Ustaz dan Perempuan


Setahun yang baru akan datang lagi. Masa kian kelam kabutnya menjadi-jadi. Kita seakan2 semuanya setuju bahawa masa sangat gila pantasnya. Dalam perspektif agama, antara tanda2 hari kiamat hampir berlaku adalah apabila masa menjadi begitu pantas. Siang menjadi singkat. Malam sekelip mata. Teringat ada satu nas dari naskah islam dahulu kala pernah rekodkan.
Nabi Muhammad kekasih tuhan pernah bersabda lebih kurang begini:
 " tidak akan berlaku kiamat sehinggalah masa menjadi cepat, Setahun bagai sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminngu bagaikan sehari! Sehari bagaikan satu jam, dan sejam terasa begitu sekejap". (riwayat abu hurairah).

Takpelah..tarikh bilanya kiamat tu, kita serahkan saja pada tuhan...kalau ada yang percaya dengan teori nostradamus, kita tunggu dan lihat saja apakah benar benar 2012 pengakhiran dunia. Tapi yang pasti tuhan dah berjanji, tak akan ada satu makhluk pun yang tahu bila berlakunya kiamat.

Siapa yang tak sedih, runtun hatinya bila tengok dan dengar cerita dan gambar dari media  tentang betapa kezaliman tentera israel yahudi laknatullah menyerang bertubi-tubi semenanjung gaza sebagai serangan balas tentera hamas yang dijadikan alasan oleh kerajaan iblis israel untuk membabi buta membedil siapa dan apapun di gaza. 

Kemarahan dunia keatas kekejaman israel zionist  telah menidakkan perbezaan agama dan fahaman diseluruh dunia. Dalam konteks mikro, malaysia tidak terlepas dari sebahagian amarah dunia lalu dimanifestasikan dalam bentuk memboikot produk2 yang berkaitan dengan yahudi. Paling dominant adalah Mcdonald.  Walaupun ada banyak produk yahudi yang kita consume setiap hari, entah kenapa mcd menjadi subjek yang sangat-sangat dominant dalam usaha memboikot. Takpalah, kerana sekurang-kurangnya kita ada juga usaha dan jihad untuk membunuh kuasa israel yang selama ini menjadi sumpahan umat islam.

Dalam siri2 jihad mikro yang kita buat, rupa2nya ada juga kebanyakan orang islam kita menjadikan seruan boikot itu sebagai main2 dan sinikal. Ada suara sinis yang mempersenda usaha sebahagian dari kita yang memboikot mcd. Yang sedihnya, ustaz2 kita yang arif sepatutnya dalam agama juga seakan2 "lari" dan berdolak dalih dengan usaha memboikot mcdonald. Ada banyak contoh yang boleh kita kongsikan disini bagaimana ada diantara kita yang begitu sinis dan sinikal dengan golongan yang memboikot.

Boikot dan kesan
ada yang mempersoal, apa perlunya boikot mcd sedangkan barang lain kita guna juga dari yahudi. Iya, memang kita ada bnyak guna barang yang kita sedar atau tidak telah secara tidak langsung menjadi support kepada keterusan aliran dolar yahudi. Tapi kalau usaha pulaukan mcd dilakukan oleh kelompok kelompok besar umat islam diseluruh dunia, tidakkah dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan pada ekonomi dan budaya yahudi? Dalam matematik perspektif, susunan nombornya begini:
Jumlah outlet di Malaysia :  140 (dalam range kurang lebih)
Jumlah pembeli sehari untuk 1 outlet : 1000
Harga satu set spicy chicken mcdelux : RM8.90

Jumlah jualan untuk 1 outlet : 1000xRM8.50 = 8,500
Jumlah jualan untuk 140 outlet : 8,500x140= RM1,190,000

NAmpak tak?...ini baru sekadar kiraan secara ringkas. Untuk satu menu saja dah capai 1 juta, bayangkan kalau kita guna statistik secara terperinci untuk semua menu, di semua outlet diseluruh dunia, adakah kita masih mau menafikan dan memandang sinikal dengan keberkesanan memboikot yahudi?.. Kalau 100% dari kalangan masyarakat islam global memulaukan mcdonald, ia sudah cukup untuk memberi satu amaran kepada rejim israel bahawa sebenarnya umat islam tak perlukan senjata canggih untuk dijadikan bukti kita kuat. Cukuplah dengan kesepaduan kita sesama islam dalam memboikot mcdonald, salah satu dari produk yahudi ini telah sebenarnya membuatkan yahudi menggelupur.


