k e t e r d e s a k a n

Saya melihat individu dalam dua situasi, atau zone. Zone dan Situasi ini saya bercakap dalam konteks pekerjaan. SAtu yang berada dalm zone yang setara atau flat. - mendatar. Satu lagi, individu yang berada dalam zone bukan setara. (apa ya?.acronym bagi setara?). Individu yang berada dalam zone bukan setara adalah seseorang yang sentiasa berada konflik, issues, finding solutions, problems dan sebagainya - Ini semua adalah kesan dari kerja yang diorang pilih sendiri.

Dalam post ni, saya berminat untuk bercakap tentang individu yang berada dalam zone bukan setara. Biasanya, individu yang berada dalam zone bukan setara adalah orang yang suka buat atau pilih sesuatu benda atau keadaan yang akhirnya tanpa diorang sedar akan menyebabkan diorang dalam keadaan tidak pasti, akan membawa diorang dalam pelbagai isu yang diorang harus tangani sendiri kesan dari tindakan atau pilihan yang diorang buat sendiri.-Diorang akan buat apa sahaja yang memungkinkan kepada risiko asalkan modus operandi diorang tercapai. Manusia yang berada dalam zone bukan setara ni biasanya akan secara dengan sendiri mendapati akan ada satu force yang akan drive diorang kepada satu-satu tindakan yang payah sebenarnya kalau diorang tak berada dalam zone bukan setara. - Inilah yang dinamakan sebagai force KETERDESAKAN.

Keterdesakan berlingkar dalam dua direction didalam vakum yang sama. Keterdesakan ke arah positive dan keterdesakan ke arah negative.

Keterdesakan ke arah positive maksudnya individu yang mengambil satu2 tindakan yang sebenarnya payah untuk dia buat, tetapi terpaksa buat jugak demi mencapai apa yang dia nak. - Apa yang dia nak tu adalah kesan dari keputusan yang dia telah buat pada awalnya. Lalu, apabila dia mendapati apa yang dijangka hasil dari keputusan yang diambil tuh tak menjadi, dia akan tetap pastikan jangkaan dia menjadi dalam apa jugak keadaan sekalipun. -Maka dari sinilah datangnya satu kekuatan dalam diri dia untuk buat apa sahaja asalkan tercapai modus operandinya. Dia akan pastikan apa yang sepatutunya berlaku dari keputusan yang diambil tu sama dengan jangkaan yang dia dah buat sebelum keputusan diambil. Yang baiknya, keterdesakan yang berlaku dalam diri diorang tidak langsung melibatkan orang lain. Setiap keterdesakan dari tindakan yang diorang ambil, diorang akan sedaya upaya untuk tidak menyusahkan pihak lain. -Ada yang kata ego- tapi bagi saya itu bukan ego. Itu bermaksud diorang tidak mahu keputusan yang diorang ambil tuh akan menyebabkan orang lain jugak menjadi susah. JAdi bagi diorang, diorang akan buat apa saja demi objektif diorang tercapai asalkan tidak melibatkan orang lain. - Maknanya, tak perlu mintak tolong dengan orang. Ini kerana, diorang sendiri tau keputusan yang diorang ambil tuh akhirnya memberi kesan yang bukan konsisten dengan jangkaan, apa perlunya mintak tolong dengan orang?. Sebab bagi saya, semua orang dalam dunia ni ada isu, ada konflik..jadi tak perlulah nak libatkan orang lain dalam permasalahan kita. -Itulah terjadi keterdesakan - yakni apabila kita dah hilang punca, kita akan bertindak diluar kemampuan kita, dan kita sebenarnya baru sedar yang kita boleh buat sesuatu tanpa melibatkan orang lain!.

Kita tidak akan tau dimana kemampuan kita kalau kita tak berada dalam keadaan yang terdesak. KETERDESAKAN menjadikan seseorang tuh memandang dunia disekitarnya sebagai sesuatu yang ringan dan positive. Bila kita pernah berada dalam keterdesakan, kita akan dapati tidak satu benda pun dalam dunia nih yang tak boleh kita buat. Sebenarnya, semuanya boleh kalau kita berada dalam keadaan terdesak.

Kadang2 cubalah untuk "cari pasal" dengan diri sendiri agar datang satu kuasa keterdesakan dalam diri anda. Dan dari situ anda akan lebih menghargai tujuan anda dicipta. Dan saya telah melaluinya, dan saya tidak takut untuk melaluinya sekali lagi.

Percayalah. Atau terpulang kepada anda.

Selamat hari buruh!

MULUT

Kali ini saya mahu bercakap tentang kuasa komunikasi.

