Kali ini saya mahu bercakap tentang kuasa komunikasi.
1. Saya suka pandang gestures sesiapa yang saya nampak di depan mata saya. Saya juga entah kenapa selalu berminat untuk melihat cara orang2 di sekeliliing saya bila bercakap. Dari benda2tu semualah yang saya ambil sebagai satu subjek pelajaran diri saya sendiri. Dan saya tahu orang lain juga belajar dari sesuatu yang mereka lihat. (Sehingga kini saya masih lagi menidakkan universiti dan ijazah adalah pendidikan yang terbaik dalam hidup. Saya tidak pernah takjub pada pemegang ijazah, pada pemilik doktor falsafah, pada yang dikurnia professor. Saya sekadar meletakkan mereka sebagai orang biasa yang hidupnya hanya sekadar dalam lingkaran yang bernama buku. Selagi dia tidak berada dalam industri, dia bukanlah orang hebat dari pandangan saya). Ok, berbalik pada tujuan asal posting saya, iya, suka tengok tatacara orang dan cara dia bercakap. Dari situ saya dapat mengajar diri saya apa yang perlu dan tak perlu dibuat dalam setiap kali saya bercakap, dan bertatacara. Saya percaya dengan mutiara kata yang entah dari siapa pernah berkata "you are what you see". Betul frasa ni. Apa yang kita tak suka orang buat, apa yang kita tak suka tengok/dengar bila orang bercakap, itulah yang sepatutnya kita perlu elak sewaktu kita yang melakukannya (tapi konteks harus lah betul!. kenyataan ni, not applicable to all bad things in e world).
2. Dalam urusan kita seharian, komunikasi akan sentiasa wujud. Komunikasi bukan sahaja melalui perkataan (verbal) tetapi komunikasi jugak berlaku melalui pergerakan (movement, non-verbal). Perspective juga adalah sebahagian dari komunikasi. Senyap juga adalah sebahagian dari komunikasi. Berjalan, senyum, ludah, kerlipan mata, minum, muntah, bosan - semua itu adalah sebahagian dari komunikasi. Komunikasi adalah general. keseluruhan. Apa sahaja yang berlaku di depan mata kita, itulah komunikasi. Selagi ianya membuatkan kita bertindakbalas melalui pandangan kita, selagi ianya memberi satu kesan atau maklumat atau kefahaman kepada kita, itu adalah komunikasi. Kenyatan ini memang dah termaktub dalam disiplin komunikasi sendiri. (The knowledge of communication / introduction to communication).
Komunikasi memang cukup berkuasa. Tanpa komunikasi, Nabi tak akan dapat berdakwah. Tanpa komunikasi, John F Kennedy tak akan mungkin berjaya dibunuh. Tanpa komunikasi, Oprah Winfrey tak akan jadi polopor hiburan antarabangsa yang paling kaya didunia.
However, komunikasi juga boleh buat manusia dalam tanda tanya. Kerana komunikasi juga di didifinasikan sebagai non-verbal communication, ramai antara kita yang sekadar menilai sesuatu melalui pandangan mereka sendiri tanpa bertanya keadaan yang sebenar.
Secara lazimnya, kita lebih percaya kepada apa yang kita lihat, kita lebih percaya kepada pandangan kita (our own perception), kita lebih percaya kepada assumption yang kita buat melalui pandangan dan pemikiran kita. Inilah "limitation" dalam disiplin komunikasi - Komunikasi membenarkan sesiapa sahaja membuat tanggapan sendiri melalui pandangan seseorang akan sesuatu di depan matanya - Komunikasi tidak langsung meletakkan syarat bahawa perspective seseorang adalah null & void tanpa sebarang interactive communication. Syarat tu tak ada dalam disiplin atau konsep komunikasi. -Itulah sebab berlakunya Fitnah, salah faham, dendam, benci, salah anggap dan sebagainya kerana manusia seringkali membuat andaian dan kesimpulan akan sesuatu melalui pandangan mereka kepada sesuatu tanpa bertanya.
Kita seringkali melihat sesuatu melalui pandangan kita sendiri. Itulah kesilapan besar dalam komunikasi.
Ayuhlah kita berinteraksi, Communicate!. Let us celebrate the value dan seni Komunikasi. Jom kita hidupkan semula nilai2 dalam human communication yang semakin hari semakin hilang.......
3. Sejak mulanya era 21st century, konsep komunikasi telah berlaku banyak perubahan. Dipendekkan cerita - hari ni semua ada facebook. semua ada twitter. Manusia dah jarang berkomunikasi dalam dua hala (mungkin saya boleh sebut ia sebagai conventional way of human communication). In this era, manusia akan menilai siapa kita melalui apa yang kita post di facebook. Manusia hari ni lebih terkesan dengan seseorang bila sesuatu itu datangnya dari facebook dan twitter.
Suami isteri "berasmara" di facebook, anak & ibu berkasih sayang di facebook, sang bapa komen status si anak lelakinya di facebook, si ibu bercerita pakaian2 baru yang dibeli oleh suaminya - semua tu memberi satu dimensi baru dalam konsep perhubungan kekeluargaan. Ada yang lihatnya sebagai "eeiiieewww!!" dan ada juga yang melihatnya sebagai sesuatu yang bagus sebagai satu bukti untuk megekspresikan kebahagiaan dalam satu perhubungan. Anak dan menantu berantakkan juga bermula di facebook. Luahan ketidakpuashatian juga berlaku di facebook. Artis2 dan ahli2 politik bercakaran di twitter. Artis2 dan ahli2 politik saling berurusan juga bermula di twitter.
------------------------------------------------------------------------------
Kekadang saya terfikir, apakah satu masa nanti manusia akan menghargai face-2-face communication memandangakan generasi kita sekarang banyak masanya di depan pc, ipad, netbook.
Jadi, selagi ianya tak hilang, ayuhlah kita appreciate the art of human communication.
No comments:
Post a Comment