TAPI SANGAT- SANGAT MEMALUKAN BILA ADA RAMAI JUGA ANTARA SAHABAT-SAHABAT KITA YANG AMBIL SIKAP "IGNORANCE" DAN MEMANDANG USAHA MEMBOIKOT SEBAGAI SESUATU YANG BOLEH DIPERMAINKAN DAN SINIS. INI TERMASUK JUGA KEBANYAKAN USTAZ DAN USTAZAH CELEBRITY MALAYSIA YANG RAMAI MEMANIPULASI ILMU DAN FAHAMAN MEREKA UNTUK KELIRUKAN ORANG BIASA SEPERTI SAYA. YANG LEBIH SADIS LAGI PERNAH SAYA SECARA TAK SENGAJA TERPANDANG SATU KENYATAAN DARI SEORANG USTAZ YANG MEMANG FAMOUS DI FB MENULIS BAHAWA JIHAD SEBENAR DALAM MENENTANG ISRAEL BUKANLAH SEKADAR MEMBOIKOT PRODUK ISRAEL, TETAPI JIHAD YANG LEBIH BESAR ADALAH AKHLAK DAN MORAL KITA. INILAH KENYATAAN MALAS DARI AHLI AGAMA YANG MEMANDANG USAHA BOIKOT DALAM KONTEKS YANG BEGITU SEMPIT. SEPATUTNYA MEREKA BERCAKAP DENGAN WISDOM, RELEVANT DAN LOGIK. BUKANNYA SEKADAR LEPASKAN BATUK DITANGGA. KALAU BERCAKAP TENTANG CINTA DAN ISTIMEWANYA WANITA, BUKAN MAIN BERMADAH PUJANGGA LAGI USTAZ2 KITA DI FB, TAPI BILA BERCAKAP TENTANG ISU BOIKOT DAN GAZA, TAK LEBIH UMPAMA BUDAK FORM 5 DI SEKOLAH AGAMA RAKYAT YANG GAGAL DALAM SUBJEK MATH DAN SAINS, SEKADAR LULUS DALAM SUBJEK SYARIAH, AL-QURAN & SUNNAH! MALU. Saya tunduk hormat dengan kenyataan Dr MAza dalam tulisannya tentang usaha boikot. Dialah satu2 nya pakar agama yang bukan sahaja bercakap berlandaskan al-quran malah pendapatnya selari dengan logik dan keadaan semasa. Syabas Dr Maza.



Media dan Isu Gaza

Bukan saja media kita, malah media antarabangsa juga begitu "prihatin" dengan isu gaza dan palestin. Di malaysia saja, hari2 berita waktu perdana bercerita tentang pembunuhan kejam tentera israel keatas rakyat gaza, hari2 saja ada saja gambar dan video tangisan sang bapak meraung ratapi anak kecil berlumuran darah dikepala dan mata terbuka buntang memandang langit. Mati terkulai. Setiap hari berita2 "bersamamu" dalam konteks gaza dan palestin tersiar disemua medium tempatan. Dan lagi, kita dapat dengar orang2 dalam TV semuanya mengecam kezaliman israel diatas rakyat terutamanya wanita dan anak kecil. INILAH YANG DINAMAKAN SEBAGAI COMMERCIAL MEDIA. UNtuk tarik penonton, ayuh kita runtunkan hati penonton dengan cerita2 yang menyayat hati mereka tentang palestin dan gaza. Iya, manusia lebih tertarik dengan nilai kemanusiaan, kezaliman dan penindasan keatas anak kecil dan wanita. Jadi untuk tingkat rating, kita tunjukkan aspek2 kemanusiaan dalam isu palestin dan gaza. 


