Cakap-Cakap

Saya bukanlah seorang yang terlibat dalam industry hiburan (iya, hiburan memang layak diletakkan sebagai satu industri kerana pengaruhnya sangat hebat dalam aspect pengkomersialan di Malaysia), tetapi saya adalah seorang yang cukup gemar melihat aktiviti hiburan di Malaysia (Hiburan melayu) kerana bukan sahaja boleh buatkan diri saya enjoy, tetapi juga saya melihat hiburan dari sudut atau konsep komunikasi.

Saya meluangkan masa untuk menonton satu anugerah hiburan yang cukup berprestij. Dapat menonton secara live rancangan anugerah tersebut adalah kerana mendapat jemputan dari kenalan yang terlibat secara tidak langsung dalam dunia penyiaran setelah saya & Kertas Kreatif terlibat dalam penyusunan dan susun atur (layout) bagi bahan2 cetakan bertulis dan dalam aspect protokol majlis anugerah berkenaan.

Apa yang buatkan saya tersenyum sinis tatkala berada dalam keramaian tersebut adalah apabila produksi utama dalam majlis itu meletakkan pelakon sebagai juruacara/pengacara bagi sessi temubual bersama pemenang2 anugerah tersebut yang terdiri dari kalangan sutradara, pelakon dan penerbit. Juruacara2 dalam majlis itu semua adalah juga individu2 yang sama terlibat dalam kerjaya lakonan. Saya tertanya sendiri apakah kita kekurangan hosts di Malaysia?. saya rasa tidak. Kita ada ramai hosts yang juga celebrity yang lebih layak untuk diambil sebagai juruacara bagi Majlis yang cukup berprestij pada kiraan saya (apa tidaknya, menteri dan pegawai2 tertinggi kerajaan juga hadir dalam majlis tersebut dan juga adalah peneraju utama bagi majlis itu).

Itulah akibatnya mengambil pelakon yang tidak ada kelayakan dan bakat sebagai juruacara, saya dapat lihat sendiri bagaimana mereka menyusun kata2, cara penyampaian mereka dan juga isi kanduangan temubual yang langsung saya fikir tidak menampakkan kebolehan mereka sebagai juruacara.

Saya gemar melihat sesiapa sahaja berkomunikasi lebih2 lagi komunikasi yang melibatkan orang ramai sebagai "receiver". Communicator yang baik adalah bukan sekadar apa yang disampaikan, tetapi juga bagaimana ia disampaikan juga adalah amat penting bagi menentukan kebolehupayaan seseorang juruacara untuk bukan sahaja memberikan impak kepada orang yang ditemubual tetapi juga impak kepada orang yang melihat dan mendengar proses2 komunikasi tersebut. Pergerakan tangan, body posture, gesture, lontaran suara dan keyakinan, pergerakan mata dan juga pilihan antara ketawa dan senyum: semua ini adalah antara faktor penting yang akan memberi merit kepada isi/contents komunikasi tersebut.

Tapi malangnya, saya melihat juruacara2 (sebenarnya mereka tidak layak utk digelar sebagai juruacara tapi mereka adalah pelakon /actor/actress, walaupun lakonan mereka pun tidaklah sehebat mana untuk dibandingkan dengan lambakan pelakon2 yang lebih berbakat tetapi tidak diangkat oleh sesiapa dalam industry hiburan Malaysia yang lebih menonjolkan rupa&bakat sebagai satu pakej kelebihan untuk diterima umum). Cara penyampaian mereka yang cukup tidak matang dan mengada2 cukup jelas dalam implementasi komunikasi dua hala mereka. Saya tidak mahu sentuh soal isi kandungan kerana itu perkara kedua (walaupun sebenarnya isi kandungan mereka juga terlalu tidak matang dan terlalu "sekolah" untuk satu majlis yang berprestij seperti itu). Apa yang buat saya tertarik untuk menilai juruacara2 tersebut adalah cara mereka menyampaikan/penyampaian mereka yang saya fikir, produksi sepatutunya memilih celebrity yang sudah biasa dengan komunikasi umum. Ramai dan saya pasti contoh nama2 yang bermain difikiran saya ketika ini yang boleh diangkat sebagai celebrity hosts adalah juga ada di kotak fikiran kalian semua yang sedang membaca ini).

Inilah akibatnya kalau kita tidak mengambil berat ilmu komunikasi. Inilah akibatnya kalau kita terlalu mengutamakan aspek glamour dan komersial sehingga kita gagal untuk meletakkan komunikasi umum sebagai inipati utama dalam sesebuah produksi. Orang2 dalam dalam produksi majlis tersebut saya pasti mengambil sikap sambil lewa dalam menekankan soal pemilihan juruacara dan mereka juga adalah orang2 yang tidak peka dengan aspek komunikasi umum sehingga mereka sekadar mencedok sesiapa sahaja yang ada di depan mereka untuk menjadi hosts.

