En Buknaseb

Perjalanan seharian bersama Kertas Kreatif hari ini sedikit perlahan. Bukan tidak ada kerja, cuma terlalu banyak perkara yang ingin diberi fokus dalam Kertas Kreatif sehinggakan semuanya bagaikan air yang diempangkan (maksudnya semuanya berjalan dgn lancar serentak tanpa memberi keutamaan kepada satu2 perkara, faham?..kalau tak faham buat2 je lah faham ok)

Hubungan kerja Kertas Kreatif dengan En Buknaseb pernah terhenti seketika akibat dari masing2 yang mempunyai misi peribadi yang harus diberi perhatian. Tapi kali ni, saya gagahkan juga jari-jemari untuk menghubunginya atas dasar kerja. Kali ni, (seperti kali2 yang sebelumnya pun) saya minta dia untuk menyiapkan cetakan yang kantitinya agak banyak. Terlibat dalam aktiviti perdagangan komunikasi, Kertas Kreatif harus memastikan harga yang dipertandingkan di pasaran berada pada tahap bawah dari jangkaan fikiran client saya dan berada pada tahap bawah dari harga pedagang2 yang lain yang ada dipasaran. Jadi En Buknaseb mungkin telah mendapat peluang dari saya supaya perkara yang saya setuju untuk dia selesaikan ini akan selesai dengan sempurna sebelum hari yang ke-28. Alhamdulilah, En Buknaseb telah meyakinkan saya.

Proses komunikai bersama En Buknaseb berjalan dengan sempurna melalui interaksi dalam talian hanya bebrapa minit sebelum saya menikmati hidangan chiken chop di sebuah kedai makan popular di bukit bintang. Usai santapan, saya cepat2 hantar email kepadanya dengan mengulangi semula contents interaksi yang berlaku dalam telifon sebentar tadi. Ini semua saya lakukan agar tidak berlaku kesilapan dalam memahami objektif komunikasi seperti yang pernah berlaku sebelum ini!.

 
Sudah saya email kepadanya, dengan segera saya sms kepadanya akan pengesahan penghantaran email saya. Tapi seperti yang saya telah pun jangkakan sejak awalan, saya tak mendapat apa2 confirmation dari si penerima. At least, kalau malas nak type panjang2 sgt, just type "ok" or "tq" pun dah cukup buat saya merasakan yang komunikasi dua hala antara kami telah berlaku dengan lengkap. Ini tidak!..senyap je. (tak kan takde kredit nak reply?..tak logik la kan..lagipun En Buknaseb bukan budak sekolah tingkatan 2). Tapi takpelah, mungkin saya ni terlalu paranoid bila komunikasi yang berlaku tidak mendapat maklum balas atau feedback dari si penerima yakni En Buknaseb (Luar biasa kan nama dia?..).

 
Kini saya harus berhenti menaip untuk memberi peluang kepada sedikit masa yang telah saya peruntukkan untuk mengkarya satu lagi skrip dalam sebuah cerita untuk episod hari esok.

 
Jumpa Lagi!

No comments:

Post a Comment