Kita terlalu beriya2 marah dengan pembunuhan kejam israel keatas wanita dan kanak2 palestin yang terpampang di media sehingga kita seakan2 terlupa untuk bercakap tentang konteks yang lebih besar iaitu bagaimana untuk hentikan kezaliman isreal. Media tak berminat dengan PBB, media tak berminat dengan OIC. Media juga tak berminat untuk paparkan kumpulan-kumpulan pendesak kepada perubahan dan rombakan polisi antarabangsa, golongan intelektual islam dan pimpinan islam dunia seakan disorokkan oleh kebanyakan pengamal media kita. Media kita lebih suka kepada cerita-cerita kemanusiaan yang boleh menarik ramai penonton dan pendengar. Itulah sebab terlalu banyak photo-photo sadis, video2 yang meruntun jiwa semuanya tentang kematian, pengeboman, pembunuhan dan derma mendominasi paparan media.


Pernah satu ketika dulu kita kutuk israel dan kita laung2kan boikot...kemudian senyap...dan hari ni datang semula laungan boikot. Lalu ramailah antara kita yang menggerakkan usaha boikot, ada juga yang carutkan yahudi, ada juga yang share link tentang kezaliman yahudi dan mengajak untuk kita berdoa akan keamanan palestin dan banyak lagi. Alhamdulillah lah...tapi apa yang kita ngeri adalah apakah pasca gencatan senjata yang dihoskan oleh mesir tempoh hari kita tidak lagi boikot mcdonald. Maklumlah, prosperity baru saja keluar!

Laungan benci dan boikot mcdonald, salah satu produk yahudi wajarnya janganlah sepi sampai hari kiamat kerana tuhan ada sebut yahudi tidak akan surrendar sampai kiamat, jadi kita juga janganlah sekali- kali surrendar untuk terus laungkan dan zahirkan kebencian dan boikot kita keatas yahudi yang gila.


Kepada kita yang tak mau ambil peduli tentang boikot, janganlah kita sinis dan sinikal dengan usaha mereka yang sedang berjihad dengan nafsu dan jiwa menentang kekufuran dan ego yahudi.
Wallahualam...






Sent from my iPad

HARGA DIRI SANG PUASA

Bulan puasa dah pun sampai ke penghujungnya. Segala puji bagi tuhan empunya puasa yang sudi untuk bagi peluang kepada saya untuk melaluinya sekali lagi. Hakikatnya yang perlu kita tahu yang puasa terkandung dalam senarai rukun islam yang patut kita sebagai orang yang beragama islam untuk buat setelah kita secara terbuka mengakui tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Kita yang berpuasa selalunya berpandangan negative pada orang islam lain yang tak berpuasa. Pada bulan puasa, kita akan rasa begitu berdosa apabila tak buat solat terawikh. Betapa satu bebanan yang seakan WAJIB untuk kita tampung iaitu bersahur walaupun sebenarnya bersahur bukanlah sesuatu yang meng"sah"kan puasa seseorang. Perkara-perkara inilah yang seringkali menjadi titik fokus orang islam kita yang berpuasa.