Saya cukup inspired menonton red carpet di anugerah grammy di TV. Ini kerana disamping hostsnya yang cukup Glamour, cantik dan kacak, mereka juga berkomunikasi dengan baik. Lihat keyakinan mereka menyampaikan kandungan temubual, tidak keterlaluan untuk saya katakan yang mereka lebih ber"otak" dari artis di red carpet tersebut. Dan kita disini, bukan sahaja hosts red carpet yang dicedok dari pelakon2 drama TV dan layar perak yang mmg fail dalam penyampaian komunikasi umum, malahan mereka juga adalah buta fashion!..ttg fashion?..aduh ini juga bisa buat saya ketawa!..tp saya tak mahu sentuh tentang itu kerana saya bukanlah expert.

Apa yang asasnya disini adalah, rupa2nya komunikasi adalah satu cabang ilmu yang ramai dikalangan kita masih tidak teliti. Bukan sahaja dalam dunia hiburan, tapi juga dalam dunia apapun di Malaysia. Maya Karin pengacara nona (ketika article ini ditulis), rosyam nor moderator dalam fenomana seni RTM (ketika article ini ditulis). AC Mizal yang pernah menjadi hosts Akademi Fantasia: Mereka semua membuat saya ketawa terbahak2 melihat dunia penyiaran dan komunikasi di Malaysia.

Jumpa Lagi!

Adakah Ah Long Jahat?

Tak perlu saya bersinopsis tentang siapa ah long. Orang bercakap tentang negativity kewujudan Ah Long. Biasalah mungkin sudah jadi routine dalam persepsi manusia lebih2 lagi di Malaysia utk memandang sesuatu dalam dimensi negative. Commonality. Kita takut dan tak mahu memandang atau berkata sesuatu yang bertentangan dengan standard majority. Saya juga begitu. Itulah sebab kenapa page ini tercipta selain tujuan utama penciptaanya adalah untuk berkomunikasi ttg Kertas Kreatif.

Kita bicara semula ttg ah long. Ada satu kisah yang terjadi pada saya yang menyebabkan saya ingin berbicara ttg ah long.

Saya ke sebuah bank di satu pekan kecil dikawasan damansara. Tujuan ke sana untuk ambil buku cek Kertas Kreatif yg saya baru sedar sudah habis helaiannya sewaktu saya ingin membuat pembayaran kepada satu pembekal untuk event yg saya organise seminggu yg lalu. Sambil saya duduk2 menunggu kak huda mengeluarkan dan memproses buku cek saya, mata saya berkeliaran memandang sekeliling bank (mmg sudah jadi habit saya suka menilai diri dari pandangan sekeliling dan sekitar saya). Mata saya sedikit tertarik akan satu scene yang berlaku di satu sudut di mesin ATM bank tersebut:-

seorang lelaki melayu sedang keluarkan wang dari mesin sambil berdiri disebelahnya (disebelah ok, bukan di belakangnya) sambil berdiri disebelahnya seorang pemuda cina yang sedang melihatnya mengeluarkan wang. Saya bermonolog mungkin itu rakannya, atau..ntahlah..1Malaysia?..saya tidak menolak mahupun menyokong konsep itu, tp membenarkan orang lain (atau bangsa lain) melihat wang akaun kita sebagai satu menifestasi terhadap sokongan 1Malaysia, bukanlah cara yang betul!. Sedangkan adik beradik pun boleh bertelagah ttg wang, inikan pula 2 figura asing yang sedang saya lihat didepan mata saya tatkala berada di bank tersebut.

Tiba2, adegan yang buat saya lebih ingin tahu dalam scene antara dua bangsa itu adalah apabila budak melayu tu, setelah mengeluarkan wang RM50/100 yang agak sedikit tebal dari pandangan mata saya, dia dengan segera menyerahkan wang tu kepada pemuda cina yang berdiri disebelahnya tadi. Saya tak terfikir mereka berkawan, apatah lagi adik beradik sebab margin personality antara mereka sgt ketara. Cepat2 saya beranggapan "confirm ah long!" - saya mengesahkan sendiri dalam hati sambil sekejap2 memandang officers bank yang sibuk melayan clients diorang.

saya memang busy body - saya bawakan pandangan saya tu kat kak huda yang sedang menghulur sekeping kertas untuk saya sign sebelum saya ambil buku cek baru saya. Kak huda cakap itu ah long. Saya senyum sendiri dan cepat2 saya membuat konklusi baru ttg ah long:-

apabila melihat situasi tersebut sy terfikir ah long ni sebenarnya bukanlah jahat seperti yang media seringkali paparkan di akhbar2 tempatan (lebih2 lagi akhbar tempatan tabloid yg bnyak menullis ttg kehidupan orang melayu yg kebanyakkan boleh melahirkan satu impressi marah, kasihan dan takut). ah long sama macam bank (info ini hasil dari perbualan saya dgn seorang pegawai bank yang juga dudk disebelah kak huda).
 - bagi pinjam wang kat orang yang mahu pinjam. proses pinjaman juga sama seperti bank. Ah long juga berdaftar. sah dari segi undang2 tubuh syarikat. apa yang membezakan antara ah long dan bank ialah kecepatan utk bagi wang dan juga akibat dari tidak membayar semula pinjaman.