1. Saya suka pandang gestures sesiapa yang saya nampak di depan mata saya. Saya juga entah kenapa selalu berminat untuk melihat cara orang2 di sekeliliing saya bila bercakap. Dari benda2tu semualah yang saya ambil sebagai satu subjek pelajaran diri saya sendiri. Dan saya tahu orang lain juga belajar dari sesuatu yang mereka lihat. (Sehingga kini saya masih lagi menidakkan universiti dan ijazah adalah pendidikan yang terbaik dalam hidup. Saya tidak pernah takjub pada pemegang ijazah, pada pemilik doktor falsafah, pada yang dikurnia professor. Saya sekadar meletakkan mereka sebagai orang biasa yang hidupnya hanya sekadar dalam lingkaran yang bernama buku. Selagi dia tidak berada dalam industri, dia bukanlah orang hebat dari pandangan saya). Ok, berbalik pada tujuan asal posting saya, iya, suka tengok tatacara orang dan cara dia bercakap. Dari situ saya dapat mengajar diri saya apa yang perlu dan tak perlu dibuat dalam setiap kali saya bercakap, dan bertatacara. Saya percaya dengan mutiara kata yang entah dari siapa pernah berkata "you are what you see". Betul frasa ni. Apa yang kita tak suka orang buat, apa yang kita tak suka tengok/dengar bila orang bercakap, itulah yang sepatutnya kita perlu elak sewaktu kita yang melakukannya (tapi konteks harus lah betul!. kenyataan ni, not applicable to all bad things in e world).

2. Dalam urusan kita seharian, komunikasi akan sentiasa wujud. Komunikasi bukan sahaja melalui perkataan (verbal) tetapi komunikasi jugak berlaku melalui pergerakan (movement, non-verbal). Perspective juga adalah sebahagian dari komunikasi. Senyap juga adalah sebahagian dari komunikasi. Berjalan, senyum, ludah, kerlipan mata, minum, muntah, bosan - semua itu adalah sebahagian dari komunikasi. Komunikasi adalah general. keseluruhan. Apa sahaja yang berlaku di depan mata kita, itulah komunikasi. Selagi ianya membuatkan kita bertindakbalas melalui pandangan kita, selagi ianya memberi satu kesan atau maklumat atau kefahaman kepada kita, itu adalah komunikasi. Kenyatan ini memang dah termaktub dalam disiplin komunikasi sendiri. (The knowledge of communication / introduction to communication).

Komunikasi memang cukup berkuasa. Tanpa komunikasi, Nabi tak akan dapat berdakwah. Tanpa komunikasi, John F Kennedy tak akan mungkin berjaya dibunuh. Tanpa komunikasi, Oprah Winfrey tak akan jadi polopor hiburan antarabangsa yang paling kaya didunia.

However, komunikasi juga boleh buat manusia dalam tanda tanya. Kerana komunikasi juga di didifinasikan sebagai non-verbal communication, ramai antara kita yang sekadar menilai sesuatu melalui pandangan mereka sendiri tanpa bertanya keadaan yang sebenar.

Secara lazimnya, kita lebih percaya kepada apa yang kita lihat, kita lebih percaya kepada pandangan kita (our own perception), kita lebih percaya kepada assumption yang kita buat melalui pandangan dan pemikiran kita. Inilah "limitation" dalam disiplin komunikasi - Komunikasi membenarkan sesiapa sahaja membuat tanggapan sendiri melalui pandangan seseorang akan sesuatu di depan matanya - Komunikasi tidak langsung meletakkan syarat bahawa perspective seseorang adalah null & void tanpa sebarang interactive communication. Syarat tu tak ada dalam disiplin atau konsep komunikasi. -Itulah sebab berlakunya Fitnah, salah faham, dendam, benci, salah anggap dan sebagainya kerana manusia seringkali membuat andaian dan kesimpulan akan sesuatu melalui pandangan mereka kepada sesuatu tanpa bertanya.

Kita seringkali melihat sesuatu melalui pandangan kita sendiri. Itulah kesilapan besar dalam komunikasi.

Ayuhlah kita berinteraksi, Communicate!. Let us celebrate the value dan seni Komunikasi. Jom kita hidupkan semula nilai2 dalam human communication yang semakin hari semakin hilang.......

3. Sejak mulanya era 21st century, konsep komunikasi telah berlaku banyak perubahan. Dipendekkan cerita - hari ni semua ada facebook. semua ada twitter. Manusia dah jarang berkomunikasi dalam dua hala (mungkin saya boleh sebut ia sebagai conventional way of human communication). In this era, manusia akan menilai siapa kita melalui apa yang kita post di facebook. Manusia hari ni lebih terkesan dengan seseorang bila sesuatu itu datangnya dari facebook dan twitter.

