BUAH


Sayang sekali apabila mengenanghkan hari ibu telah lama berlalu kerana hari ini untuk beberapa bulan lamanya saya tak update blog ni, saya sangat teruja untuk menulis bercakap perihal ibu. Ibu dan kasih sayang amat akrab jalinannya. Samseng jalanan, ketua kongsi gelap, pembunuh upahan atau siapa-siapa saja pastinya hati akan ada sedikit tersentuh kalau ada dikalangan mereka mencabar dengan meletakkan ibu mereka dalam sisi kehidupan sosial mereka.

Betapa mulianya ibu dari pandangan manusia sehingga ada yang meletakkan ibu sebagai tuhan. Malah tuhan juga telah meletakkan ibu dalam hierarchy kedua selepas tuhan. Pernah satu ketika pada zaman islam dahulu kala, ada seorang lelaki cukup payah untuk mati hingga datanglah ibunya untuk memaafkan segala dosa yang pernah dia buat keatas ibunya. Ada juga satu kejadian betapa kasihnya ibu pada anaknya yang sedang meraung lapar sanggup berlakon memasak depan anaknya padahal si ibu tak ada barang untuk masak sebab tak ada wang untuk beli barang-barang dapur. Ada juga kisah si ibu yang kaya raya di satu daerah terpencil di kawasan Matranjo sanggup membunuh diri akibat dicabar oleh jirannya dengan menyuruh si ibu bunuh diri kalau sayangkan anaknya. Lalu si ibu itupun bunuh diri.  Begitulah Maha tingginya konsep kasih sayang ibu.

Perihal ibu dalam konteks era/zaman sekarang bezanya cukup ketara sekali. Kebanyakan ibu hari ini dibesarkan dalam lingkaran ICT. Lingkaran ICT telah banyak beri kesan pada pandangan kasih sayang si ibu kepada anaknya. Lebih specific lagi, FB telah dijadikan tool yang begitu effektif bagi sang ibu untuk melantunkan betapa kasih dan sayangnya dia kepada anak kecilnya, lebih-lebih lagi. Malahan ekspresi kasih sayang ibu pada era hari ini amat MENAKUTKAN sekali.

Kenapa perlu MENAKUTKAN kalau ianya tentang kasih dan sayang?. Definisi MENAKUTKAN dalam konteks ini memang berbeza. Menakutkan pada maksud saya ialah apabila saya dapati hari ini ibu bapa seakan tidak malu untuk berkongsi segala cerita tentang rumah tangga dan kisah peribadi anak-anak mereka di laman-laman sosial lebih-lebih lagi facebook.

Pernah satu ketika terpampang di news feed facebook sang ibu meletakkan status yang dia sedang memerah susu badan untuk disusukan pada anaknya. Dan yang cukup mengaibkan apabila ada rakan-rakannya yang bukan muhrim turun komen diatas status tersebut. Mungkin kita lihat itu perkara biasa, tetapi kenyataan-kenyataan seperti itu boleh menyebabkan pembaca, dengan tidak dapat mengelak untuk terpaksa membayangkan visual buah dada milik si ibu yang tidak segan silu meletakkan status-status yang boleh mendedahkan aib mereka sendiri.

Ada juga dikalangan si ayah tidak segan silu memuat naik gambar tidak berbaju sambil memangku anak kecil yang sedang tidur di luar tamu rumah.Mungkin ini satu sikap yang membanggakan sang ayah, tapi sebenarnya sang ayah telah meletakkan dignity keluarga di mata masyarakat/atau di kalangan rakan-rakan yang melihatnya. 

Kalau dulu perihal keluarga adalah rahsia, tapi hari ini buah dada seorang wanita bukan lagi maruah buat muhrimnya, hari ini kasih sayang seorang lelaki terhadap muhrimnya bukan lagi berada antara sekadar dua hati...

SALAM.

Air Mani & Darah Kotor

kalaulah dapat jadi remaja semula
remaja yang umurnya dari saat keluar mani dan darah kotornya hingga zaman universiti atau mungkin zaman kolej atau zaman apapun sebelum dia menjadi dewasa
dia mahu gunakan masa itu dengan betul-betulnya
betullah kata tuhan dalam kitabNya: Demi masa sesungguhnya manusia kerugian..


Kalaulah dapat jadi remaja semula
dia mahu kenal muzik, kerana hari ini orang sanjung tinggi dengan ahli muzik
ahli muzik dapat jemputan banyak majlis2 elit, ahli muzik punya posisi yang baik dalam strata social manusia hari ini. Ahli muzik mampu tinggal di hotel berbulan2. ahli muzik boleh pergi luar negara setiap hari. Ahli muzik boleh jadi juri. Ahli muzik dapat bnyak royalti. Ahli muzik berkuasa menjadi ketua dalam okestra local mahupun antarabangsa.