ah long punya prinsip cukup clear dan straight forward: pinjam dan bayar semula pada masa yang telah dijanjikan oleh peminjam. Saya setuju. Kalo dah tau pinjam bayar lah. kalo dah berjanji, tunaikanlah. Ini tidak, kebanyakan peminjam, time nak pinjam beria2 berjanji mahu bayar, tp bila sampai masa untuk bayar batang hidung entah ke mana, kalau ada pun, banyak berdolak dalih untuk elak dari bayar. Mungkin sudah jadi hak ah long sendiri yang diorang takmau tahu samada peminjam ada uwang atau tidak sewaktu tiba waktunya untk bayar semula. Yang menjadi hak total ah long adalah, agreement sudah sign, jadi tiba waktu bayar balik, peminjam tak boleh nk dolak dalih. Kalau tak bayar, peminjam merana!

Itulah sebabnya saya lihat ada yang rumah kene baling cat, ahli keluarga kene ugut, kene pukul...apa tidaknya?, dah tau pinjam, bayarlah!. Ah long tak akan ganggu peminjam kalau si peminjam bayar pada waktu dan masa yang ditetapkan. Kalau tak mampu bayar, jangan pinjam!. ringkas bukan?.

informasi yang saya dapat dari pegawai bank tersebut membuatkan saya terfikir semula bahawa apa yang berlaku pada kita sebenarnya bukanlah disebabkan oleh keadaan sekeliling. tetapi setiap beban atau masalah atau bahana yang terjadi adalah kesan dari tindakan diri kita sendiri. Contoh terdekat adalah Ah Long. Peminjam tak akan berdepan dengan ugutan dan gangguan ah long kalo si peminjam itu sendiri bertanggungjawab untuk bayar semula. Other wise, u'll be in trouble.

Siapa yang tak marah kalau duit yang dipinjam tak bayar balik?..semua orang akan marah. cuma ah long saja yang berani mengekspresskan marahnya.

Cek sudah saya sign sebelum saya akan bank in esok kepada supplier saya. Bagaimana dengan kalian diluar sana?..ada hutang yang belum selesai?..ada janji yang belum tertunai?..nasihat saya selesaikanlah, tunaikanlah. Sama seperti kita, mereka juga perlukan sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan di hari esok.

semoga berjumpa lagi!

Emcee Kahwin

Sewaktu saya sedang dalam perbincangan tentang satu event yang akan berlansung pada hujung bulan ini bersama rakan2 organiser yang lain, saya mendapat panggilan dari kawan saya. Kami telah berhubungan sejak di zaman university lagi. Tapi panggilan dia saya tak dapat nk jawab sebab saya dituntut perhatian yang cukup oleh situasi perbincangan yang sedang berlaku. Tapi saya sambil2 berbincang, sempat juga saya hantar sms kepadanya bertanya tentang sebab panggilan itu terjadi.



Dia minta saya menjadi emcee untuk perkahwinan adik perempuannya. Menjadi emcee untuk sesuatu acara bukanlah perkara yang asing bagi saya. Tapi bahasa melayu. Bukan tak mahu ambil cabaran untuk jadi emcee dalam bahasa inggeris, cuma jiwa saya lebih dekat dengan melayu. Bahasa melayu lebih seninya, walaupun sekitar saya semuanya berkomunikasi dalam bahsa inggeris.



Mana mungkin saya menolak permintaan sahabat saya untuk mahukan saya menjadi emcee bagi majlis perkahwinan adiknya. Bila saya telah dengan pantas menyatakan persetujuan untuk memenuhi permintaan tersebut, saya sudah pun membayangkan konsep pengacaraan saya nanti apabila dia menyatakan venue untuk perkahwinan adiknya nanti adalah di sebuah hotel yang dikenali umum. Pastinya konsep emceeing saya nanti bedasarkan kepada keadaan sekitar acara itu berlangsung.