Suami isteri "berasmara" di facebook, anak & ibu berkasih sayang di facebook, sang bapa komen status si anak lelakinya di facebook, si ibu bercerita pakaian2 baru yang dibeli oleh suaminya - semua tu memberi satu dimensi baru dalam konsep perhubungan kekeluargaan. Ada yang lihatnya sebagai "eeiiieewww!!" dan ada juga yang melihatnya sebagai sesuatu yang bagus sebagai satu bukti untuk megekspresikan kebahagiaan dalam satu perhubungan. Anak dan menantu berantakkan juga bermula di facebook. Luahan ketidakpuashatian juga berlaku di facebook. Artis2 dan ahli2 politik bercakaran di twitter. Artis2 dan ahli2 politik saling berurusan juga bermula di twitter.

------------------------------------------------------------------------------

Kekadang saya terfikir, apakah satu masa nanti manusia akan menghargai face-2-face communication memandangakan generasi kita sekarang banyak masanya di depan pc, ipad, netbook.

Jadi, selagi ianya tak hilang, ayuhlah kita appreciate the art of human communication.

tuhan menangis

Bagaimana saya amat terkejut dengan gempa bumi yg berlaku di jepun, begitulah betapa sy cukup mengerti ada sesuatu yang tak kena dengan hubungan kita dengan bumi hingga tuhan menangis lalu tangisannya telah menghancurkan impian bayi2 kecil generasi baru hiroshima untuk menikmati dan menyambung keterusan kuasa technology jepun yang sebenarnya sudah kalah dengan tangisan tuhan yang mungkin itu adalah satu ekspresi emosi marahnya.

Manusia menangis kerana kecewa atau terlalu sedih. Tapi tuhan menangis kerana dia terlalu marah. Lalu air matanya boleh tumbangkan berjuta bangunan konkrit, air matanya boleh menghancurkan bumi. Kali ni, air matanya ditumpahkan disatu pulau kecil namanya jepun. Siapa sangka, sebuah negara yang boleh mencipta imiginasi mustahil kepada realiti, telah tidak mampu untuk melawan kuasa tangisan air mata tuhan. 

Orang jepun tak pernah percaya adanya kuasa tuhan. Agama jepun cukup logikal. Maksud saya, pesandaran agama jepun bukanlah pada kitab tertentu, atau bukanlah pada kuasa tunggal. Bagi mereka agama adalah moral atau nilai kemanusiaan dan tatacara hidup. Tak seperti agama islam, agama jepun tak ada sumber yang boleh dirujuk. Agama diorang lebih kepada nilai positif dalam sistem kejiranan dan hormat antara satu sama yang lain. Jadi, pada diorang kuasa adalah ditangan manusia, manusia bisa bikin apapun.. (tetiba rasa mcm nk speaking indonesia pula). Kerana tulah diorang lebih bnyak mencipta, mereka banyak membaca, mereka berdisiplin - semua tuh yang menjadi benteng kepada kehidupan orang jepun. Jadi, tsunami yang maha dasyat berlaku kt jepun tuh telah memberikan saya satu refleksi baru tentang kuasa tuhan: Sekuat mana pun kita, waima kita mampu mencipta technology yang hebat, kehebatan kita sebenarnya tidak mampu rupanya untuk melawan kuasa dan tangisan tuhan. Jepun perlu sedar bahawa kehidupan adalah satu konsep yang bersandarkan kepada satu kuasa yang tunggal iaitu tuhan dan agama. Agama tak akan ada tanpa tuhan. Agama bukan sekadar bersandar pada keharmonian hidup semata2. Agama jugak bukanlah sekadar berpaksikan kepada nilai hidup. Tsunami di jepun buatkan saya terfikir tentang jalinan agama dan tuhan. Jepun tak perlu percaya kepada agama islam dan Allah. DAn jepun jugak tak perlu percaya agama2 lain. Tapi jepun perlu percaya akan konsep agama dan kewujudan tuhan yang sebenarnya lebih berkuasa dari sekadar menghargai nilai2 hidup sebagai benteng agama mereka.

Ada satu lagi dimensi yang saya nampak dari bencana di jepun: Rupa2nya mungkin bumi sudah tua. Agak lama dia terapung di cekerawala. Tanah2nya ditusuk terlalu banyak benteng2 konkrit. Udaranya penuh dengan asap2 kilang dan industri hasil dari hamba kapitalis yang semakin melampau semenjak dari penghujung 19th century lagi. Dan sampai kehari ni, manusia masih lagi berlumpa2 untuk merakus semua hasil semulajadi bumi untuk ditukarkan kepada hasil wang. Dunia yang semakin panas yg melampau, lembap yang berlaku kerap menjadi luar biasa, musim yang semakin tak menentu, Gunung2 yang sepatutnya menjadi pagar bumi habis diratakan menjadi lot2 banglo atau mungkin ditebus guna untuk dijadikan kawasan rekreasi umum, Minyak dan hasil bahan kimia meletup di tengah laut, loji2 nuclear bawah tanah yang semakin ligat dirobeknya dalam bumi, penciptaan terlalu banyak rekaan2 baru hasil dari kewujudan generasi2 baru yang semakin bijak dengan penciptaan luar biasa yang berpotensi untuk menggalakkan pengorbanan bumi dengan penghasilan generator2 dan mesin2 yang akan menghiris semua hasil nature bumi. Hari2, kilang2 yang semakin banyak mengeluarkan asap2 dari penghasilan new inventions yang semua tahu memberi kesan kepada ozon bumi yang sedari dulu lagi umum tahu ianya semakin tak berfungsi untuk bumi. 