Kalaulah dapat jadi remaja
dia mahu belajar menyanyi. Supaya dia boleh jadi penyanyi.
Hari ni, penyanyi disanjung bagaikan Bidadari. Penyanyi disanjung bagaikan Sang Raja dari negara Brontokaspara (negara ini tak wujud. direka sendiri, tak perlu google)
Penyanyi dapat berjuta endorsement. Penyanyi boleh bukan sekadar menyanyi, tapi juga boleh jadi celebrity. Host terkenal TV semuanya asalnya penyanyi diantaranya. 
Penyanyi hidupnya gemilang walaupun mungkin superficial, tapi sekurang2nya, menjadi penyanyi hidup diorang dikenali. Bila dikenali, mereka ternama, bila ternama buat itu dan ini menjadi senang saja.
Jadi penyanyi sultan2, orang2, cikgu2, ustaz...semua suka. Dapat title senang sekali. Bercinta juga boleh dengan anak raja atau mungkin kerabatnya.
Kalaulah dapat jadi remaja, dia mau belajar menyanyi.


Kalaulah dapat jadi remaja semula
dia mau belajar sains dan matematik
Hari ini, semuanya bercerita tentang teknologi dan ekonomi
Hari ini, kita bertuhankan kapitalis. Kapitalis bukan sekadar uwang dan ringgit
tapi teknologi dari ilmu sains juga bersekongkol dengan kehendak kapitalis
Bila pandai sains dan matematik, kerja senang dapat. 
Hari ini, semua berkisar tentang kemahiran dan untung. Ilmu sains itu kemahiran, ilmu math tu pula untung. Hari ni semua bercakap tentang untung dan rugi. Kalau tak boleh bagi untung pada company, kamu tak ada value. Nilai kamu rendah dalam pasaran. Kebanyakannya begitu, bukanlah semua.
Kalaulah dapat jadi remaja...


Kalaulah dapat jadi remaja semula
dia tak mau jadi budak baik2 disekolah
dia mau buat apa sahaja yang orang pandang sebagai nakal dan jahat
Sebab, menjadi jahat dan nakal, anda akan belajar banyak perkara, dapat jumpa banyak tauladan
hari ini, orang yang dulunya jahat disanjung tinggi, perkertinya dipuji
Orang jahat ada ramai kawan ada ramai lawan
Kerana ramainya kawan, ramainya lawan, hidup mereka berwarna-warni
tak sunyi macam seorang ustaz di Kg Kautralipaksip dihujung dunia sana. Kerana bosan hidupnya, anak murid dicabulnya
Kalaulah dapat jadi remaja...


Kalaulah dapat jadi remaja
dia mahu banyak membaca. bukan membaca quran tapi baca komik
Hari ini, orang yang baca komik ramai yang kreatif
Orang yang baca komik tahu saja tentang apa saja. Tentang IT, Tentang kejuruteraan, tentang photography
Baca komik boleh buat ada jadi manusia yang berguna...walaupun tak semua
dia juga mahu tonton banyak kartun2 inggeris..supaya dia pandai berbahasa inggeris..boleh jadi pembaca berita di RTM2
Kalaulah dapat jadi remaja..


Kalaulah dapat jadi remaja
dia mau kumpul banyak duit
sebab hari ini semuanya tentang duit. Kalau ada duit anda boleh buat modal berniaga
bila berniaga, anda menjadi milik sendiri. Anda boleh punyai empayar perniagaan sendiri..anda akan jadi kaya
Hari ini, orang kaya dipandang mulia..sebab orang kaya ramai tolong orang miskin.
Orang kaya boleh tipu orang yang tak kaya. Orang kaya boleh berkawan dengan semua menteri. Orang kaya tak perlu pergi hospital umum yang kotor, jelik dan tak selesa.
Orang kaya, orang berduit boleh pergi hospital swata..layanan terbaik. Tak ada cover insurans pun, diorang boleh pergi hospital gleneagles bila2 saja.
Kalaulah dapat jadi remaja..


Kalaulah dapat jadi remaja
Siapa pun tak akan sia2kan keseronokannya
Sebab hari ini kita selalu mau menjadi remaja semula...
Kalaupun bukan anda, tapi saya...

ISAP BOLA DI KOTA SINGA

Assalamualaikum. 

tentang bola dan kisah ali. Dua benda ni selalu sangat berlegar di fikiran saya sejak akhir2 ni. Both subject telah membuat saya berkata2 dalam hati bahawa sebenarnya dalam tanpa sedar ia memberi saya satu cerita yang perlu saya tauladani.

