Tak perlu saya bersinopsis tentang siapa ah long. Orang bercakap tentang negativity kewujudan Ah Long. Biasalah mungkin sudah jadi routine dalam persepsi manusia lebih2 lagi di Malaysia utk memandang sesuatu dalam dimensi negative. Commonality. Kita takut dan tak mahu memandang atau berkata sesuatu yang bertentangan dengan standard majority. Saya juga begitu. Itulah sebab kenapa page ini tercipta selain tujuan utama penciptaanya adalah untuk berkomunikasi ttg Kertas Kreatif.
Kita bicara semula ttg ah long. Ada satu kisah yang terjadi pada saya yang menyebabkan saya ingin berbicara ttg ah long.
Saya ke sebuah bank di satu pekan kecil dikawasan damansara. Tujuan ke sana untuk ambil buku cek Kertas Kreatif yg saya baru sedar sudah habis helaiannya sewaktu saya ingin membuat pembayaran kepada satu pembekal untuk event yg saya organise seminggu yg lalu. Sambil saya duduk2 menunggu kak huda mengeluarkan dan memproses buku cek saya, mata saya berkeliaran memandang sekeliling bank (mmg sudah jadi habit saya suka menilai diri dari pandangan sekeliling dan sekitar saya). Mata saya sedikit tertarik akan satu scene yang berlaku di satu sudut di mesin ATM bank tersebut:-
seorang lelaki melayu sedang keluarkan wang dari mesin sambil berdiri disebelahnya (disebelah ok, bukan di belakangnya) sambil berdiri disebelahnya seorang pemuda cina yang sedang melihatnya mengeluarkan wang. Saya bermonolog mungkin itu rakannya, atau..ntahlah..1Malaysia?..saya tidak menolak mahupun menyokong konsep itu, tp membenarkan orang lain (atau bangsa lain) melihat wang akaun kita sebagai satu menifestasi terhadap sokongan 1Malaysia, bukanlah cara yang betul!. Sedangkan adik beradik pun boleh bertelagah ttg wang, inikan pula 2 figura asing yang sedang saya lihat didepan mata saya tatkala berada di bank tersebut.
Tiba2, adegan yang buat saya lebih ingin tahu dalam scene antara dua bangsa itu adalah apabila budak melayu tu, setelah mengeluarkan wang RM50/100 yang agak sedikit tebal dari pandangan mata saya, dia dengan segera menyerahkan wang tu kepada pemuda cina yang berdiri disebelahnya tadi. Saya tak terfikir mereka berkawan, apatah lagi adik beradik sebab margin personality antara mereka sgt ketara. Cepat2 saya beranggapan "confirm ah long!" - saya mengesahkan sendiri dalam hati sambil sekejap2 memandang officers bank yang sibuk melayan clients diorang.
saya memang busy body - saya bawakan pandangan saya tu kat kak huda yang sedang menghulur sekeping kertas untuk saya sign sebelum saya ambil buku cek baru saya. Kak huda cakap itu ah long. Saya senyum sendiri dan cepat2 saya membuat konklusi baru ttg ah long:-
apabila melihat situasi tersebut sy terfikir ah long ni sebenarnya bukanlah jahat seperti yang media seringkali paparkan di akhbar2 tempatan (lebih2 lagi akhbar tempatan tabloid yg bnyak menullis ttg kehidupan orang melayu yg kebanyakkan boleh melahirkan satu impressi marah, kasihan dan takut). ah long sama macam bank (info ini hasil dari perbualan saya dgn seorang pegawai bank yang juga dudk disebelah kak huda).
- bagi pinjam wang kat orang yang mahu pinjam. proses pinjaman juga sama seperti bank. Ah long juga berdaftar. sah dari segi undang2 tubuh syarikat. apa yang membezakan antara ah long dan bank ialah kecepatan utk bagi wang dan juga akibat dari tidak membayar semula pinjaman.
ah long punya prinsip cukup clear dan straight forward: pinjam dan bayar semula pada masa yang telah dijanjikan oleh peminjam. Saya setuju. Kalo dah tau pinjam bayar lah. kalo dah berjanji, tunaikanlah. Ini tidak, kebanyakan peminjam, time nak pinjam beria2 berjanji mahu bayar, tp bila sampai masa untuk bayar batang hidung entah ke mana, kalau ada pun, banyak berdolak dalih untuk elak dari bayar. Mungkin sudah jadi hak ah long sendiri yang diorang takmau tahu samada peminjam ada uwang atau tidak sewaktu tiba waktunya untk bayar semula. Yang menjadi hak total ah long adalah, agreement sudah sign, jadi tiba waktu bayar balik, peminjam tak boleh nk dolak dalih. Kalau tak bayar, peminjam merana!
Itulah sebabnya saya lihat ada yang rumah kene baling cat, ahli keluarga kene ugut, kene pukul...apa tidaknya?, dah tau pinjam, bayarlah!. Ah long tak akan ganggu peminjam kalau si peminjam bayar pada waktu dan masa yang ditetapkan. Kalau tak mampu bayar, jangan pinjam!. ringkas bukan?.
informasi yang saya dapat dari pegawai bank tersebut membuatkan saya terfikir semula bahawa apa yang berlaku pada kita sebenarnya bukanlah disebabkan oleh keadaan sekeliling. tetapi setiap beban atau masalah atau bahana yang terjadi adalah kesan dari tindakan diri kita sendiri. Contoh terdekat adalah Ah Long. Peminjam tak akan berdepan dengan ugutan dan gangguan ah long kalo si peminjam itu sendiri bertanggungjawab untuk bayar semula. Other wise, u'll be in trouble.
Siapa yang tak marah kalau duit yang dipinjam tak bayar balik?..semua orang akan marah. cuma ah long saja yang berani mengekspresskan marahnya.
Cek sudah saya sign sebelum saya akan bank in esok kepada supplier saya. Bagaimana dengan kalian diluar sana?..ada hutang yang belum selesai?..ada janji yang belum tertunai?..nasihat saya selesaikanlah, tunaikanlah. Sama seperti kita, mereka juga perlukan sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan di hari esok.
semoga berjumpa lagi!
No comments:
Post a Comment