Sebenarnya bumi kita dah terlalu usang. Kita perlu mencari tempat yang baru untuk teruskan hidup. tapi apakah tempat yang baru tu boleh menjanjikan nyaman dan segar seperti yang pernah ada pada bumi diawal kewujudannya dulu?.

Agama dan Bumi sudah sampai kepenghujungnya. Tapi saya tak tau dimana penghujunnya selagi tuhan terus menangis.

Ketua yang perutnya boroi

Baru-baru ini saya ke sebuah organisasi ilmu di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur atas urusan pembentangan kertas kerja satu event yang akan berlaku dalam tahun 2011 kelak. Usai pembentangan, saya ambil sedikit masa untuk berjalan2 disekitarnya. Seronok melihat budak2 belasan tahun ketawa sesama mereka bercerita itu dan ini. Seronok melihat ramaja2 berkumpul di satu meja dan berbisik bergosip tentang entah apa. Alangkah indahnya hidup menjadi remaja. Tak perlu fikirkan tentang hutang, tentang tanggungjawab, tentang sewa itu dan ini, tentang budget, tentang cost, tentang kerja, tentang apa sahaja. Mereka hanya perlu tidur, bagun tidur,minta izin si ibu dan bapa utuk ke sana sini, buat kerja sekolah,  siapkan assignment, kene lulus periksa - itu saja yg diorang harus lalui sepanjang kehidupan remaja.

Tapi itu bukan isu utama untuk saya tulis pada kali ni. Apa yang buatkan saya untuk tulis kali ini adalah, iya masih lagi di tempat yang sama, usai pembentangan kertas kerja saya meluangkan masa melihat gelagat sekeliling dan selain melihat gelagat budak2, saya terpandang satu citra dua pemuda di satu sudut di dalam bangunan tersebut.

Dua pemuda itu kerjanya sebagai guard. Yang sorang tu saya kira adalah supervisor, dan lagi sorang tu adalah pekerjanya. Dengan lagar sebagai seorang supervisor, berbadan gempal dia panggil si pekerjanya yang sedang berjalan2 memeriksa kawasan sekitar. Datanglah si pekerja mendekati bosnya.

Majikan tu seakan hilang sedikit kawalan bila dia meninggikan suara didepan khalayak, pengujung tempat tersebut. Kenapa perlu menegur pekerja didepan orang awam?. Sudahlah tegur dengan cara yang tidak berhemah, suara pulak tinggi, ditempat ilmu pula, disaksikan oleh sebilangan budak2 dan remaja yang dekat dengan kejadian tu. Apa yang sepatutnya berlaku adalah, si majikan memanggil si pekerja dan berjumpa di tempat yang tersembunyi atau mungkin di pejabat keselamatan mereka. Di situlah tempat yang sebetulnya si majikan boleh kalau nak herdik perkerja, nak tegur atau sebagainya.Bukan di depan khlayak. bukan didepan tempat orang awam. Tindakan yang dibuat majikan tu tanpa saya fikir dia tidak berfikir panjang sebenarnya, telah memberi kesan secara tidak langsung kepada, bukan sahaja kesan negative kepada pekerjanya, malah memberi impak kepada persepsi orang awam/remaja yang melihat kejadian tu kepada perkerja keselamatan tersebut - teringat saya akan kata2 Napoleon bonaparte , " Ketua yang tidak punya fikiran sama halnya dengan benteng yang tidak dijaga"!- apa kesannya tu tadi?-, pengunjung akan hilang hormat kepada pekerja keselamatan di tempat tersebut. Orang pastinya melihat pekerja2 keselamatan yang lain ditempat tu sebagai pekerja biasa yang kene herdik dgn majikan dengan teruknya. Dia tanpa disedari telah mengaibkan maruah pekerjanya. Supervisor tu telah melakukan kesilapan yang amat besar, yang boleh saya pelajari dan ambilnya sebagai iktibar - rendah atau tinggi pun taraf kita, hormatilah siapapun yang bergelar manusia. Kalau dengan haiwan pun kita boleh hormati haknya, kenapa dengan manusia tidak?