Apalah yang ada pada bola. Saya bukanlah peminat sukan sepak bola. Saya juga tidak pandai bermain bola. Saya kaki bangku bila berurusan dengan bola. Tanyalah budak2 lelaki di suluruh pelosok dunia - di senegal, di Chad, di zimbabwe, di ambon, di madagascar, di pekan rabu, di flat kerinchi, di jaipur, di mana2 saja..pastinya mereka tahu tentang bola. Tapi tidak saya. Saya tak tahu apapun tentang ilmu bola. Kelab bola dunia juga saya tak tau. Typical perempuan, kan?. Kalau saya kategori perempuan, saya mungkin dalam kelompok typical perempuan yang zero tentang bola. Suruhlah saya main apa pun dalam sukan, tapi tidak bola. Boraklah tentang apa pun, tp saya kaku sedikit tentang bola!. H O W E V E R, SETIAP KALI MALAYSIA LAWAN INDONESIA DALAM BOLASEPAK, SAYALAH ORANG PERTAMA YANG CEPAT BALIK KE RUMAH, BELI AIR SOYA BEAN DAN TWISTIES, DUDUK DEPAN TV DAN TENGAH PENUH MINAT TONTON DAN SAKSI BOLASEPAK. 

Bodohnya saya tentang bola masih kekal. Tapi apa yang buatkan saya gila bagai nak rak tontonnya bukan kerana sukan bola tu, tp kerana ghairahnya saya untuk berdepan dengan provokasi dasyat orang2 Indonesia kepada Malaysia. Excitement yang diterjemahkan dalam media dan juga social conversation dikalangan peminat besar bolasepak dalam melawan provokasi dan ego Indonesia itu sendiri telah membawa saya untuk sama2 dalam kelompok peminat bola. 

Indonesia sebuah negara yang payah. Rasuahnya rakus melingkari di setiap urusan politiknya. Negara yang besar geografinya lalu memberi kesan kepada kependudukan yang dikategori paling ramai di dunia. Ketidakseimbangan antara ekonomi akibat dari kerapuhan system pengurusan yang longgar dan populasi yang tinggi telah dari pandangan saya memberi kesan kepada karekter dan pemikiran rakyatnya. Akibat dari kepayahan negaranya, Indonesians dari segi fisiologi dan psychology amat kuat. Mereka menjadi survivor dek kerana keadaan negara dan ambience sekitarnya yang payah telah menjadikan rakyatnya sebagai rkayat yang survivor, yang sanggup redah apa saja asalkan mereka dapat apa yang mereka nak - dengan kata lain, menjadikan mereka sebagai seorang pejuang! Kerana sifat2 inilah yang telah menyumbang kepada kepayahan kita untuk membenam indonesia dalam bolasepak. Iya, kita menang, tapi dari segi teknikal dan semangat dalam sukan untuk menang yang ditunjukkan oleh pemain dan penyokong indonesia, Malaysia belum mampu untuk menyaingi Indonesia. Lihat saja bentuk fizikal mereka, semangat mereka di padang, drama yang ditunjukkan, kekemasan teknik mainan yang konsisten, sokongan dan provokasi penyokong sebagai perisa gila keseluruhan stadium - semua ini memberi merit kepada Indonesia. 

Di Malaysia, kita senang lenang. Kita taklah payah sangat kalau dibandingkan dengan Indonesia. Kita ada pusat sukan yang cukup dengan fasiliti. Secara amnya, orang2 di Malaysia tidak terlalu desperate for money because getting money, it is not difficult in Malaysia. Kesenangan2 ini telah secara tidak langsung memberi juga kesan kepada daya fikir, psychology, jiwa dan fizikal rakyatnya. Lihat setiap kali lawan bola, endurance orang Malaysia tidak sekuat Indonesia. Kita harus terima hakikat ni. Kita belum cukup survivor kalau dibandingkan dengan Indonesia - Ini kerana persekitaran kita yang begitu soft sehingga kita tak perlu untuk jadi survivor seperti Indonesia.