Bercakap tentang wedding emcee, ada golongan minoroti yang berpendapat, Malaysia agak terlalu conservative (Saya tidak 100% bersetuju dengan pendapat ini). Mereka berpendapat, biasanya, dalam acara perkahwinan melayu ada dua situasi:



1. Perkahwinan di hotel atau setaraf: Banyak dikalangan kita, bila buat perkahwinan di hotel, ianya seakan "mesti" untuk menjadi formal. Formal disini ialah emcee akan berdiri di podium, kemudian akan ada ucapan rasmi dan sebagainya, kemudian akan ada perarakan masuk pengantin ala2 agong berjalan perlahan kat karpet merah - semuanya terlalu "religious". Mereka berpandangan, perkahwinan adalah sesuatu yang menggembirakan. Kenapa mesti ada "kawalan" dalam majlis tersebut. Lihat sahaja bagaimana orang barat celebrate hari perkahwinan mereka (Saya buka Pro-Barat, cuma dalam satu2 hal ada masanya saya bersetuju dgn tatacara hidup/lifestyle/persepsi orang barat) sambutan mereka cukup meriah dan begitu casual, bersahaja. Yang kita pula, bila buat kat hotel, punyalah berhati2 nak cedok lauk, punyalah control nak bercakap, punyalah beriya2 nak dress up macam nk pegi anugerah bintang popular, punyalah beriya2 masing2 nak tunjuk kemewahan diri dan lain2. Kadang2, sepatutunya majlis tu adalah majlis perkahwinan, dek terlalu turutkan kehendak rasmi dan protokol, wedding dah jadi macam acara pertabalan putera raja. Dah jadi macam acara angkat sumpah perdana menteri depan agong pun ye jugak. Mungkin kita tak perlu ubah tradisi perkahwinan melayu, tapi sekurang2nya, kita perlu ubah cara kita melihat budaya kita melalui dimensi yang relevant. Bukan sekadar ikut dan buat.



2. Perkahwinan di rumah / dewan / kampung atau setaraf: Menurut mereka,

Apabila kita bercakap tentang event outdoor, pastinya kita terdedah kepada pancaran matahari (Malaysia antara negara yang agak panas dan lembap cuacanya). bila dah cuaca panas, ianya sepatutnya mempengaruhi cara pemakaian kita dimajlis perkahwinan tersebut . Tapi amat bersimpati apabila ramai dikalangan kita yang masih lagi "take things for granted" apabila bertandang kemajlis perkahwinan yang terbuka (outdoor) lebih2 lagi dari aspek pemakaian. Senang cerita macam nilah, dah la cuaca panas: yang si abang rahim beriya2 dengan seluar jeans dan kemeja warna gelap (tu tak termasuk lagi baju t-shirt kat dalam), tuck in. kadang2 ada yang tak pakai t-shirt dalam, kemudian dek cuaca panas, habis basah satu badan smpai nampak tompok peluh kat ketiak. Yang si akak milah pulak beriya2 dengan kebaya ketat, berkasut tumit tinggi kalah KLCC twin tower. Kemudian, bab2 lain seperti DJ (biasanya kalau perkahwinan venue outdoor, gelarannya bukan emcee, tp DJ walaupun sebenarnya gelaran tu tak kena dan adalah sgt salah): Dialah DJ, dialah sound system. Ada pula sesi karaoke. Memang bagus, meriah..tapi yang penyanyi karaoke tu biarlah dipilih yang ada suara untuk sedap didengar. Ni tidak, kebanyakan sesi karaoke, semuanya suara....ya tuhan!..Siti Nurhaliza pun "surrender"!. majlis perkahwinan sepatutnya menjadi majlis yang sempurna dan meriah..tp meriah tu bukanlah bermakna terpekik terlolong oleh penyanyi karaoke yang kadang2 boleh menyakitkan telinga tetamu. Kemudian DJ tu plak seakan "wajib" kena bersuara sama denga suara DJ radio shopping complex: BESAR, GARAU DAN CAKAP LAJU..sampaikan tetamu pun tak paham apa yang dj tu cuba sampaikan. Kenapa mesti nak tiru suara DJ radio shopping complex?: cakap sekejap, kemudian diselang-seli dangan muzik,..kalau nak bercakap, habiskan dulu, kemudian baru masuk muzik. Ini tidak. Kebanyakan "dj" kahwin semuanya sama "pe'elnya": suara besar ala2 DJ radio shopping complex, cakap nak kena laju sampaikan tetamu keliru, cakap pulak tu nak kena selang-seli dengan muzik.

Memenuhi permintaan rakan untuk menjadi emcee perkahwinan adiknya bukanlah tempat dan masa untuk saya menilai aspek2 yang saya sebutkan diatas. Tapi permintaannya saya penuhi adalah dasar professionalism dan cintanya saya pada dunia komunikasi umum dan pengurusan acara.

En Buknaseb

Perjalanan seharian bersama Kertas Kreatif hari ini sedikit perlahan. Bukan tidak ada kerja, cuma terlalu banyak perkara yang ingin diberi fokus dalam Kertas Kreatif sehinggakan semuanya bagaikan air yang diempangkan (maksudnya semuanya berjalan dgn lancar serentak tanpa memberi keutamaan kepada satu2 perkara, faham?..kalau tak faham buat2 je lah faham ok)

Hubungan kerja Kertas Kreatif dengan En Buknaseb pernah terhenti seketika akibat dari masing2 yang mempunyai misi peribadi yang harus diberi perhatian. Tapi kali ni, saya gagahkan juga jari-jemari untuk menghubunginya atas dasar kerja. Kali ni, (seperti kali2 yang sebelumnya pun) saya minta dia untuk menyiapkan cetakan yang kantitinya agak banyak. Terlibat dalam aktiviti perdagangan komunikasi, Kertas Kreatif harus memastikan harga yang dipertandingkan di pasaran berada pada tahap bawah dari jangkaan fikiran client saya dan berada pada tahap bawah dari harga pedagang2 yang lain yang ada dipasaran. Jadi En Buknaseb mungkin telah mendapat peluang dari saya supaya perkara yang saya setuju untuk dia selesaikan ini akan selesai dengan sempurna sebelum hari yang ke-28. Alhamdulilah, En Buknaseb telah meyakinkan saya.