Saya bersimpati dengan pekerja keselamatan tersebut. Dia kadang-kadang menjeling2 ke arah saya kerana saya rasakan dia dapat rasakan ada seseorang sedang memerhati. Tapi saya cuba buat2 mengalihkan padangan saya ke tempat lain. Saya tak mahu dia tau yang saya tau apa yang sedang berlaku antara mereka - ini  supaya dia tidak berasa rendah diri atau malu. 

Supervisor yang baik bukan saja mampu mengampu orang atasannya, tapi ketua yang baik juga adalah seorang pengurus yang meletakkan hak menghormati pekerjanya supaya dia bukan sahaja dihormati secara depan, malah dipandang mulia oleh pekerjanya dibelakang.

Selamat Hari Natal!


MALAYSIA DAN IKAN SEPAT

Saya belum pernah lagi mengelilingi dunia. paling jauh yang pernah saya pergi adalah india.Indonesia pernah juga. Singapura?..setapak saja. Tp saya selalu lihat dunia dari akhbar, dari internet, dari cerita rakan, dari kisah sejarah, dari replika bumi. - itu yg saya mampu- dari situ saya melihat malaysia. Sebuah negara yang cukup saya cintai. Negaranya kecil, tp punya bangunan dikalangan struktur bangunan tertinggi di dunia. Malaysia adalah negara yang begitu istimewa. Saya melihat malaysia sebagai istimewa melalui beberapa dimensi :

Sukan. Kita ada pemain nombor satu dunia. Dia kini bergelar datuk. dia masuk banyak pertandingan. dari dulu sampailah entah bila, apabila ada kejohanan antarabangsa, semua orang malaysia bergantung harap pada dia. Bila lihat dia beraksi di gelanggang menentang banyak negara, saya rasa cukup bangga menjadi rakyat malaysia. Dia hanya satu. kita tak boleh nak mengharap kepada pemain badminton yang lain. Yang lain2 lebih kerap kalah berbanding menang. kadang2 boleh mendatangkan sakit hati bila tonton pemain badminton negara selain Datuk beraksi di gelanggang. Lembik dan cukup mengaibkan. Sampai hari ni, tak ada siapa pun yang boleh kalahkan Datuk. Kalau tak ada sorang pun yang boleh kalahkan Datuk, macam mana kita nak lahirkan pelapis agar status nombor satu menjadi milik malaysia lagi?.

Kita juga ada nicol david. Dia juga datuk. dari saya lahir sampailah kehari ini, tak banyak berita yang saya dengar tentang kekalahan dia dalam mana2 kejohanan dunia. Dia menjadi inipati pujian oleh setiap penulis dan pengolah sukan negara. Dia dijadikan inspirasi. Tapi, kita belum lagi lahirkan sorang pun yang boleh dipindah harap untuk menjaga status nombor satu pada masa akan dtg.

Kita hanya ada dua nama yang hebat dalam sukan untuk dibualkan dalam komunikasi dunia sukan. Tidak kisahlah walaupun kerap menjadi lauk kepada Leftenan Lin Dan. Dua nama itu jugak akan hilang satu masa nanti kalau bola sepak kita sampai hari ni, kalau lawan dengan negara luar, selalu sahaja menjadi mangsa. Itu juga buat saya bangga jadi orang malaysia. Sebab apabila bercakap tentang bola sepak, sebuah sukan yang universal,Malaysia tak ada siapapun yang gerun. Usah kita bandingkan dengan negara2 besar dunia. Usah juga kita bandingkan dengan kelab2 gergasi bolasepak antarabangsa. Cukup bagi saya membandingkan bola sepak malaysia dengan Thai, Indonesia, laos - kita punya pasukan bola yang cukup luar biasa kerana tak pernah menjadi hebat dikalangan negara jiran yang sering kita sangka levelnya lebih rendah dari Malaysia.

Apa lagi sukan yang kita main di olimpik?, komenwel?. asia?. kita hnya bergantung harap pada 2 orang datuk yang akan sampai waktunya nanti akan menjadi datuk kepada cucu-cucunya. 

Malaysia terlalu mengejar kapitalisma, sehingga pembangunan insan kita terabai. Ya, sukan juga adalah satu aspek pembangunan insan. 