Kisah Ali adalah refleksi bangsa. Saya tak mau guna perkataan bangsa sebab cerita tentang bangsa adalah klise. Di Malaysia, majoriti adalah orang malaysia yang bertutur dalam bahasa melayu dan beragama Islam. Kebiasaanya, majoritilah yang berkuasa. Iya memang Ali berkuasa. Tapi itu yang kita nampak luarnya saja. Yang menjadikan ali berkuasa bukan kerana mojoritinya tapi yang menjadikan ali berkuasa adalah kerana Lee Ng Yen, Yap Ah Loi dan Brian Lim. Ketiga2 mereka adalah orang cina yang bijak dan sentiasa berfikir untuk mendapat dalam majoriti kerana mereka sedar betapa susahnya mereka hidup dalam majoriti. Kerana susahlah yang sebabkan mereka untuk sentiasa berfikir dan mencari jalan supaya mereka tak susah hidup dalam majoriti. Sejak sebelum merdeka lagi, orang2 cina memang hebat dalam kerjanya. Mereka perlu kerja kuat supaya mereka ada tempat dalam majoriti. Kerana itu, saya bersetuju bila Che Det katakan bahawa ekonomi kita bnyak disumbangkan oleh orang cina. Betapa untungnya kita kerana kita ada orang cina yang telah banyak sumbang kepada ekonomi malaysia. Kita ada banyak multinasional organisasi di Malaysia. Anda lihat bank2, anda lihat property company, construction dan banyak lagi, pengerusinya orang melayu tapi pengurusannya bukan orang melayu. Pemegang saham terbesar adalah orang melayu, atau mungkin kerajaan tempatan, tapi management mereka adalah orang2 bukan melayu. Kenapa?. Kerana orang melayu rasakan bahawa orang melayu tak sehebat orang bukan melayu yang bijak buat untung. Orang Melayu tak pandai buat duit. Orang melayu hanya mau kuasa dan kedudukan. Tapi orang cina yang utama bagi mereka ialah wang dan untung kerana dengan wang dan untung sahaja yang mampu membawa negara untuk menjadi negara hebat. Apa guna jadi patriotik kalau tak ada wang?.

Untuk aman, kita jangan ada musuh. Untuk aman, kita kene berbaik-baik. Untuk aman, kita perlu adil, untuk aman, kita perlu sama-sama. Untuk aman, kita perlu saling bantu-membantu. Itu sebab Malaysia aman sebab Malaysia orang2nya tak pernah bermusuh, orang2nya semua berbaik2 sangka. Malaysia aman sebab kita semua adil, semuanya bersama-sama. Malaysia aman kerana kita bantu-membantu.
Tak mengapalah kerana sekurang2nya kita masih dapat rasakan aman itu. Tapi saya takut definisi aman di Malaysia tidak sama dengan maksud aman sebenar orang Cina di Singapura.






Pura-pura si kura-kura

Memang sudah agak lama saya tidak membazirkan masa di blog. Iya, saya bukan sibuk, cuma saya tidak meletakkan priority untuk menulis dalam waktu2 senggang saya. Selepas raya, ada banyak perkara yang saya lakukan.

Kali ini saya lebih tertarik untuk menulis tentang masa depan komunikasi 2 hala manusia. Ini berkait rapat dengan revolusi komunikasi ICT yang sedang mengambil alih populariti komunikasi 2 hala yang semakin hari semakin tidak dihargai disebabkan oleh obsesi manusia sejagat yang rakus untuk mencipta produk2 baru teknology komunikasi.

Apabila kita berbicara soal Komunikasi ICT, pastinya sesiapa pun akan terlintas difikiran mereka akan Facebook dan Twitter. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni facebook dan twitter menjadi kegilaan siapapun - dan termasuk saya. Saya jugak ada facebook. saya juga ada twitter. Saya juga punya blog. Semua ni telah banyak mengubah persepsi manusia terhadap komunikasi. Company besar2 juga seakan2 terpaksa mengikut rentak perubahan dalam membawa produk2 dan perkhidmatan perniagaan kepada pengguna. Pegilah di organisasi manapun, type di facebook, atau mungkin juga twitter  - kita pasti dapati semuanya ada di sana. Tapi dalam blog ini sya lebih berminat untuk melihat kesannya dalam konteks micro, dalam konteks Komunikasi Kemanusiaan (kk).

kk tercipta setelah saya semakin hari semakin takut dengan obsesi manusia terhadap facebook, terutamanya. (dulu juga saya pengguna tegar fb). Dalam fb saya dapat lihat bagaimana manusia begitu excited untuk berkongsi kebahagiaan mereka. Ada yang bercerita tentang anak-anak yang dapat nombor satu dalam kelas, ada yang bercerita tentang memerah susu dari badan sewaktu lunch hour ditempat kerja untuk dibotolkan dan dibawa pulang untuk anak kecil yang baru lahir, anak yang memaparkan kebahagian mereka suami isteri makan ditempat2 mewah dan juga bersiar2 di tempat2 menarik di Malaysia.Ada yang memaparkan gambar sang suaminya tidur di depan TV, ADA JUGA YANG BERCERITA TENTANG SEDAPNYA MASAKAN SI ISTERI. Ada yang bercerita tentang hebatnya tuhan dan nabi, ada yang dengan bangganya bercerita betapa busy-nya mereka di tempat kerja dan ada juga yang secara terang menyindir, mengutuk dan mempersenda individu2 lain. Kita dapat lihat banyak perkara hanya dalam facebook.

Kalau dulu kita tak ada facebook untuk berkomunikasi dengan ramai orang. Kerana kita tak ada facebook, lalu kita bercakap melalui telifon, kita bercakap dua hala. Tapi hari ni, kita bukan saja ada facebook, malah kita ada twitter. Facebook dan twitter telah banyak mengubah persepsi kita semua tentang semua perkara dan juga telah secara tidak langsung mengubah persepsi kita terhadap komunikasi.