Kalau orang islam tak puasa kita cakap berdosa. Kalaupun kita tak cakap berdosa, saya pasti jauh disudut hati dan fikir kita memandang betapa sesorang yang tak berpuasa itu sebagai individu yang rendah nilai dan pekertinya. Kita tangkap orang islam yang kita dapati makan ditengah-tengah orang ramai. Kesilapan orang kita yang beragama islam disini adalah terlalu taksub dan obsess dengan bulan puasa sedangkan berpuasa sekadar berada di senarai ketiga rukun islam selepas Solat dan mengucap dua kalimah syahadah sebagai perkara pertama dalam senarai rukun islam. Sedangkan betapa ramai yang tidak mampu mengucap 2 kalimah syahadah dan murtad, sedangkan berjuta orang yang mengaku islam tapi tak tahu nak sembahyang dan tak cukup 5 waktu sehari semalam, kita seakan-akan memandang itu sebagai sesuatu yang "tak apa" dan meletakkan berpuasa itu sebagai amalan yang paling terpuji. Kalau kita tak kisah orang islam tak tahu sembahyang dan tak cukup 5 waktu wajib sembahyang, kenapalah kita sibuk nak tangkap orang yang tak berpuasa. Kalau kita tak pernah ambil peduli untuk meletakkan kepentingan agama dipersekitaran kita, kenapa perlu kita letakkan nilai budi dan pekerti yang cukup rendah kepada orang yang malas nak berpuasa?. 

Bulan apa dan sembahyang apa yang sanggup kita buat banyak rakaat dalam sembahyang walaupun tak wajib kalau bukan di bulan puasa?. kita meletakkan sembahyang sunat terawikh itu sebagai amalan yang "mesti buat" walaupun hakikatnya terawikh bukanlah apa-apa pun untuk dibandingkan dengan solat wajib 5 waktu sehari semalam. Bila bulan puasa, kita rasa sangat pelik kalau seseorang tak pergi sunat terawikh di masjid mahupun surau tapi kita tak pernah rasa berdosa bila kita dapat tahu seseorang tu tak sembahyang wajib 5 waktu. Bulan puasa adalah bulan yang begitu sentimental kerana tuhan meletakkan ia sebagai bulan yang mulia dan penuh berkat. Tapi tuhan tak pernah meletakkan wajib untuk orang yang berpuasa menunaikan sunat terawikh, namun malangnya ramai dikalangan orang islam kita meletakkan sunat terawikh tu semacam setaraf dengan solat wajib lalu memandang rendah nilai dan amalan seseorang yang tidak buat solat sunat terawikh. Sunat Terawikh hanyalah sekadar aksesori di bulan puasa. Seperti sebuah kereta, untuk memastikan kereta itu bergerak ke destinasi tertentu, kereta tersebut perlukan petrol. Dan petrol itu adalah niat berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam mentari. Aksesori kereta seperti pewangi, kusyen yang dibuat dari kulit, gear automatik..semua itu umpama sunat terawikh dan perkara2 sunat yang lain yang saya kira kalau tak buat atau tak ada pun, kereta masih tetap "sah" untuk berjalan selagi ada petrol iaitu yang kita umpamakan sebagai niat sah puasa. Jadi, kenapa perlu gelisah dan bersalah kalau ada mereka yang tak buat dan tak peduli solat terawikh sedangkan kita tak pernah ambil peduli berjuta orang yang masih tak tahu nak sembahyang wajib 5 kali sehari semalam?.

Perkara yang paling susah untuk kita buat dibulan puasa ialah bangun sahur. Kita gagahkan juga kudrat untuk bangun sahur walaupun bersahur bukanlah tersenarai dalam syarat sah berpuasa. Iya Nabi memang ada suruh kita berpuasa:-
           "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu 
          ada berkat" (Riwayat Bukhari & Muslim..)

             
Tapi yang sedihnya ramai dikalangan kita dengan perspektif islam yang bersandarkan kejumudan meletakkan sahur seakan-akan "mesti". Kita kejut si anak kecil yang sedang tidur nyenyak sebelum subuh semata-mata untuk sahur makan nasi lauk itu dan ini. Kita didik orang-orang dipersekitaran kita betapa sahur itu perlu agar tak lapar di siang hari. Memang tak salah untuk sahur. tiada salahnya, malah berkatnya ada. Tapi yang salahnya adalah kita seakan-akan terpaksa untuk bangun sahur agar kita tak lapar pada waktu siang. Hakikatnya, kalau kita tak makan memang perut akan lapar tak kisahlah samada bersahur atau tidak. Sahur itu sekadar penyokong tubuh untuk mendidik minda agar terus berpuasa hinggalah berbuka. Tapi sahur bukanlah penjamin kepada sah atau tidak seseorang itu berpuasa. Sahur juga bukanlah jaminan agar perut tak lapar. Silap. Kita juga seakan-akan melihat sahur itu wajib lalu kita akan rasa sangat bersalah kerana tak bersahur. Jadi, kenapa perlu kita bersahur dan kemudiannya berlapar di tengahari kalau solat zuhur pun kita tak ambil kisah?