Music & Hiburan. Lagu2 kita juga bagus2 belaka. Sampaikan pendengar lebih rela menaja cetak rompak dari beli yang asli. Maka tak hairanlah kalau hasil jualan album tak sampai 50k unit. Kalau sampai 10k unit pun, itu sudah kira satu pencapaian!. Saya banyak dengar lagu2 indonesia. Melodinya, liriknya, lenggok bahasanya - semuanya real. halwa telinga senang saja terima. Tapi berlainan kat Malaysia. Music kita terlalu jengkel walaupun saya tidak nafikan, masih ada karya2 yang boleh la dikatakan enak didengar. Balada kita, rock kita,  - semuanya entah apa2. Indonesia juga ada rock ada balada -dan melodinya, iramanya, liriknya senang saja tambat hati orang malaysia. Saya amat terharu bila saya terlihat ada seorang perempuan melayu yang mendengar lagu inggeris, yang bercakap inggeris (sbb mmg dari kecil dia sudah diajar untuk membiasakan ckp inggeris) sanggup membeli CD original Rossa berbanding CD penyanyi wanita malaysia yang berjuta ramainya.

Saya juga peminat tegar cerita melayu. cerita melayu kita juga tidak kurang hebatnya. Saya tidak pasti dimana estetika sebuah karya (boleh ke di gelar "karya", kalau setakat menghasilkan layar perak berkomedi spastik?). kita ada anugerah untuk menghargai dan mengangkat martabat pelakon2 dan pembikin2 filem. tapi malangnya, penilai2 filem kita buta untuk menilai yang mana filem yang baik, dan yang mana filem yang hempedu. Penilai2 industri hiburan dan lakonan kita semunya dipilih dari pelakon2 lama yg kononnya berpengalaman, yang SPM nya pangkat 1, aggregate 23 (nyaris2 nak ke pangkat dua!. ada juga yg tak habis sekolah pun sudah diangkat sebagai penilai mutu lakonan) . Pembikin2 filem kita pula semuanya tunduk dengan selera sampah peminat wayang dan cereka TV -semuanya atas desakan kapitalisma yang didorong oleh mentaliti kelas ketiga penonton atau peminat lakon layar- 

Ini semua yang kerap buat saya bangga menjadi rakyat malaysia kerana sukan nya berlari perlahan, music dan hiburannya berlagu sumbang. Macam mana pula dgn budaya malaysia?.

Saya cuba mencari apa budaya malaysia yang kita ada atau kita warisi. Batik?. itu bukan asalnya dari malaysia. kita mungkin ada joget, zapin - tp tak ada siapapun yang ingin angkat warisan tu untuk dilihat oleh negara dan bangsa lain. Bahasa?. kita tak ada originaliti satu pun. Malah, bahasa indonesia lebih elok lenggoknya, puitisnya. Kita lebih banyak meminjam sebenarnya. Tradisi melayu?. siapa lah nak pandang selagi bangsanya lebih teruja dgn cara hidup modern. Saya sendiri pun tak pernah megah dengan budaya tradisi melayu. Apa tidaknya?..golongan2 elit dan pemimpin besar lah yang sepatutnya membentuk rakyat jelata untuk cinta akan tradisi melayu, tapi yang berlaku sebaliknya. Diorang terlalu obsess dengan kehendak ekonomi sehinggakan setiap  apa yang dihasilkan haruslah berpaksikan kepada wang semata2. Itu sebabnya hari ni, saya dapat lihat sendiri betapa susahnya orang miskin, dan betapa kayanya orang kaya. Jurang ekonomi kita semakin menjadi besar. Itulah realiti. Tapi, kita ada khabar2 gembira yang dinamakan sebagai "rangsangan ekonomi" - maka terbentuklah dasar itu dan ini-

Bercakap tentang ekonomi?. Ini juga buat saya bangga menjadi rakyat malaysia. Harga barang kerap naik, harga minyak juga tak pernah kekal. pasti bergerak keatas. Kita ada litar sepang, kita ada twin tower, kita ada airport, kita ada air asia, kita ada bukit jalil, kita ada putrajaya, kita ada petronas, kita ada sime darby, kita ada inspira dan kancil, kita ada kapal selam, kita juga bakal ada bangunan seratus tingkat?, kita juga ada Iskandar. Kita ada macam2. Macam2 inilah yang akan bagi kesan  kepada kuasa beli pengguna/rakyat seperti saya. Yang kaya mengaut untung, yang miskin mengail ikan sepat dikolam berlumpur. Hidup tertekan. Jenayah menjadi biasa, orang2 dikampung berbunuh-bunuhan : ini semua adalah janji sang rasuah kepada pengamal2nya -  Selagi rasuah itu menjadi biasa, berlakulah kerosakan dalam negaranya!. Maka tak hairanlah seperti yang dilaporkan media, MALAYSIA ADALAH ANTARA NEGARA YANG AKTIF MEMERANGI RASUAH - bangga, bukan?

Apabila ingin mencari dan bercerita yang luar biasa tentang Sukan, Hiburan&Music, Budaya dan Ekonomi,  carilah di Malaysia. Semuanya cukup luar biasa, yang buatkan saya bangga menjadi rakyatnya.

Salam Maal hijrah!