Komunikasi wujud akibat dari kehendak manusia silam terhadap ketemadunan dalam kehidupan. Dari situ wujudnya ilmu komunikasi yang dicipta oleh para cerdik pandai. Saya melihat Komunikasi sebagai satu seni. Art of Communication. Seni yang wujud dalam komunikasi tu lahir dari bahasa yang baik, intonasi yang pelbagai, gerak tubuh yang menarik, gerak mata yang meyakinkan dan juga personaliti yang menawan. (Personaliti yang menawan bukan bermakna anda perlu punyai wajah secantik leila lopes - ratu dunia berkulit gelap atau anda tak perlu punya wajah sekacak saya ;). Namun personaliti menawan bermaksud cara anda berinteraksi, berimej, pembawakan dan keyakinan diri anda dalam komuniti) - inilah yang melahirkan nilai dan seni dalam komunikasi. Nilai dan seni ini hanya wujud dalam komunikasi 2 hala - atau saya sebutkan sebagai komunikasi kemanusiaan. Nilai dan seni ni tak ada dalam activiti komunikasi yang berlaku dalam komunikasi maya seperti facebook ataupun twitter. Facebook dan twitter hanya sekadar satu kenyataan dari individu tehadap apa yang berlaku disekitarnya, lalu diterjemahkan semula dalam bentuk kenyataan dalam komunikasi maya.

Kita semakin hari semakin, secara tidak sedar telah seakan2 melupakan kepentingan komunikasi 2 hala. (Sebenarnya pun kita tak pernah selama ini menyedari kepentingan dan nilai komunikasi 2 hala). Ketidaksedaran kita terhadap nilai dan seni komunikasi kemanusiaan atau komunikasi 2 hala ini semakin menebal setelah sejak beberapa tahun kebelakangan ini facebook terutamanya telah mengubah-cipta revolusi komunikasi. - Komunikasi 2 hala semakin hilang keutamaan dan popularitinya juga semakin tidak ada lagi.

Saya tidak menidakkan keperluan facebook dan twitter. Saya sentiasa mengalu2kan revolusi komunikasi manusia. Tapi apa yang dibimbangi ialah takut-takut nanti generasi kita dan generasi akan datang akan lupa untuk menghargai nilai2 dan seni yang ada dalam komunikasi 2 hala. Saya jugak bimbang manusia akan hilang kemahirannya untuk berinteraksi dengan betul dan berkeyakinan andainya mereka diperlukan untuk berkomunikasi secara terus 2 hala. Manusia menjadi kaku untuk mempraktikkan Public Communication dan juga Interpersonal Communication - komunikasi 2 hala.

Komunikasi adalah seperti sebuah lagu. Lagu adalah satu seni. Seni adalah satu nilai atau value yang perlu dihargai. Jangan satu hari nanti ketemadunan manusia tercipta dari komunikasi maya. Bila ini terjadi manusia akan hilang pertimbangan dalam nilai2 kemanusiaan dan hiduplah mereka dalam sosial kehidupan yang jurangnya sangat dekat namun berada dalam ketakutan dan kepura-puraan. 

bercakaplah, kerana ianya adalah seni. dan seni itu indah!

ramadhan yang menjijikkan

Bismillah...maklumlah, nama pun bulan puasa, jadi serba serbi seakan secara sendiri menjadi begitu rohani. Sebelum ini tak pernah pula ditulis Bismillah diawal setiap tulisan. Tapi sempena bulan puasa ni, semuanya nak jadi begitu spiritual. Agak sudah lama saya tidak tulis di laman ni. Bukan kerana sibuk dengan urusan2 seharian, tapi terlalu banyak yang ingin ditulis namun saya acapkali melewati masa2 yang lapang dengan benda2 yang lebih perlunya untuk diletakkan di ruang keutamaan.

Sepanjang itu juga ada cerita utama yang sangat teruja untuk saya tulis ; kisah di bulan ramadhan. Saya gelarkannya sebagai Ramadhan yang menjijikkan. Kenapa?. Kalian akan tahu sebentar lagi.

Sewaktu saya manaip, hari ini merupakan hari yang ketujuh saya berpuasa. Alhamdulilah. Dalam tujuh hari, hari ini adalah kedua kalinya saya ke bazar ramadhan. Bazar ramadhan memang popular bila masuk bulan puasa. Yang tak pernah berniaga, roti jalanya laku sungguh!. yang tak pandai memasak, ramai yang beli dia punya gulai tempoyak!. Sesuatu yang cukup positif. Bulan puasa memberi banyak rahmat kepada umatnya. bukan saja sekadar pahala yang tak nampak, tetapi juga tuhan bagi kita limpahan duit untung hasil dari berniaga di bulan puasa.