Proses komunikai bersama En Buknaseb berjalan dengan sempurna melalui interaksi dalam talian hanya bebrapa minit sebelum saya menikmati hidangan chiken chop di sebuah kedai makan popular di bukit bintang. Usai santapan, saya cepat2 hantar email kepadanya dengan mengulangi semula contents interaksi yang berlaku dalam telifon sebentar tadi. Ini semua saya lakukan agar tidak berlaku kesilapan dalam memahami objektif komunikasi seperti yang pernah berlaku sebelum ini!.

 
Sudah saya email kepadanya, dengan segera saya sms kepadanya akan pengesahan penghantaran email saya. Tapi seperti yang saya telah pun jangkakan sejak awalan, saya tak mendapat apa2 confirmation dari si penerima. At least, kalau malas nak type panjang2 sgt, just type "ok" or "tq" pun dah cukup buat saya merasakan yang komunikasi dua hala antara kami telah berlaku dengan lengkap. Ini tidak!..senyap je. (tak kan takde kredit nak reply?..tak logik la kan..lagipun En Buknaseb bukan budak sekolah tingkatan 2). Tapi takpelah, mungkin saya ni terlalu paranoid bila komunikasi yang berlaku tidak mendapat maklum balas atau feedback dari si penerima yakni En Buknaseb (Luar biasa kan nama dia?..).

 
Kini saya harus berhenti menaip untuk memberi peluang kepada sedikit masa yang telah saya peruntukkan untuk mengkarya satu lagi skrip dalam sebuah cerita untuk episod hari esok.

 
Jumpa Lagi!

Di Pasar Besar

Hari pertama berpuasa berjalan seperti biasa yang telah saya lalui pada tahun2 sebelumnya. Cuma pada tahun ini, suasana puasa saya agak berbeza kerana kertas kreatif sedang ligat dalam perjalanannya. Secara tak langsung, saya juga terkesan dengan keadaan tu.

Bila masuk bulan puasa, seakan menjadi trend, pergerakan persekitaran kelihatan sangat perlahan. Manusia dan system seharian menjadi begitu perlahan dan tenang sekali. Agaknya inilah rahmat ramadhan. Tidak seperti hari2 dan bulan2 yang lain, yang mana masing2 bergegas kesana kemari mengejar untung dan mencari peluang demi mencapai objektif ringgit yang tak berkesudahan. Termasuk juga saya.


Untuk bulan ramadhan, memandangkan pergerakan ekonomi agak sedikit perlahan, (Bazar ramadhan dan gerai makan tidak termasuk dalam konteks kenyataan saya ni ok) saya mengambil peluang untuk mencari lagi peluang2 di sekitar saya. Di samping membuat follow up dengan business payment yang belum selesai yang perlu dibayar oleh client saya setelah beberapa events dan publication telah sempurna saya kerjakan, saya cuba melihat sekeliling saya kot2 ada lagi entiti-entiti baru yang berpotensi untuk saya dekati. Dan sememangnya ada.

Kertas Kreatif berpendirian, pasaran yang sedia ada yang telah dihuni oleh ramai penjual, tak perlulah diganggu lagi. Biarkan mereka teruskan dengan persaingan yang sedang berlaku dalam pasaran tu sendiri. Kalau ada orang baru yang masuk, bukan saja kita akan memberi tekanan kepada mereka, malah, kita juga berpotensi untuk mengalami kerugian akibat kos yang terpaksa ditanggung demi untuk menjadi yang terbaik dikalangan penjual yang sememangnya dah lama bertapak di pasaran tersebut. Jadi saya tak mau kacau rezeki mereka. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak konsisten dari segi graf jual beli dan perdagangan, saya perlu mencari ruang dan peluang baru daripada sekadar berada dipasaran yang dah ramai penjual lain tembusi.


 Percetakan komunikasi dan penglibatan dalam menstruktur sebuah majlis ataupun acara membuatkan saya tak boleh duduk diam lebih2 lagi apabila kita sedang menuju ke pengakhiran tahun sebelum berlakunya satu lagi fenomena di tahun yang berikutnya. Fenomena apa?. Kita tunggu dan lihat saja.