PUNGGUNG kita kotor

Apabila media mendedahkan fakta tentang tandas kita yang masih kotor dan tidak mencapai status yang baik, saya terenyum sendiri. Senyum kerana bersetuju benar dengan kenyataan fakta tersebut. Memang tandas awam kita cukup kotor, namun saya pelik ramai antara kita yang sudi bertamu disana walaupun sudah jelas betapa kotornya tandas tu. 

Kerja saya tidak sepanjang masa di atas kerusi empuk dibawah aircond. Kebanyakan masa kerja saya di luar. Kadang2 seperti "dispec". Jumpa orang sana sini, present paper dan proposal, hantar sebut harga dan juga sekadar social meeting. Maka bila masa saya banyak habis di luar, kekerapan saya masuk tandas awam cukup tinggi. Dan saya melihat sendiri hampir kebanyakan tandas awam yang saya masuk sangat kotor, berair, berbau sambil terdapat lakaran2 hasil tangan penggunanya yang tidak berakal, kelihatan calitan2 hitam di sana-sini. Saya bukan pembersih manapun, tapi setiap kali saya masuk tandas awam, tidak pernah sekalipun saya melepaskan sisa dalaman badan di situ. Saya lebih rela bertahan hingga sampai di rumah sendiri. (Adakalanya saya terpaksa juga buang di tandas awam jika keterdesakan saya di tahap melampau. bagaimana cara saya melepaskannya, itu biar saya sendiri yang tahu). Apa yang pasti, kekerapan saya menggunakan tandas awam sangat rendah. Ini kerana "punggung" kita terlalu kotor untuk satu tempat yang cukup menjijikkan. Saya amat benar berharap agar tandas kotor ni bukan sahaja berlaku di negara saya, tetapi juga berlaku di negara2 lain, sekurang2nya ianya bolehlah dikatakan sebagai universal issue, buka sesuatu yang taboo. (Anyway, Singapura negara yang paling dekat dengan kita, punyai tandas yang maha bersih).

Baru-baru ini saya ke sebuah masjid di kuala lumpur. Struktur bangunan dan dekorasi arkiteknya cukup hebat. Banyak juga orang2 kenamaan bernikah disana. Besar dan cukup mengagumkan reka bentuk masjid tu. Tapi malangnya, tandas masjid tu sgt kotor. Batu marmar yang pudar warnanya, salur paip terbiar merata di lantai yang berair, bau yang busuk, plastik dan bekas2 yang entah dari mana datangnya tidak dikutip terletak lesu di atas tembok dinding, sudahlah lantainya berwarna kelabu kusam yang dialas dengan alas plastik yang kusam, selipar pula tidak disedikan dgn cukup. Selipar yang ada pula tidak sepasang malah warnanya kotor akibat air dari kaki pengguna sebelumnya - semuanya cukup menyesakkan mata siapa sahaja yang meletakkan kebersihan sebagai tatacara kehidupan peribadinya. Saya bertanya sendiri bagaimana sebuah bangunan keagamaan yang melaung2kan kebersihan sebagai intipati iman masih gagal mempratikkan kebersihan di tempatnya sendiri?. 

Masih lagi berpeluang menggunakan khidmat LRT dan komuter, tak pernah sekalipun saya menggunakan tandas awam kat mana2 stesen LRT & Komuter. Tak pernah. Setiap kali saya melangkah masuk setelah membayar 20sen, saya lebih rela melihat seekor anjing mati terburai perut, daripada melihat keadaan jamban di kebanyakan tandas awam di stesen2 LRT & Komuter. Ekspresi saya memang agak keterlaluan, tetapi inilah reality. Kita masih lagi gagal menjadi warga pemikir kelas pertama sebab kita gagal melihat kebersihan sebagai salah satu aspek penting dalam kehidupan komuniti negara. Apa tidaknya, walaupun tandas awam tersebut jelas kotor, ramai dikalangan kita yang masih juga nak gunakannya. Ada juga dikalangan kita yang "selera" untuk melepaskan sisa dalaman badan di tempat yang jelas kotor. Kalian pernah datang ke tandas awam di stesen bas?. hmmm...kotor, jijik dan suasana dalam yang cukup hina. Bagaimana kita boleh mendakwa negara kita sebagai negara yang bersih dan kelas pertama sedangkan "punggung" kita masih kotor?.

Apabila bercakap tentang kebersihan tandas awam kita yang masih kotor sehingga tak boleh nk capai taraf 7 bintang, saya berteleku sendiri rupanya "punggung" kita kotor.





CHINA DAN MR JOHN!