Tapi malang sekali bila bulan ramadhan yang dianggap suci, saya bimbang kesuciannya dijijikkan dengan tingkah laku orang2 yang berniaga di bazar ramadhan. Bazar ramadhan jual makanan. Ada yang jual nasi dagang, ada yang jual nasi kukus, ada yang jual ayam berempah, ada yang jual chicken chop, ada yang jual air tebu, ada yang jual air asam campur laici (Pelik!) ada juga yang sekadar jual karipap. Saya kira, apabila ramadhan yang suci dan penuh rahmat ini diambil kesempatannya dengan berniaga makanan untuk santapan berbuka, persembahan makanan2 itu semua sepatutunya hygiene. Bersih. Tapi sebaliknya berlaku.

Langau2 dibiarkan diharungnya diatas makanan2 yang terdedah. Tapi yang peliknya, ramai pula yang berminat untuk membelinya!. Apakah mereka tidak nampak langau2 berterbangan dan sekejap2 menapak di makanan2 tersebut?. Inilah siliapnya orang2 yang berpuasa. Kerana terlalu takjub dengan keenakan makanan, hinggakan yang jelas kotor dibiarkan saja. Yang penting sedap!. Hati yang bersih disepanjang siang hari menjadi kotor, gelap jiwanya kerana makanan yang kita makan hasilnya bukan dari sumber yang bersih. Bulan Ramadhan yang maha sucinya ini menjadi cukup menjijikkan apabila sumber2 makanan yang dihasilkan dari keadaan yang cukup kotor dan menjijikkan menjadi santapan yang menyelerakan bagi kebanyakkan umat islam berpuasa. Tapi kita tak nampak semua tu. Kita asyik bercerita tentang keharmonian masyarakat islam dibazar ramadhan. Tapi kita lupa bahawa banyak dikalangan peniaga2 dan pembeli2 sebenarnya telah menidakkan kebersihan itu sebahagian daripada iman. Apakah diterima puasa kita apabila iman dari konsep kebersihan islam itu dinafikan?.

Tak cukup dengan itu, saya sempat juga melirik2 digerai2 yang menjual air. Oh, ini lagi menjijikkan. Peniaga lupa bahawa air yang dicedok lalu menyimbah diatas tangannya sendiri dan dari tangannya yang hitam dan berpeluh itu, lelehan air minuman tadi mengalir jatuh semula masuk kedalam tong air!. Hanya kerana warnanya yang menarik dan sejuk, kita tak nampak kekotoran yang berlaku didepan mata!. Kenapa tak tercapai akal peniaga untuk mencedok air dan alihkan keluar dari tong?. Mengapa mesti dituangnya air dalam tong itu juga?...Tidakkah dia terfikir apabila air dituangkan dalam tong akan terpercik ke tangan dan titisan2 dari tangan jatuh semula ke dalam tong? Lalu dibayarlah pembeli dengan harga RM2.50 dan anak2nya seisi keluarga sama2 minum dengan nyamannya sewaktu berbuka. Saya tidak menidakkan keperluan bazar ramadhan, tapi apa yang dibimbangkan adalah kealpaan kita untuk mengambil kira soal kebersihan dalam penyediaan makanan. Kalau tak nampak lain cerita, ini sudah terang lagikan bersuluh!. Langau2, habuk2 melekat, makanan yang dibiarkan terdedah, air2 peluh tangan jatuh kedalam air, kuku dan tangan yang kotor - Semua ini yang kita tak nampak akibat dari keterujaan kita untuk menikmati juadah yang "enak" di bazar ramadhan.

Ada lagi kisah pelik umat islam dibulan puasa yang mahu saya ceritakan. Tentang imam di sebuah masjid dimalam2 terawikh. Tapi saya rasa cukup setakat ini dulu.

selamat berpuasa! 