Masjid yang salah

Usai menguruskan acara berbuka yang ditaja oleh seorang ahli korporat tempatan, saya mengambil kesempatan untuk mengerjakan terawikh di masjid yang berdekatan dengan occasion saya. Sebagai orang yang bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran majlis berbuka, sememangnya saya tidak sepatutnya untuk ke masjid selagi para tetamu belum pulang. Tapi, saya kene juga pergi memandangkan saya telah berazam untuk tahun kali ini, bulan Ramadhan takkan saya sia2kan dengan menidakkan untuk bertarawikh!


Sewaktu selesai sembahyang isyak, tetiba bangun seorang lelaki yang sudah berumur lanjut (saya kira mesti dia dah pencen, sbb biasanya orang2 lama yang dah pencen, mesti dia akan jadi orang kuat masjid. Setidak2nya AJK masjid). Dia bangun dgn gahnya dan memberitahu kepada ibu ibu bapa bapa yang bawak anak2 diorang supaya tolong kawal budak2 tu supaya tak bising - bising budak2 tuh boleh mengganggu imam dan jemaah yang lain untuk khusyuk semayang. Mungkin pakcik tu terlupa, at least budak2 tuh bukannya main@buat bising dalam dewan masjid!..diorang bergumbira kat balkoni masjid je. Bagi saya, tindakan dan cara pakcik tuh berkomunikasi dan juga contents dia sangat tak berapa nak betul. Dia tidak sepatutunya menyalahkan budak2 buat bising. Dimana2 pun masjid kat mana2 pun, kalo ada budak2, pastinya masjid riuh rendah jadinya. Biarkanlah mereka, tak salah. Lagipun, belum pernah saya tgok kat mana2 masjid (termasuk masjid yang yang ni) budak2 yang buat bising tuh berlari2 kat depan jemaah or kt dewan semayang. Sekurang2nya diorang tu mau datang masjid. Sekurang2nya mak ayah diorang bawak diorang ke masjid. Mak ayah datang masjid tuh nak semayang, anak2 kecik tuh pula dibiarkanlah bermain2 bersama rakan2nya yang lain disekitar masjid. Takkan pula time2 semayang tuh jugak mak ayah nak kawal anak2 diorang..macam lah bdak2 tuh buat JAHAT sampai melibatkan jenayah yang serius!. Hmmmm,,,,tu la silapnya orang2 masjid ni (tak semua). terlalu amik serius benda2 yang remeh, sehinggakan benda yang besar diorang tak nampak.


Ramai dikalangan orang2 lama mahukan diorang dihormati dan ramai dikalangan orang2 lama semacam syok sendiri@perasan yang mereka sentiasa betul, lalu mereka boleh bercakap berdasaarkan konteks persekitaran diorang sendiri. Tapi sebenarnya mereka silap (tak semua org lama silap). Dalam konteks system hidup zaman nih, orang2 lama kene juga sedar yang mana mereka perlukan pendekatan yang contemporary untuk mendekati jiwa budak2 ataupun, jika diorang nak dihormati dan nak orang2 muda dgr cakap diorang, diorang tak boleh sekadar "tegah & larang" Kalau dulu, boleh la. Tapi sekarang, suasana berbeza. Jadi orang2 lama tak boleh nak syok sendiri dengan merasakan apa yang diorang buat dan cakap adalah BENAR & TEPAT.


Saya menggelengkan kepala sewaktu pakcik masjid tuh bersuara didepan kami, jemaah dalam masjid tuh. Sewaktu saya menggelengkan kepala tanda tak bersetuju dgn kenyataan dan cara pakcik tuh berkomunikasi depan khalayak, seorang pembaca berita di sebuah TV swasta tempatan yang duduk sebelah saya sempat pandang kat saya sambil menghembus nafasnya. Mungkin dia juga tak berapa nak berkenan dgn cara sang tua itu bersuara.


Habis 8 rakaat terawikh dan Sunat Witir bersendiri, saya datang semula ke dewan majlis acara berbuka untuk menyelesaikan tugas.











Tentang Bangsa

Saya bekerja tidak terikat dengan masa. Kalau nk ikutkan hati, saya nak je tidur sampai tengahari. Tapi entah kenapa, walaupun saya tidur lewat jam 3pagi smalam, mata saya tetap mahu celik awal. Paling lewat pun jam 7.30pagi. Ingin jugak saya rasa untuk tidur sampai ke tengahari!..tp mata saya enggan! Agaknya, inilah akibatnya kalau memang dari kecik saya dah dikerah untuk bangun pagi dan dipaksa sapu halaman rumah setiap kali cuti sekolah sewaktu saya belasan tahun dikampung dulu. Waktu saya kecik dulu, Ayah saya memang seorang yang...entahlah!..kalau nk kata garang..tak jugak!...kalo nak kata tak garang...pun tak jugak!..tp yang pasti, ayah saya memang tak suka saya bangun lewat!..mak saya pun!..mereka berdua memang tak bagi saya bangun lewat bila dah pagi. Dipaksanya saya untuk bangun dan keluar rumah sapu sampah!. Time tuh saya sangat marah. Sebab yang lain2 boleh tidur sampai tengahari, tapi kalo saya, mereka tak bagi. Tak adil kan?..takpe sekarang baru saya faham kenapa ayah saya buat macam tuh kat saya.

