Emcee Kahwin

Sewaktu saya sedang dalam perbincangan tentang satu event yang akan berlansung pada hujung bulan ini bersama rakan2 organiser yang lain, saya mendapat panggilan dari kawan saya. Kami telah berhubungan sejak di zaman university lagi. Tapi panggilan dia saya tak dapat nk jawab sebab saya dituntut perhatian yang cukup oleh situasi perbincangan yang sedang berlaku. Tapi saya sambil2 berbincang, sempat juga saya hantar sms kepadanya bertanya tentang sebab panggilan itu terjadi.



Dia minta saya menjadi emcee untuk perkahwinan adik perempuannya. Menjadi emcee untuk sesuatu acara bukanlah perkara yang asing bagi saya. Tapi bahasa melayu. Bukan tak mahu ambil cabaran untuk jadi emcee dalam bahasa inggeris, cuma jiwa saya lebih dekat dengan melayu. Bahasa melayu lebih seninya, walaupun sekitar saya semuanya berkomunikasi dalam bahsa inggeris.



Mana mungkin saya menolak permintaan sahabat saya untuk mahukan saya menjadi emcee bagi majlis perkahwinan adiknya. Bila saya telah dengan pantas menyatakan persetujuan untuk memenuhi permintaan tersebut, saya sudah pun membayangkan konsep pengacaraan saya nanti apabila dia menyatakan venue untuk perkahwinan adiknya nanti adalah di sebuah hotel yang dikenali umum. Pastinya konsep emceeing saya nanti bedasarkan kepada keadaan sekitar acara itu berlangsung.



Bercakap tentang wedding emcee, ada golongan minoroti yang berpendapat, Malaysia agak terlalu conservative (Saya tidak 100% bersetuju dengan pendapat ini). Mereka berpendapat, biasanya, dalam acara perkahwinan melayu ada dua situasi:



1. Perkahwinan di hotel atau setaraf: Banyak dikalangan kita, bila buat perkahwinan di hotel, ianya seakan "mesti" untuk menjadi formal. Formal disini ialah emcee akan berdiri di podium, kemudian akan ada ucapan rasmi dan sebagainya, kemudian akan ada perarakan masuk pengantin ala2 agong berjalan perlahan kat karpet merah - semuanya terlalu "religious". Mereka berpandangan, perkahwinan adalah sesuatu yang menggembirakan. Kenapa mesti ada "kawalan" dalam majlis tersebut. Lihat sahaja bagaimana orang barat celebrate hari perkahwinan mereka (Saya buka Pro-Barat, cuma dalam satu2 hal ada masanya saya bersetuju dgn tatacara hidup/lifestyle/persepsi orang barat) sambutan mereka cukup meriah dan begitu casual, bersahaja. Yang kita pula, bila buat kat hotel, punyalah berhati2 nak cedok lauk, punyalah control nak bercakap, punyalah beriya2 nak dress up macam nk pegi anugerah bintang popular, punyalah beriya2 masing2 nak tunjuk kemewahan diri dan lain2. Kadang2, sepatutunya majlis tu adalah majlis perkahwinan, dek terlalu turutkan kehendak rasmi dan protokol, wedding dah jadi macam acara pertabalan putera raja. Dah jadi macam acara angkat sumpah perdana menteri depan agong pun ye jugak. Mungkin kita tak perlu ubah tradisi perkahwinan melayu, tapi sekurang2nya, kita perlu ubah cara kita melihat budaya kita melalui dimensi yang relevant. Bukan sekadar ikut dan buat.



2. Perkahwinan di rumah / dewan / kampung atau setaraf: Menurut mereka,

Apabila kita bercakap tentang event outdoor, pastinya kita terdedah kepada pancaran matahari (Malaysia antara negara yang agak panas dan lembap cuacanya). bila dah cuaca panas, ianya sepatutnya mempengaruhi cara pemakaian kita dimajlis perkahwinan tersebut . Tapi amat bersimpati apabila ramai dikalangan kita yang masih lagi "take things for granted" apabila bertandang kemajlis perkahwinan yang terbuka (outdoor) lebih2 lagi dari aspek pemakaian. Senang cerita macam nilah, dah la cuaca panas: yang si abang rahim beriya2 dengan seluar jeans dan kemeja warna gelap (tu tak termasuk lagi baju t-shirt kat dalam), tuck in. kadang2 ada yang tak pakai t-shirt dalam, kemudian dek cuaca panas, habis basah satu badan smpai nampak tompok peluh kat ketiak. Yang si akak milah pulak beriya2 dengan kebaya ketat, berkasut tumit tinggi kalah KLCC twin tower. Kemudian, bab2 lain seperti DJ (biasanya kalau perkahwinan venue outdoor, gelarannya bukan emcee, tp DJ walaupun sebenarnya gelaran tu tak kena dan adalah sgt salah): Dialah DJ, dialah sound system. Ada pula sesi karaoke. Memang bagus, meriah..tapi yang penyanyi karaoke tu biarlah dipilih yang ada suara untuk sedap didengar. Ni tidak, kebanyakan sesi karaoke, semuanya suara....ya tuhan!..Siti Nurhaliza pun "surrender"!. majlis perkahwinan sepatutnya menjadi majlis yang sempurna dan meriah..tp meriah tu bukanlah bermakna terpekik terlolong oleh penyanyi karaoke yang kadang2 boleh menyakitkan telinga tetamu. Kemudian DJ tu plak seakan "wajib" kena bersuara sama denga suara DJ radio shopping complex: BESAR, GARAU DAN CAKAP LAJU..sampaikan tetamu pun tak paham apa yang dj tu cuba sampaikan. Kenapa mesti nak tiru suara DJ radio shopping complex?: cakap sekejap, kemudian diselang-seli dangan muzik,..kalau nak bercakap, habiskan dulu, kemudian baru masuk muzik. Ini tidak. Kebanyakan "dj" kahwin semuanya sama "pe'elnya": suara besar ala2 DJ radio shopping complex, cakap nak kena laju sampaikan tetamu keliru, cakap pulak tu nak kena selang-seli dengan muzik.

Memenuhi permintaan rakan untuk menjadi emcee perkahwinan adiknya bukanlah tempat dan masa untuk saya menilai aspek2 yang saya sebutkan diatas. Tapi permintaannya saya penuhi adalah dasar professionalism dan cintanya saya pada dunia komunikasi umum dan pengurusan acara.

No comments:

Post a Comment