ELOK

alangkah eloknya bila muda terus muda dengan bahagianya
alangkah elok juga kalau tua kekal tua dengan bahagianya
alangkah seronoknya kalo yang elok2 tu kekal lama, intact - tak musnah
alangkah elok juga kalau sepanjang masa gembira tu ada, tak pergi mana2
alangkah elok kalau masa berputar mendatar dan situasi kekal dalam bahagianya
alangkah elok juga kalo masa tak bergerak, jadi tak semua rasa takit dan sedih
alangkah senangnya kalau masa tak ada limit
alangkah seronok kalau hari2 malam atau hari2 siang
alangkah eloknya kalau tak ada pertandingan
alangkah eloknya kalau tak ada siapa dulu siapa malu
alangkah eloknya kalo semuanya bermula, semuanya bertemu
alangkah seronok kalau tak adanya berpisah tak adanya gelisah tak adanya pasrah tak adanya marah
alangkah elok kalau hari2 ceria hari2 duka
alangkah eloknya kalau sama2 suka sama2 derita
alangkah eloknya kalau tak ada yang pergi tak ada yang datang
alangkah eloknya kalau semua yang tinggi suka, semua yang rendah juga suka
alangkah eloknya kalau tak ada kenangan
alangkah elok juga kalo kenangan tu realiti
alangkah seronoknya kalau tak ada dengki, tak ada cemburu
alangkah eloknya kalau masa boleh berundur, atau at least tunggu sekejap
alangkah eloknya kalau tak ada susah. kalau senang pun, tak ada yg derita
alangkah eloknya kalo pertemuan tu kekal lama
alangkah eloknya kalo berpisah tu tak ada
alangkah eloknya kalo pelangi boleh sentuh, sambil budak2 menggelonsor diatasnya
alangkah eloknya kalo setia tu ikhlas bukan just menumpang
alangkah seronok kalau semuanya sama-sama
alangkah elok kalo kita punya rasa yang sama
alangkah elok kalo rindu bukan sekadar untuk cinta
alangkah elok kalo tak ada selamat tinggal
alangkah elok kalo terpaksa tak ada kat dunia
alangkah elok kalau kasihan tak pernah wujud
alangkah elok kalo airmata kering atau tak dicipta terus
alangkah elok kalo tak ada siapa yang kecik hati
alangkah seronok kalo semua orang ada benda yang sama
alangkah seronok kalo semuanya tak berubah
alangkah elok kalo semuanya kekal ditempat yang sama
alangkah eloknya kalo rapat dan dekat kekal lama
alangkah seronok kalau malam tak sunyi, siang tak bising
alangkah seronok kalo buntu membantu
alangkah seronok kalau semua ada jalan
alangkah seronok kalau berborak boleh terus lama
alangkah eloknya kalo bertemu untuk selamanya
alangkah eloknya kalo selamat tinggal ucapan yg kesat
alangkah eloknya kalo hai adalah udara
alangkah eloknya kalo semuanya realiti
alangkah eloknya kalo semua tak boleh tidur
alangkah seronoknya kalo semua berjaga dan duduk bersama
alangkah elok kalo semua hidup dan tak ada kekal
alangkah eloknya kalau yang baru menjadi baru yang lama jadi lama
alangkah elok kalo semua dapat ambil
alangkah seronok kalau sama2 rasa
alangkah elok kalo kita tak lupa
alangkah elok kalau semua tak senyap
alangkah seronok kalau sepi tak ada
alangkah elok kalau semuanya elok-elok belaka.

rasa mcm anak A.Samad Said tak?..tak pun ada style M.Nasir tak?..sekadar mengisi masa sementara menunggu lewat malam.

Selamat ya semuanya!

pengemis halal di rumah tuhan

Saya ada sebab mengapa suka pergi di masjid ni, di damansara setiap kali hari jumaat untuk senbahyang jumaat. Sebabnya ialah saya suka suara imam2nya bila mengalunkan bacaan ayat2 quran waktu solat. Pernah jugak satu ketika air mata saya terlalulah murah untuk mengalir keluar, bukan kerana menyesali dosa2 saya, tapi kerana saya begitu tersentuh dengan alunan dan lenggok suara imamnya sewaktu baca salah satu surah dari quran (saya tidak tahu surah apa namanya). Sebab kedua mengapa saya suka sembahyang dekat masjid ini adalah kerana kedudukannya yang isolated. Jauh dari hingar-bingar kenderaan dan bas2 buruk yang memekak diatas jalan dengan mengeluarkan asap2 hitam.

Sudah hampir 3 tahun saya sembahyang jumaat disitu. tapi hari ini saya tergerak untuk menulis sesuatu tentang apa yang saya lihat sejak hampir 3 tahun lalu yang membuatkan saya jelik dengan pengurusan masjidnya.

Yang jelik tu ialah diorang menggunakan budak2 kecik untuk memungut duit derma dari satu saf ke saf yang lain sewaktu khatib menyampaikan khutbahnya. Saya gagal untuk melihat keadaan ini sebagai sesuatu yang mulia malah saya lebih menganggap budak2 yang kutip derma dengan kain bungkusan kain putih tu sebagai pengemis2 halal di rumah tuhan. Keputusan mereka untuk menggunakan kanak2 untuk memungut derma adalah satu tindakan mengada-mengada golongan2 masjid yang menganggap cara itu adalah cara yang mulia. Saya ada sebab mengapa saya pandang perkara ini sebagai salah:

1. Kacau - Sembahyang Jumaat ialah salah satu sembahyang jemaah yang wajib org islam buat pada setiap hari jumaat menggantikan zuhur. Jadi, dari 4 rakaat dalam zuhur, tuhan telah mengurangkannya menjadi 2 rakaat dan another 2 rakaat digantikan dengan khutbah. Tapi, bila budak2 menyemak berjalan2 disetiap saf, apakah perhatian jemaah tidak terganggu?. Jawapannya, pastinya terganggu. Jemaah akan melihat aksi budak2 tu memungut derma dari hujung saf disana ke hujung saf disini. Saya agak kesal bila melihat betapa sanggupnya pengurusan masjid menggunakan kanak2 untuk memungut derma. Betapa terdesaknya mereka untuk mendapatkan wang?. Masjid bukan tempat untuk memungut wang jemaah.

