Bagaimana saya amat terkejut dengan gempa bumi yg berlaku di jepun, begitulah betapa sy cukup mengerti ada sesuatu yang tak kena dengan hubungan kita dengan bumi hingga tuhan menangis lalu tangisannya telah menghancurkan impian bayi2 kecil generasi baru hiroshima untuk menikmati dan menyambung keterusan kuasa technology jepun yang sebenarnya sudah kalah dengan tangisan tuhan yang mungkin itu adalah satu ekspresi emosi marahnya.
Manusia menangis kerana kecewa atau terlalu sedih. Tapi tuhan menangis kerana dia terlalu marah. Lalu air matanya boleh tumbangkan berjuta bangunan konkrit, air matanya boleh menghancurkan bumi. Kali ni, air matanya ditumpahkan disatu pulau kecil namanya jepun. Siapa sangka, sebuah negara yang boleh mencipta imiginasi mustahil kepada realiti, telah tidak mampu untuk melawan kuasa tangisan air mata tuhan.
Orang jepun tak pernah percaya adanya kuasa tuhan. Agama jepun cukup logikal. Maksud saya, pesandaran agama jepun bukanlah pada kitab tertentu, atau bukanlah pada kuasa tunggal. Bagi mereka agama adalah moral atau nilai kemanusiaan dan tatacara hidup. Tak seperti agama islam, agama jepun tak ada sumber yang boleh dirujuk. Agama diorang lebih kepada nilai positif dalam sistem kejiranan dan hormat antara satu sama yang lain. Jadi, pada diorang kuasa adalah ditangan manusia, manusia bisa bikin apapun.. (tetiba rasa mcm nk speaking indonesia pula). Kerana tulah diorang lebih bnyak mencipta, mereka banyak membaca, mereka berdisiplin - semua tuh yang menjadi benteng kepada kehidupan orang jepun. Jadi, tsunami yang maha dasyat berlaku kt jepun tuh telah memberikan saya satu refleksi baru tentang kuasa tuhan: Sekuat mana pun kita, waima kita mampu mencipta technology yang hebat, kehebatan kita sebenarnya tidak mampu rupanya untuk melawan kuasa dan tangisan tuhan. Jepun perlu sedar bahawa kehidupan adalah satu konsep yang bersandarkan kepada satu kuasa yang tunggal iaitu tuhan dan agama. Agama tak akan ada tanpa tuhan. Agama bukan sekadar bersandar pada keharmonian hidup semata2. Agama jugak bukanlah sekadar berpaksikan kepada nilai hidup. Tsunami di jepun buatkan saya terfikir tentang jalinan agama dan tuhan. Jepun tak perlu percaya kepada agama islam dan Allah. DAn jepun jugak tak perlu percaya agama2 lain. Tapi jepun perlu percaya akan konsep agama dan kewujudan tuhan yang sebenarnya lebih berkuasa dari sekadar menghargai nilai2 hidup sebagai benteng agama mereka.
Ada satu lagi dimensi yang saya nampak dari bencana di jepun: Rupa2nya mungkin bumi sudah tua. Agak lama dia terapung di cekerawala. Tanah2nya ditusuk terlalu banyak benteng2 konkrit. Udaranya penuh dengan asap2 kilang dan industri hasil dari hamba kapitalis yang semakin melampau semenjak dari penghujung 19th century lagi. Dan sampai kehari ni, manusia masih lagi berlumpa2 untuk merakus semua hasil semulajadi bumi untuk ditukarkan kepada hasil wang. Dunia yang semakin panas yg melampau, lembap yang berlaku kerap menjadi luar biasa, musim yang semakin tak menentu, Gunung2 yang sepatutnya menjadi pagar bumi habis diratakan menjadi lot2 banglo atau mungkin ditebus guna untuk dijadikan kawasan rekreasi umum, Minyak dan hasil bahan kimia meletup di tengah laut, loji2 nuclear bawah tanah yang semakin ligat dirobeknya dalam bumi, penciptaan terlalu banyak rekaan2 baru hasil dari kewujudan generasi2 baru yang semakin bijak dengan penciptaan luar biasa yang berpotensi untuk menggalakkan pengorbanan bumi dengan penghasilan generator2 dan mesin2 yang akan menghiris semua hasil nature bumi. Hari2, kilang2 yang semakin banyak mengeluarkan asap2 dari penghasilan new inventions yang semua tahu memberi kesan kepada ozon bumi yang sedari dulu lagi umum tahu ianya semakin tak berfungsi untuk bumi.
Sebenarnya bumi kita dah terlalu usang. Kita perlu mencari tempat yang baru untuk teruskan hidup. tapi apakah tempat yang baru tu boleh menjanjikan nyaman dan segar seperti yang pernah ada pada bumi diawal kewujudannya dulu?.
