Hari pertama berpuasa berjalan seperti biasa yang telah saya lalui pada tahun2 sebelumnya. Cuma pada tahun ini, suasana puasa saya agak berbeza kerana kertas kreatif sedang ligat dalam perjalanannya. Secara tak langsung, saya juga terkesan dengan keadaan tu.
Bila masuk bulan puasa, seakan menjadi trend, pergerakan persekitaran kelihatan sangat perlahan. Manusia dan system seharian menjadi begitu perlahan dan tenang sekali. Agaknya inilah rahmat ramadhan. Tidak seperti hari2 dan bulan2 yang lain, yang mana masing2 bergegas kesana kemari mengejar untung dan mencari peluang demi mencapai objektif ringgit yang tak berkesudahan. Termasuk juga saya.
Untuk bulan ramadhan, memandangkan pergerakan ekonomi agak sedikit perlahan, (Bazar ramadhan dan gerai makan tidak termasuk dalam konteks kenyataan saya ni ok) saya mengambil peluang untuk mencari lagi peluang2 di sekitar saya. Di samping membuat follow up dengan business payment yang belum selesai yang perlu dibayar oleh client saya setelah beberapa events dan publication telah sempurna saya kerjakan, saya cuba melihat sekeliling saya kot2 ada lagi entiti-entiti baru yang berpotensi untuk saya dekati. Dan sememangnya ada.
Kertas Kreatif berpendirian, pasaran yang sedia ada yang telah dihuni oleh ramai penjual, tak perlulah diganggu lagi. Biarkan mereka teruskan dengan persaingan yang sedang berlaku dalam pasaran tu sendiri. Kalau ada orang baru yang masuk, bukan saja kita akan memberi tekanan kepada mereka, malah, kita juga berpotensi untuk mengalami kerugian akibat kos yang terpaksa ditanggung demi untuk menjadi yang terbaik dikalangan penjual yang sememangnya dah lama bertapak di pasaran tersebut. Jadi saya tak mau kacau rezeki mereka. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak konsisten dari segi graf jual beli dan perdagangan, saya perlu mencari ruang dan peluang baru daripada sekadar berada dipasaran yang dah ramai penjual lain tembusi.
Percetakan komunikasi dan penglibatan dalam menstruktur sebuah majlis ataupun acara membuatkan saya tak boleh duduk diam lebih2 lagi apabila kita sedang menuju ke pengakhiran tahun sebelum berlakunya satu lagi fenomena di tahun yang berikutnya. Fenomena apa?. Kita tunggu dan lihat saja.
No comments:
Post a Comment