HARGA DIRI SANG PUASA

Bulan puasa dah pun sampai ke penghujungnya. Segala puji bagi tuhan empunya puasa yang sudi untuk bagi peluang kepada saya untuk melaluinya sekali lagi. Hakikatnya yang perlu kita tahu yang puasa terkandung dalam senarai rukun islam yang patut kita sebagai orang yang beragama islam untuk buat setelah kita secara terbuka mengakui tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Kita yang berpuasa selalunya berpandangan negative pada orang islam lain yang tak berpuasa. Pada bulan puasa, kita akan rasa begitu berdosa apabila tak buat solat terawikh. Betapa satu bebanan yang seakan WAJIB untuk kita tampung iaitu bersahur walaupun sebenarnya bersahur bukanlah sesuatu yang meng"sah"kan puasa seseorang. Perkara-perkara inilah yang seringkali menjadi titik fokus orang islam kita yang berpuasa.

Kalau orang islam tak puasa kita cakap berdosa. Kalaupun kita tak cakap berdosa, saya pasti jauh disudut hati dan fikir kita memandang betapa sesorang yang tak berpuasa itu sebagai individu yang rendah nilai dan pekertinya. Kita tangkap orang islam yang kita dapati makan ditengah-tengah orang ramai. Kesilapan orang kita yang beragama islam disini adalah terlalu taksub dan obsess dengan bulan puasa sedangkan berpuasa sekadar berada di senarai ketiga rukun islam selepas Solat dan mengucap dua kalimah syahadah sebagai perkara pertama dalam senarai rukun islam. Sedangkan betapa ramai yang tidak mampu mengucap 2 kalimah syahadah dan murtad, sedangkan berjuta orang yang mengaku islam tapi tak tahu nak sembahyang dan tak cukup 5 waktu sehari semalam, kita seakan-akan memandang itu sebagai sesuatu yang "tak apa" dan meletakkan berpuasa itu sebagai amalan yang paling terpuji. Kalau kita tak kisah orang islam tak tahu sembahyang dan tak cukup 5 waktu wajib sembahyang, kenapalah kita sibuk nak tangkap orang yang tak berpuasa. Kalau kita tak pernah ambil peduli untuk meletakkan kepentingan agama dipersekitaran kita, kenapa perlu kita letakkan nilai budi dan pekerti yang cukup rendah kepada orang yang malas nak berpuasa?. 

Bulan apa dan sembahyang apa yang sanggup kita buat banyak rakaat dalam sembahyang walaupun tak wajib kalau bukan di bulan puasa?. kita meletakkan sembahyang sunat terawikh itu sebagai amalan yang "mesti buat" walaupun hakikatnya terawikh bukanlah apa-apa pun untuk dibandingkan dengan solat wajib 5 waktu sehari semalam. Bila bulan puasa, kita rasa sangat pelik kalau seseorang tak pergi sunat terawikh di masjid mahupun surau tapi kita tak pernah rasa berdosa bila kita dapat tahu seseorang tu tak sembahyang wajib 5 waktu. Bulan puasa adalah bulan yang begitu sentimental kerana tuhan meletakkan ia sebagai bulan yang mulia dan penuh berkat. Tapi tuhan tak pernah meletakkan wajib untuk orang yang berpuasa menunaikan sunat terawikh, namun malangnya ramai dikalangan orang islam kita meletakkan sunat terawikh tu semacam setaraf dengan solat wajib lalu memandang rendah nilai dan amalan seseorang yang tidak buat solat sunat terawikh. Sunat Terawikh hanyalah sekadar aksesori di bulan puasa. Seperti sebuah kereta, untuk memastikan kereta itu bergerak ke destinasi tertentu, kereta tersebut perlukan petrol. Dan petrol itu adalah niat berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam mentari. Aksesori kereta seperti pewangi, kusyen yang dibuat dari kulit, gear automatik..semua itu umpama sunat terawikh dan perkara2 sunat yang lain yang saya kira kalau tak buat atau tak ada pun, kereta masih tetap "sah" untuk berjalan selagi ada petrol iaitu yang kita umpamakan sebagai niat sah puasa. Jadi, kenapa perlu gelisah dan bersalah kalau ada mereka yang tak buat dan tak peduli solat terawikh sedangkan kita tak pernah ambil peduli berjuta orang yang masih tak tahu nak sembahyang wajib 5 kali sehari semalam?.

Perkara yang paling susah untuk kita buat dibulan puasa ialah bangun sahur. Kita gagahkan juga kudrat untuk bangun sahur walaupun bersahur bukanlah tersenarai dalam syarat sah berpuasa. Iya Nabi memang ada suruh kita berpuasa:-
           "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu 
          ada berkat" (Riwayat Bukhari & Muslim..)

             
Tapi yang sedihnya ramai dikalangan kita dengan perspektif islam yang bersandarkan kejumudan meletakkan sahur seakan-akan "mesti". Kita kejut si anak kecil yang sedang tidur nyenyak sebelum subuh semata-mata untuk sahur makan nasi lauk itu dan ini. Kita didik orang-orang dipersekitaran kita betapa sahur itu perlu agar tak lapar di siang hari. Memang tak salah untuk sahur. tiada salahnya, malah berkatnya ada. Tapi yang salahnya adalah kita seakan-akan terpaksa untuk bangun sahur agar kita tak lapar pada waktu siang. Hakikatnya, kalau kita tak makan memang perut akan lapar tak kisahlah samada bersahur atau tidak. Sahur itu sekadar penyokong tubuh untuk mendidik minda agar terus berpuasa hinggalah berbuka. Tapi sahur bukanlah penjamin kepada sah atau tidak seseorang itu berpuasa. Sahur juga bukanlah jaminan agar perut tak lapar. Silap. Kita juga seakan-akan melihat sahur itu wajib lalu kita akan rasa sangat bersalah kerana tak bersahur. Jadi, kenapa perlu kita bersahur dan kemudiannya berlapar di tengahari kalau solat zuhur pun kita tak ambil kisah?

Bulan puasa sepatutnya dijadikan bulan untuk kita menghargai nikmat tuhan dan bersyukur dengan rezeki yang kita ada serta merasai betapa siksanya Faduma Aden dari daerah Dadaab yang tak ada apa untuk makan bukan sahaja dibulan puasa malah setiap hari dia menghadapi siksaan yang cukup pedih akibat dari tak ada sumber makanan. Kita disini?...kuih-muih dan lauk pauk seakan satu pesta tahunan siap dengan lokasinya yang khas dinamakan sebagai Bazar Ramadhan. 

Tetapi hakikatnya, modus operandi tuhan untuk kita berpuasa seakan-seakan tak tercapai kerana kita terlalu taksub dan obses dengan terawikh, sahur dan puasa itu sendiri sehingga kita lupa the fundamental aspects yang terkandung dalam bulan puasa.

SELAMAT HARI RAYA!


-1.20am, bandar sungai long - 

No comments:

Post a Comment