Agama dan Bumi sudah sampai kepenghujungnya. Tapi saya tak tau dimana penghujunnya selagi tuhan terus menangis.
salam...jangan gunakan istilah
ReplyDelete'Tuhan menangis'.kerana menangis tu sifat manusia.Allah mustahil bersifat dengan sifat2 yg ada pd makhluk-Nya!
Anonymous,
ReplyDeletePenulis tidak sama sekali menyatakan "tuhan menangis" adalah sama dgn sifat manusia. Dalam konteks penulisan ini, penulis cuba untuk untuk memberitahu kepada manusia bahawa tuhan sedang murka dgn segala kerosakan dan kelalaian manusia. Metafora. namanya, dalam sudut kesusasteraan.
Analoginya begini, jika manusia boleh marah, tuhan juga lagilah berkuasa untuk marah, jika manusia boleh lompat, tuhan lagilah ada kuasa untuk lompat, jika manusia boleh bunuh orang, tuhan lagilah berkuasa untuk bunuh orang, jika manusia boleh dapat A dalam maths, tuhan lebih berkuasa untuk dapat A dalam maths. Apakah ini saya samakan manusia dgn tuhan??..Jawapannya tidak. Apa yang saya ingin sampaikan ialah, tuhan juga lebih dari mampu untuk buat apa sahaja yang manusia buat. Sebab setiap apa2 yang ada di bumi adalah makhluknya. Lompat, berdiri, menangis, gembira, seks, dadah, ganja, kucing, marah, suka - semua ni adalah makhluk tuhan. jadi apa sahaja yang manusia boleh buat, tuhan juga boelh buat sebab itu semua adalah ciptaan tuhan sendiri.
Bacalah sesuatu dgn jiwa (soul), bukan sekadar baca dgn akal dan logik semata2. Membaca yang betul adalah dgn memahami sesuatu dari pelbagai dimensi dan perspektif, bukan sekadar membaca dari melalui satu dimensi dan jumud. Penulis pasti, anonymous bukalan pembaca yang jumud dan bukanlah juga pembaca yang sekadar dgn akal dan logik.
Teruskan membaca. Terima Kasih.
fizan,tukarlah sikit tajuk tu..menangis tu sifat yang lemah...i know what do you want to say...metafora or something like that...but, when we want to say or write something especially about Allah, better kita terus direct and never compare with us...He's almighty, and who we are...About metafora, abg tak pernah dengar lagi orang sebut tentang menangis, sebab ianya melibatkan i'qtiqad ataupun aqidah..better beware ye fizan..... (ABG NOB ZABARIAN)
ReplyDeleteAbg nobita!...akhirnya dapat juga jumpa abg nobita kt sini. Penulis sgt teruja bila dapat baca komen dari abg nobita. Bertahun penulis tak berjumpa dgn tuan punya badan, membaca ayat2 abg nobita kt sini seakan2 penulis rasakan sgt dekat dengan anda!. sgt dekat!
ReplyDeleteDalam setiap penulisan, penulis akan cuba meletakkan tajuk2 yang diluar agakkan pembaca. Ada yang kata lari tajuk, ada yang kata "eh?"..ada yang kata tak sesuai dan macam2 lagi. Bagi penulis, tajuk yang dipilih secara tidak langsung berkait dengan tujuan asal penulisannya.
Suka dikongsi disini, penulis tidak meletakkan perkataan "tuhan" tu sebagai exclusive kepada maksud "Allah" (utk islam). Dalam konteks penulisan ni, penulis mendefinisikan perkataan "tuhan" diluar konteks kefahaman islam. Maksudnya, kalau si Ah chong yang baca, dia akan baca "tuhan menanis" dalam konteks kefahaman dan latar belakangnya. Kalau muthusamy yg baca, dia akan baca dalam konteks dan ideologi,kalau liberalist, atau mungkin org yg tidak beragama baca penulis nih, diorang akan baca "tuhan menangis" dalam konteks ideologi mereka sendiri. Jadi, penulis tidak meletakkan perkataan "tuhan" tuh merujuk kepada hanya "Allah" (bagi pembaca muslims)
Setiap manusia ada kefahaman mereka yang berbeza tentang konsep ketuhanan. Jadi penulisan ni tidak tertumpu hanya pada satu konsep kefahaman. Tuhan dalam konteks penulisan nih merujuk kepada pelbagai ideologi ketuhanan yang wujud dalam sistem kepercayaan manusia - jadi, soal i'tiqad atau akidah tak wujud dalam konteks penulisan "tuhan menangis" nih kerana skop kefahaman ketuhanan dan maksud yang disampaikan adalah menyeluruh dan universal.
Penulis melihat persekitarannya dalam perspektif yang tidak berangka, tidak berbenteng. Maka perspektifnya berlegar dalam ruang2 yang tidak terbatas dan tidak bergantung kepada exclusivity.
Abg nobita, harap kita dapat terus sama2 baca dan kongsi ya.