BUAH


Sayang sekali apabila mengenanghkan hari ibu telah lama berlalu kerana hari ini untuk beberapa bulan lamanya saya tak update blog ni, saya sangat teruja untuk menulis bercakap perihal ibu. Ibu dan kasih sayang amat akrab jalinannya. Samseng jalanan, ketua kongsi gelap, pembunuh upahan atau siapa-siapa saja pastinya hati akan ada sedikit tersentuh kalau ada dikalangan mereka mencabar dengan meletakkan ibu mereka dalam sisi kehidupan sosial mereka.

Betapa mulianya ibu dari pandangan manusia sehingga ada yang meletakkan ibu sebagai tuhan. Malah tuhan juga telah meletakkan ibu dalam hierarchy kedua selepas tuhan. Pernah satu ketika pada zaman islam dahulu kala, ada seorang lelaki cukup payah untuk mati hingga datanglah ibunya untuk memaafkan segala dosa yang pernah dia buat keatas ibunya. Ada juga satu kejadian betapa kasihnya ibu pada anaknya yang sedang meraung lapar sanggup berlakon memasak depan anaknya padahal si ibu tak ada barang untuk masak sebab tak ada wang untuk beli barang-barang dapur. Ada juga kisah si ibu yang kaya raya di satu daerah terpencil di kawasan Matranjo sanggup membunuh diri akibat dicabar oleh jirannya dengan menyuruh si ibu bunuh diri kalau sayangkan anaknya. Lalu si ibu itupun bunuh diri.  Begitulah Maha tingginya konsep kasih sayang ibu.

Perihal ibu dalam konteks era/zaman sekarang bezanya cukup ketara sekali. Kebanyakan ibu hari ini dibesarkan dalam lingkaran ICT. Lingkaran ICT telah banyak beri kesan pada pandangan kasih sayang si ibu kepada anaknya. Lebih specific lagi, FB telah dijadikan tool yang begitu effektif bagi sang ibu untuk melantunkan betapa kasih dan sayangnya dia kepada anak kecilnya, lebih-lebih lagi. Malahan ekspresi kasih sayang ibu pada era hari ini amat MENAKUTKAN sekali.

Kenapa perlu MENAKUTKAN kalau ianya tentang kasih dan sayang?. Definisi MENAKUTKAN dalam konteks ini memang berbeza. Menakutkan pada maksud saya ialah apabila saya dapati hari ini ibu bapa seakan tidak malu untuk berkongsi segala cerita tentang rumah tangga dan kisah peribadi anak-anak mereka di laman-laman sosial lebih-lebih lagi facebook.

Pernah satu ketika terpampang di news feed facebook sang ibu meletakkan status yang dia sedang memerah susu badan untuk disusukan pada anaknya. Dan yang cukup mengaibkan apabila ada rakan-rakannya yang bukan muhrim turun komen diatas status tersebut. Mungkin kita lihat itu perkara biasa, tetapi kenyataan-kenyataan seperti itu boleh menyebabkan pembaca, dengan tidak dapat mengelak untuk terpaksa membayangkan visual buah dada milik si ibu yang tidak segan silu meletakkan status-status yang boleh mendedahkan aib mereka sendiri.

Ada juga dikalangan si ayah tidak segan silu memuat naik gambar tidak berbaju sambil memangku anak kecil yang sedang tidur di luar tamu rumah.Mungkin ini satu sikap yang membanggakan sang ayah, tapi sebenarnya sang ayah telah meletakkan dignity keluarga di mata masyarakat/atau di kalangan rakan-rakan yang melihatnya. 

Kalau dulu perihal keluarga adalah rahsia, tapi hari ini buah dada seorang wanita bukan lagi maruah buat muhrimnya, hari ini kasih sayang seorang lelaki terhadap muhrimnya bukan lagi berada antara sekadar dua hati...

SALAM.

No comments:

Post a Comment