2. Gangguan mentaliti -  Saya tidak menafikan yang kanak2 adalah subject yang cukup berkesan untuk memenangi jiwa manusia. Dengan kata lain, isu kanak2 lebih memberi impak kepada jiwa manusia. Cara masjid menggunakan kanak2 agar mudah jemaah memberikan wang merupakan cara yang cukup tepat. Tetapi dalam konteks yang lebih terrible ialah, ianya memberi kesan gangguan mentaliti kepada jemaah yang tidak ada wang untuk derma, atau tidak mahu menderma atau sudah menderma di tabung kayu didepan pintu masuk. Bagaimana reaksi jemaah yang tidak ada wang dalam poketnya sewaktu kanak2 melintas didepannya sambil dihulurkan kain putih derma tersebut?. Bagaimana pula reaksi jemaah yang datang ke masjid tidak mahu menderma, lalu didepannya melintas budak2 berwajah sugul menghulurkan kain guni putih dgn harapan agar jemaah tersebut bagi duit?. Apa pula reaksi satu jemaah lain yang sebenarnya dah pun derma RM10 didalam tabung kayu yang terdapat dipintu masuk masjid?. Apakah dia perlu derma lagi?.
Keadaan2 seperti ini pastinya memberi kesan kepada psikology jemaah kerana jemaah lain yang melihat senario2 diatas pastinya memandang serong kepada jemaah2 tersebut yang tidak menghulurkan even RM0.15sen. Itu yang kita tidak mahu berlaku. Sepatutunya masjid datangnya manusia adalah untuk mendengar khutbah dan melunaskan wajibnya solat jemaah, lalu niatnya itu pudar mcm tuh je atas sbb budak2 yang ditugaskan untuk memungut derma di setiap saf telah memberi satu dimensi berbeza sesama jemaah dalam konteks sembahyang jumaat.

Betapa terdesaknya masjid inginkan wang sehinggakan digunakan budak2 agar jemaah yang datang rasa malu apabila tidak menderma. Lalu, niat menderma yang sepatutunya ikhlas tu menjadi dosa semata2. Itu yang masjid terlepas pandang, mungkin. Sudahlah ditugasnya budak2 pungut derma sewaktu khutbah, lepas tu bila selesai sembahyang, bergegas2 pula budak2 tadi tunggu di depan pintu untuk minta lagi derma dari jemaah. Lihatlah, betapa islam dan solat jemaah telah disalahgunakan oleh pengurusan masjid sendiri. Saya kecewa imam2 yang bersuara lunak merdu, menjerit2 didepan mikrofon tentang dosa dan pahala, rupa2nya 'buta' tentang kesilapan yang telah secara tidak langsung dia terlibat sama.

Ada juga di sesetengah masjid yang lain menggunakan kotak kayu kecil beroda disetiap saf. Lalu jemaah akan "dipertanggungjawabkan" untuk mengheret kotak tersebut kepada satu makmum kepada makmum yang lain sehingga selesai khutbah. Itu juga satu tindakan yang saya anggap kelakar yang berlaku di rumah yang dianggap suci oleh penganutNya. Tidak salah untuk pungut derma, tapi kenapa dengan cara sebegitu?. Saya fikir adalah lebih baik sekiranya tabung derma diletakkan saja disetiap pintu masjid - itu sudah memadai. Janganlah sampai terlalu mendesak orang2 islam umtuk menderma. Derma seharusnya datang dari niat, dan niat perlu ikhlas. Bukankah kita diajar dari kecil bahawa Setiap amalan itu bermula dari Niat?.

Seakan2 sudah jadi peraturan disemua masjid, setiap hari jumaat, kene mintak sedekah kat semua jemaah yang datang. Apakah ini budaya solat jumaat yang ingin kita angkat dalam kononnya untuk menjaga kesucian dan kehormatan islam?.

Rumah tuhan adalah untuk sembahyang wajib di hari jumaat. Bukan sebagai satu tempat yang memberi peluang kepada pengurusan masjid untuk kutip derma dengan cara yang mendesak dan mengaibkan. Masjid2 kita sudah lama diaibkan, dimalukan. Lalu jangan ditambah lagi aib itu. Jangan didedahkan lagi ke"malu"an tu.

Selamat berhujung minggu!