Saya ada sebab mengapa suka pergi di masjid ni, di damansara setiap kali hari jumaat untuk senbahyang jumaat. Sebabnya ialah saya suka suara imam2nya bila mengalunkan bacaan ayat2 quran waktu solat. Pernah jugak satu ketika air mata saya terlalulah murah untuk mengalir keluar, bukan kerana menyesali dosa2 saya, tapi kerana saya begitu tersentuh dengan alunan dan lenggok suara imamnya sewaktu baca salah satu surah dari quran (saya tidak tahu surah apa namanya). Sebab kedua mengapa saya suka sembahyang dekat masjid ini adalah kerana kedudukannya yang isolated. Jauh dari hingar-bingar kenderaan dan bas2 buruk yang memekak diatas jalan dengan mengeluarkan asap2 hitam.
Sudah hampir 3 tahun saya sembahyang jumaat disitu. tapi hari ini saya tergerak untuk menulis sesuatu tentang apa yang saya lihat sejak hampir 3 tahun lalu yang membuatkan saya jelik dengan pengurusan masjidnya.
Yang jelik tu ialah diorang menggunakan budak2 kecik untuk memungut duit derma dari satu saf ke saf yang lain sewaktu khatib menyampaikan khutbahnya. Saya gagal untuk melihat keadaan ini sebagai sesuatu yang mulia malah saya lebih menganggap budak2 yang kutip derma dengan kain bungkusan kain putih tu sebagai pengemis2 halal di rumah tuhan. Keputusan mereka untuk menggunakan kanak2 untuk memungut derma adalah satu tindakan mengada-mengada golongan2 masjid yang menganggap cara itu adalah cara yang mulia. Saya ada sebab mengapa saya pandang perkara ini sebagai salah:
1. Kacau - Sembahyang Jumaat ialah salah satu sembahyang jemaah yang wajib org islam buat pada setiap hari jumaat menggantikan zuhur. Jadi, dari 4 rakaat dalam zuhur, tuhan telah mengurangkannya menjadi 2 rakaat dan another 2 rakaat digantikan dengan khutbah. Tapi, bila budak2 menyemak berjalan2 disetiap saf, apakah perhatian jemaah tidak terganggu?. Jawapannya, pastinya terganggu. Jemaah akan melihat aksi budak2 tu memungut derma dari hujung saf disana ke hujung saf disini. Saya agak kesal bila melihat betapa sanggupnya pengurusan masjid menggunakan kanak2 untuk memungut derma. Betapa terdesaknya mereka untuk mendapatkan wang?. Masjid bukan tempat untuk memungut wang jemaah.
2. Gangguan mentaliti - Saya tidak menafikan yang kanak2 adalah subject yang cukup berkesan untuk memenangi jiwa manusia. Dengan kata lain, isu kanak2 lebih memberi impak kepada jiwa manusia. Cara masjid menggunakan kanak2 agar mudah jemaah memberikan wang merupakan cara yang cukup tepat. Tetapi dalam konteks yang lebih terrible ialah, ianya memberi kesan gangguan mentaliti kepada jemaah yang tidak ada wang untuk derma, atau tidak mahu menderma atau sudah menderma di tabung kayu didepan pintu masuk. Bagaimana reaksi jemaah yang tidak ada wang dalam poketnya sewaktu kanak2 melintas didepannya sambil dihulurkan kain putih derma tersebut?. Bagaimana pula reaksi jemaah yang datang ke masjid tidak mahu menderma, lalu didepannya melintas budak2 berwajah sugul menghulurkan kain guni putih dgn harapan agar jemaah tersebut bagi duit?. Apa pula reaksi satu jemaah lain yang sebenarnya dah pun derma RM10 didalam tabung kayu yang terdapat dipintu masuk masjid?. Apakah dia perlu derma lagi?.
Keadaan2 seperti ini pastinya memberi kesan kepada psikology jemaah kerana jemaah lain yang melihat senario2 diatas pastinya memandang serong kepada jemaah2 tersebut yang tidak menghulurkan even RM0.15sen. Itu yang kita tidak mahu berlaku. Sepatutunya masjid datangnya manusia adalah untuk mendengar khutbah dan melunaskan wajibnya solat jemaah, lalu niatnya itu pudar mcm tuh je atas sbb budak2 yang ditugaskan untuk memungut derma di setiap saf telah memberi satu dimensi berbeza sesama jemaah dalam konteks sembahyang jumaat.
Betapa terdesaknya masjid inginkan wang sehinggakan digunakan budak2 agar jemaah yang datang rasa malu apabila tidak menderma. Lalu, niat menderma yang sepatutunya ikhlas tu menjadi dosa semata2. Itu yang masjid terlepas pandang, mungkin. Sudahlah ditugasnya budak2 pungut derma sewaktu khutbah, lepas tu bila selesai sembahyang, bergegas2 pula budak2 tadi tunggu di depan pintu untuk minta lagi derma dari jemaah. Lihatlah, betapa islam dan solat jemaah telah disalahgunakan oleh pengurusan masjid sendiri. Saya kecewa imam2 yang bersuara lunak merdu, menjerit2 didepan mikrofon tentang dosa dan pahala, rupa2nya 'buta' tentang kesilapan yang telah secara tidak langsung dia terlibat sama.
Ada juga di sesetengah masjid yang lain menggunakan kotak kayu kecil beroda disetiap saf. Lalu jemaah akan "dipertanggungjawabkan" untuk mengheret kotak tersebut kepada satu makmum kepada makmum yang lain sehingga selesai khutbah. Itu juga satu tindakan yang saya anggap kelakar yang berlaku di rumah yang dianggap suci oleh penganutNya. Tidak salah untuk pungut derma, tapi kenapa dengan cara sebegitu?. Saya fikir adalah lebih baik sekiranya tabung derma diletakkan saja disetiap pintu masjid - itu sudah memadai. Janganlah sampai terlalu mendesak orang2 islam umtuk menderma. Derma seharusnya datang dari niat, dan niat perlu ikhlas. Bukankah kita diajar dari kecil bahawa Setiap amalan itu bermula dari Niat?.
Seakan2 sudah jadi peraturan disemua masjid, setiap hari jumaat, kene mintak sedekah kat semua jemaah yang datang. Apakah ini budaya solat jumaat yang ingin kita angkat dalam kononnya untuk menjaga kesucian dan kehormatan islam?.
Rumah tuhan adalah untuk sembahyang wajib di hari jumaat. Bukan sebagai satu tempat yang memberi peluang kepada pengurusan masjid untuk kutip derma dengan cara yang mendesak dan mengaibkan. Masjid2 kita sudah lama diaibkan, dimalukan. Lalu jangan ditambah lagi aib itu. Jangan didedahkan lagi ke"malu"an tu.
Selamat berhujung minggu!
Pandangan yang baik dari utara.
ReplyDeleteBagaimana pandangan dari selatan?
Yang nampak memang menyakitkan.
Bagaimana yang tersembunyi?
Sesungguhnya saya tidak tahu kerana rahmat Allah amat luas.
Lemahnya saya adalah kerana hanya mengamalkan yang asas sebaik mungkin yang mana kadang - kadang sering digagal dan kecundang mengawal nafsu yang satu.
terima kasih Anonymous.
ReplyDeleteTapi penulis gagal untuk paham apa yang cuba disampaikan dalam komen anda, Anonymous.