k e t e r d e s a k a n

Saya melihat individu dalam dua situasi, atau zone. Zone dan Situasi ini saya bercakap dalam konteks pekerjaan. SAtu yang berada dalm zone yang setara atau flat. - mendatar. Satu lagi, individu yang berada dalam zone bukan setara. (apa ya?.acronym bagi setara?). Individu yang berada dalam zone bukan setara adalah seseorang yang sentiasa berada konflik, issues, finding solutions, problems dan sebagainya - Ini semua adalah kesan dari kerja yang diorang pilih sendiri.

Dalam post ni, saya berminat untuk bercakap tentang individu yang berada dalam zone bukan setara. Biasanya, individu yang berada dalam zone bukan setara adalah orang yang suka buat atau pilih sesuatu benda atau keadaan yang akhirnya tanpa diorang sedar akan menyebabkan diorang dalam keadaan tidak pasti, akan membawa diorang dalam pelbagai isu yang diorang harus tangani sendiri kesan dari tindakan atau pilihan yang diorang buat sendiri.-Diorang akan buat apa sahaja yang memungkinkan kepada risiko asalkan modus operandi diorang tercapai. Manusia yang berada dalam zone bukan setara ni biasanya akan secara dengan sendiri mendapati akan ada satu force yang akan drive diorang kepada satu-satu tindakan yang payah sebenarnya kalau diorang tak berada dalam zone bukan setara. - Inilah yang dinamakan sebagai force KETERDESAKAN.

Keterdesakan berlingkar dalam dua direction didalam vakum yang sama. Keterdesakan ke arah positive dan keterdesakan ke arah negative.

Keterdesakan ke arah positive maksudnya individu yang mengambil satu2 tindakan yang sebenarnya payah untuk dia buat, tetapi terpaksa buat jugak demi mencapai apa yang dia nak. - Apa yang dia nak tu adalah kesan dari keputusan yang dia telah buat pada awalnya. Lalu, apabila dia mendapati apa yang dijangka hasil dari keputusan yang diambil tuh tak menjadi, dia akan tetap pastikan jangkaan dia menjadi dalam apa jugak keadaan sekalipun. -Maka dari sinilah datangnya satu kekuatan dalam diri dia untuk buat apa sahaja asalkan tercapai modus operandinya. Dia akan pastikan apa yang sepatutunya berlaku dari keputusan yang diambil tu sama dengan jangkaan yang dia dah buat sebelum keputusan diambil. Yang baiknya, keterdesakan yang berlaku dalam diri diorang tidak langsung melibatkan orang lain. Setiap keterdesakan dari tindakan yang diorang ambil, diorang akan sedaya upaya untuk tidak menyusahkan pihak lain. -Ada yang kata ego- tapi bagi saya itu bukan ego. Itu bermaksud diorang tidak mahu keputusan yang diorang ambil tuh akan menyebabkan orang lain jugak menjadi susah. JAdi bagi diorang, diorang akan buat apa saja demi objektif diorang tercapai asalkan tidak melibatkan orang lain. - Maknanya, tak perlu mintak tolong dengan orang. Ini kerana, diorang sendiri tau keputusan yang diorang ambil tuh akhirnya memberi kesan yang bukan konsisten dengan jangkaan, apa perlunya mintak tolong dengan orang?. Sebab bagi saya, semua orang dalam dunia ni ada isu, ada konflik..jadi tak perlulah nak libatkan orang lain dalam permasalahan kita. -Itulah terjadi keterdesakan - yakni apabila kita dah hilang punca, kita akan bertindak diluar kemampuan kita, dan kita sebenarnya baru sedar yang kita boleh buat sesuatu tanpa melibatkan orang lain!.

Kita tidak akan tau dimana kemampuan kita kalau kita tak berada dalam keadaan yang terdesak. KETERDESAKAN menjadikan seseorang tuh memandang dunia disekitarnya sebagai sesuatu yang ringan dan positive. Bila kita pernah berada dalam keterdesakan, kita akan dapati tidak satu benda pun dalam dunia nih yang tak boleh kita buat. Sebenarnya, semuanya boleh kalau kita berada dalam keadaan terdesak.

Kadang2 cubalah untuk "cari pasal" dengan diri sendiri agar datang satu kuasa keterdesakan dalam diri anda. Dan dari situ anda akan lebih menghargai tujuan anda dicipta. Dan saya telah melaluinya, dan saya tidak takut untuk melaluinya sekali lagi.

Percayalah. Atau terpulang kepada anda.

Selamat hari buruh!

3 comments:

  1. Kadang2 cubalah untuk "cari pasal" dengan diri sendiri agar datang satu kuasa keterdesakan dalam diri anda. - kata-kata ini sgt terkesan.

    ReplyDelete
  2. Shawshank RedemptionApril 24, 2011 at 4:44 AM

    Komen untuk perenggan 4 :-
    Kadang2 kito ghaso kito bule handle sorang2. Tapi memang bule pun. Cumo, sampai satu maso, kito totap perlukan 'pombantu'. Walaupun maso tu, ia dalam koadaan yang soleso dan maso tu totap akan tibo juo. - Shawshank Redemption.

    ReplyDelete
  3. Sinzzfaiza: terima kasih. itulah yg penulis harapkan - dia menulis dari hati, supaya yang membacanya dapat merasai!..

    Shawshank Redemption: banyaknya huruf "O"..Bibir penulis muncung kedepan duk membaca komen anda yang banyak huruf O. dan penulis tau sangat siapa di sebalik nama Shawshank Redemption nih. sgt tau!. terima kasih sbb sudi membacanya.

    penulis sgt faham apa yg cuba Shawshank Redemption smpaikan pada maksud sebenar "pembantu" tuh. Ia, setiap org perlukan "pembantu". Itu sebab diciptaNya si hawa utk adam.Tapi dalam konteks penulisan nih, penulis ingin cuba sampaikan kepada pembaca bahawa sebenarnya dalam apa jugak keadaan yg payah, susah, mustahil, issues, konflik, dan masalah dari satu2 keputusan yg dibuat pasti ada jalan penyelesaian apabila ianya menjadi satu keadaan yg terdesak. Keterdesakan membuatkan manusia boleh buat apa saja demi mengakhiri sesuatu.

    teghimo kasih yo!...bacolah laie.

    ReplyDelete