Saya terlalu mengkagumi Negara china betapa diorang cukup kreatif dalam setiap persembahan di perasmian sukan sea yg saya tonton di TV1. Kekaguman saya berlanjutan hingga membuat saya berminat untuk menulis serba sedikit tentang negara china.

sebuah negara yg hingga hari ni masih lagi menidakkan capitalism sebagai hala tuju keterusan perkembangan ekonomi negaranya. Apabila tiadanya capitalism, maka susah untuk siapa pun meletakkan keuntungan dalam aktiviti ekonomi seharian apabila kerajaan menjadi pengawal dalam setiap urusan perdagangan dan eknominya. 
Tidak ada persaingan ekonomi yang wujud dalam strata masyarakat. Pada hemat saya, bila persaingan tidak wujud, masyarakat akan jadi pasif dan tidak berdaya maju. Pun begitu, China bukan calang2 negara. China adalah sebuah negara yang cukup superb (kenyataan saya mmg generalize setelah saya menonton perasmian pembukaan sukan asia di guangzhou, segalanya cukup canggih dan outstanding bertaraf dunia!).

China tak perlu berbahasa inggeris untuk menjadi hebat. Cina juga tak perlu berbaik dengan jepun untuk menghasilkan technology yang gempak. China juga tak perlu nak jumpa Obama dan riuh satu surat khabar ttg pertemuan dgn obama. China juga tak perlu bersuara lantang menentang dan menyokong segala polisi dan dasar sampah antarabangsa. China juga tak perlu angguk kepada desakan dunia demi populariti dan keselamatan luarnya. Namun, China adalah sebuah negara "sepi". Sepi yang penuh dengan kehebatan yang sebenarnya Amerika cukup geruni.

Saya tak melihat China sebagai negara yang hebat dalam skala dan dimensi yang besar. Cukup bagi saya untuk melihat China sebagai negara yang hebat dalam skala kecil melalui cara dan kesungguhan diorang dalam menghasilkan canaian kreativiti di pembukaan rasmi sukan asia 2010. Dengan kecanggihan latar skrin besar, Mainan warna yang cukup memukau, ruang legar di pentas dikelilingi dengan dekorasi air dan mainan lampu yang cukup setara dengan latar music. Keserasian sukarelawan dalam setiap langkah dan pergerakan dalam membentuk satu lukisan indah melalui paparan skrin. Semua ini dilakukan dalam sebuah stadium yang berteknologi. Apa lagi yang perlu saya tulis untuk mengekspesikan keterujaan saya sewaktu menonton perasmian tersebut?. Apa yang dipaparkan cukup seperti bayangan syurga yang selalu bermain difikiran saya. Segala pergerakan yang saya lihat, persekitaran yang dicipta, bunyi yang dialunkan - aduh, segalanya cukup mengkagumkan saya-

Diorang tak perlu terlalu obsess untuk mempersembah kebudayaan negaranya. Tapi apa yg dipaparkan, walaubagaimanapun membuat saya sebagai penonton, dapat melihat dan faham akan budaya mereka melalui kreativiti yang dipersembahkan penuh dgn perincian budaya tempatan di samping masih mengetengahkan elemen futuristik dan antarabangsa melalui paparan teknologi skrin gergasi  yang banyak sebagai latar pentas yang begitu lapang bersama dengan mainan lampu dan peralihan warna, gabungan video dari satu transisi kepada transisi yang lain: semuanya berjalan dengan cukup sempurna.

Saya melihat China melalui lubang kecil yang saya intai dari balik dinding yang dinamakan sebagai Malaysia. Kita mendakwa kita hebat, kita bersuara kononya lantang di pentas antarabangsa, kita kerap berkata kita ada formula dalam pengurusan ekonomi. Kita itu dan ini...tapi untuk membandingkan Malaysia dengan China dalam...ah cukuplah kita cuba membandingkan Malaysia dan China dalam aspek kreativiti perasmian sukan. Saya pasti dunia akan lebih tertumpu kepada China berbanding Malaysia: Malaysia, sebuah negara kecil yang aman damai (sekurang-kurangnya dipermukaan), sebuah negara yang rakyatnya berhati lembut. tp rupa2nya, dunia lebih mengenali Singapore berbanding Kuala Lumpur.

Saya masih ingat sewaktu Kertas Kreatif menguruskan satu kumpulan pelajar Indonesia yg bertandang ke Malaysia untuk satu akademik presentasi di sebuah hotel di Bukit Bintang, apabila speaker bertanya cita2 seorang pelajar tersebut, pelajar tu jawab "I want to be a fashion designer and open my own boutique in Singapore, New York, Japan, and US. Rupa2nya, dia lebih nampak Singapore yang kecil berbanding Kuala Lumpur. Rupa2nya Malaysia bukanlah apa2 pun dari pandangan seorang pelajar antarabangsa.

Melihat China dalam perasmian sukan asia, menyebabkan saya terfikir, "apa ada dengan Malaysia?" Malaysia truly asia!

Jumpa lagi!