 


Bila dah umur semakin dewasa, saya terfikir balik, sebenarnya ada sebab untuk ayah saya tak bagi saya bangun lewat sewaktu saya belasan tahun dulu. Dia sebenarnya takmau jadikan saya budak yang pemalas dan tak bersemangat!. Hari ini, saya pula yang jadi tak berapa nak berkenan kalau ada orang yang bangun lewat, lebih2 lagi kalau untuk tujuan atas nama kerja.



Seorang Pegawai ddari satu kementerian di Putrajaya menelifon saya pada jam 9pagi. Dia mintak saya sebut harga untuk percetakan dan mereka grafik kad raya. Tanpa berlengah, saya terus ke sebuah agen percetakan untuk observe harga. Sampai saya ditempat berkenaan, saya dapati pejabatnya masih berkunci. Saya tengok jam tangan saya sudah pukul 10pagi. "Aik?, cuti ke?" Beberapa kali saya call telifon bimbitnya, tapi tidak berjawab. Saya telifon lagi untuk kali yang ke 9, barulah Mr M angkat. Saya tanya, Mr M, u kat mana?..Mr M jawab dengan suara macam baru bangun tidur dan tak bersemangat (oh, saya tidak berapa gemar bila berurusan dengan orang2 yang perlahan dan tidak bersemangat, tapi dah terpaksa, saya hadapkan juga!) Mr M jawab "I kat rumahhhhh...demamm laaa". Lalu saya memberitahu dia yang tujuan saya ke tempatnya adalah kerana untuk buat perbandingan harga. Lepas tuh kalian tahu apa dia jawab?..dia jawab "datang pukul 5 laaa...lagipun my bos masuk petang juga!.." Saya agak terkeliru seketika. Apa tidaknya, tadi kata demam, kemudian bila saya cakap tujuan saya, boleh pulak dia suruh saya datang pukul 5 petang. Mana demamnya!. Rupa2nya baru saya tahu yang pejabatnya mmg selalunya bukak selepas jam dua petang!. Hmmmm...saya tak faham kenapa susah sgt dia nk beroperasi diawal pagi seawal jam 8am seperti peniaga2 cina yang lain?. Bukan dia je, saya observe banyak dikalangan peniaga melayu yang bukak kedai walaupun jam 9 pagi, tapi pekerjanya masuk punch card pukul 10.45pagi..kalo masuk dgn bergegas takpe juga..ini tidak, perlahan je..slow and stedy katanya!.



Saya bukanlah orang yang hebat. Tapi kini saya sudah faham sedikit kenapa orang melayu yang berniaga tidak sehebat orang cina yang berniaga. Orang melayu berniaga tujuannya sekadar untuk teruskan hidup..tapi orang cina berniaga tujuannya adalah untuk banyak uwang!!. walaupun begitu, saya pasti ada juga orang melayu yang hebat dalam perniagaanya. Cuma kadang2, kerana nila setitik, rosaklah susu satu belanga!



Kini, saya harus menunggu lagi satu jam untuk bertemu Mr M pada jam 3 ptg!

Menjadi Emcee

Sewaktu saya sedang dalam perbincangan tentang satu event yang akan berlansung pada hujung bulan ini bersama rakan2 organiser yang lain, saya mendapat panggilan dari kawan saya. Kami telah berhubungan sejak di zaman university lagi. Tapi panggilan dia saya tak dapat nk jawab sebab saya dituntut perhatian yang cukup oleh situasi perbincangan yang sedang berlaku. Tapi saya sambil2 berbincang, sempat juga saya hantar sms kepadanya bertanya tentang sebab panggilan itu terjadi.

Dia minta saya menjadi emcee untuk perkahwinan adik perempuannya. Menjadi emcee untuk sesuatu acara bukanlah perkara yang asing bagi saya. Tapi bahasa melayu. Bukan tak mahu ambil cabaran untuk jadi emcee dalam bahasa inggeris, cuma jiwa saya lebih dekat dengan melayu. Bahasa melayu lebih seninya, walaupun sekitar saya semuanya berkomunikasi dalam bahasa inggeris
 
Mana mungkin saya menolak permintaan sahabat saya untuk mahukan saya menjadi emcee bagi majlis perkahwinan adiknya. Bila saya telah dengan pantas menyatakan persetujuan untuk memenuhi permintaan tersebut, saya sudah pun membayangkan konsep pengacaraan saya nanti apabila dia menyatakan venue untuk perkahwinan adiknya nanti adalah di sebuah hotel yang dikenali umum. Pastinya konsep emceeing saya nanti bedasarkan kepada keadaan sekitar acara itu berlangsung.
Bercakap tentang wedding emcee, ada golongan minoroti yang berpendapat, Malaysia agak terlalu conservative (Saya tidak 100% bersetuju dengan pendapat ini). Mereka berpendapat, biasanya, dalam acara perkahwinan melayu ada dua situasi:

