. Maya Karin pengacara nona (ketika article ini ditulis), rosyam nor moderator dalam fenomana seni RTM (ketika article ini ditulis). AC Mizal yang pernah menjadi hosts Akademi Fantasia: Mereka semua membuat saya ketawa terbahak2 melihat dunia penyiaran dan komunikasi di Malaysia.
Jumpa Lagi!
No comments:
Post a Comment