1. Perkahwinan di hotel atau setaraf: Banyak dikalangan kita, bila buat perkahwinan di hotel, ianya seakan "mesti" untuk menjadi formal. Formal disini ialah emcee akan berdiri di podium, kemudian akan ada ucapan rasmi dan sebagainya, kemudian akan ada perarakan masuk pengantin ala2 agong berjalan perlahan kat karpet merah - semuanya terlalu "religious". Mereka berpandangan, perkahwinan adalah sesuatu yang menggembirakan. Kenapa mesti ada "kawalan" dalam majlis tersebut. Lihat sahaja bagaimana orang barat celebrate hari perkahwinan mereka (Saya buka Pro-Barat, cuma dalam satu2 hal ada masanya saya bersetuju dgn tatacara hidup/lifestyle/persepsi orang barat) sambutan mereka cukup meriah dan begitu casual, bersahaja. Yang kita pula, bila buat kat hotel, punyalah berhati2 nak cedok lauk, punyalah control nak bercakap, punyalah beriya2 nak dress up macam nk pegi anugerah bintang popular, punyalah beriya2 masing2 nak tunjuk kemewahan diri dan lain2. Kadang2, sepatutunya majlis tu adalah majlis perkahwinan, dek terlalu turutkan kehendak rasmi dan protokol, wedding dah jadi macam acara pertabalan putera raja. Dah jadi macam acara angkat sumpah perdana menteri depan agong pun ye jugak. Mungkin kita tak perlu ubah tradisi perkahwinan melayu, tapi sekurang2nya, kita perlu ubah cara kita melihat budaya kita melalui dimensi yang relevant. Bukan sekadar ikut dan buat.
2. Perkahwinan di rumah / dewan / kampung atau setaraf: Menurut mereka,

Apabila kita bercakap tentang event outdoor, pastinya kita terdedah kepada pancaran matahari (Malaysia antara negara yang agak panas dan lembap cuacanya). bila dah cuaca panas, ianya sepatutnya mempengaruhi cara pemakaian kita dimajlis perkahwinan tersebut . Tapi amat bersimpati apabila ramai dikalangan kita yang masih lagi "take things for granted" apabila bertandang kemajlis perkahwinan yang terbuka (outdoor) lebih2 lagi dari aspek pemakaian. Senang cerita macam nilah, dah la cuaca panas: yang si abang rahim beriya2 dengan seluar jeans dan kemeja warna gelap (tu tak termasuk lagi baju t-shirt kat dalam), tuck in. kadang2 ada yang tak pakai t-shirt dalam, kemudian dek cuaca panas, habis basah satu badan smpai nampak tompok peluh kat ketiak. Yang si akak milah pulak beriya2 dengan kebaya ketat, berkasut tumit tinggi kalah KLCC twin tower. Kemudian, bab2 lain seperti DJ (biasanya kalau perkahwinan venue outdoor, gelarannya bukan emcee, tp DJ walaupun sebenarnya gelaran tu tak kena dan adalah sgt salah): Dialah DJ, dialah sound system. Ada pula sesi karaoke. Memang bagus, meriah..tapi yang penyanyi karaoke tu biarlah dipilih yang ada suara untuk sedap didengar. Ni tidak, kebanyakan sesi karaoke, semuanya suara....ya tuhan!..Siti Nurhaliza pun "surrender"!. majlis perkahwinan sepatutnya menjadi majlis yang sempurna dan meriah..tp meriah tu bukanlah bermakna terpekik terlolong oleh penyanyi karaoke yang kadang2 boleh menyakitkan telinga tetamu. Kemudian DJ tu plak seakan "wajib" kena bersuara sama denga suara DJ radio shopping complex: BESAR, GARAU DAN CAKAP LAJU..sampaikan tetamu pun tak paham apa yang dj tu cuba sampaikan. Kenapa mesti nak tiru suara DJ radio shopping complex?: cakap sekejap, kemudian diselang-seli dangan muzik,..kalau nak bercakap, habiskan dulu, kemudian baru masuk muzik. Ini tidak. Kebanyakan "dj" kahwin semuanya sama "pe'elnya": suara besar ala2 DJ radio shopping complex, cakap nak kena laju sampaikan tetamu keliru, cakap pulak tu nak kena selang-seli dengan muzik.

Memenuhi permintaan rakan untuk menjadi emcee perkahwinan adiknya bukanlah tempat dan masa untuk saya menilai aspek2 yang saya sebutkan diatas. Tapi permintaannya saya penuhi adalah dasar professionalism dan cintanya saya pada dunia komunikasi umum dan pengurusan acara.