Bulan puasa sepatutnya dijadikan bulan untuk kita menghargai nikmat tuhan dan bersyukur dengan rezeki yang kita ada serta merasai betapa siksanya Faduma Aden dari daerah Dadaab yang tak ada apa untuk makan bukan sahaja dibulan puasa malah setiap hari dia menghadapi siksaan yang cukup pedih akibat dari tak ada sumber makanan. Kita disini?...kuih-muih dan lauk pauk seakan satu pesta tahunan siap dengan lokasinya yang khas dinamakan sebagai Bazar Ramadhan. 

Tetapi hakikatnya, modus operandi tuhan untuk kita berpuasa seakan-seakan tak tercapai kerana kita terlalu taksub dan obses dengan terawikh, sahur dan puasa itu sendiri sehingga kita lupa the fundamental aspects yang terkandung dalam bulan puasa.

SELAMAT HARI RAYA!


-1.20am, bandar sungai long - 

BUAH


Sayang sekali apabila mengenanghkan hari ibu telah lama berlalu kerana hari ini untuk beberapa bulan lamanya saya tak update blog ni, saya sangat teruja untuk menulis bercakap perihal ibu. Ibu dan kasih sayang amat akrab jalinannya. Samseng jalanan, ketua kongsi gelap, pembunuh upahan atau siapa-siapa saja pastinya hati akan ada sedikit tersentuh kalau ada dikalangan mereka mencabar dengan meletakkan ibu mereka dalam sisi kehidupan sosial mereka.

Betapa mulianya ibu dari pandangan manusia sehingga ada yang meletakkan ibu sebagai tuhan. Malah tuhan juga telah meletakkan ibu dalam hierarchy kedua selepas tuhan. Pernah satu ketika pada zaman islam dahulu kala, ada seorang lelaki cukup payah untuk mati hingga datanglah ibunya untuk memaafkan segala dosa yang pernah dia buat keatas ibunya. Ada juga satu kejadian betapa kasihnya ibu pada anaknya yang sedang meraung lapar sanggup berlakon memasak depan anaknya padahal si ibu tak ada barang untuk masak sebab tak ada wang untuk beli barang-barang dapur. Ada juga kisah si ibu yang kaya raya di satu daerah terpencil di kawasan Matranjo sanggup membunuh diri akibat dicabar oleh jirannya dengan menyuruh si ibu bunuh diri kalau sayangkan anaknya. Lalu si ibu itupun bunuh diri.  Begitulah Maha tingginya konsep kasih sayang ibu.

Perihal ibu dalam konteks era/zaman sekarang bezanya cukup ketara sekali. Kebanyakan ibu hari ini dibesarkan dalam lingkaran ICT. Lingkaran ICT telah banyak beri kesan pada pandangan kasih sayang si ibu kepada anaknya. Lebih specific lagi, FB telah dijadikan tool yang begitu effektif bagi sang ibu untuk melantunkan betapa kasih dan sayangnya dia kepada anak kecilnya, lebih-lebih lagi. Malahan ekspresi kasih sayang ibu pada era hari ini amat MENAKUTKAN sekali.

Kenapa perlu MENAKUTKAN kalau ianya tentang kasih dan sayang?. Definisi MENAKUTKAN dalam konteks ini memang berbeza. Menakutkan pada maksud saya ialah apabila saya dapati hari ini ibu bapa seakan tidak malu untuk berkongsi segala cerita tentang rumah tangga dan kisah peribadi anak-anak mereka di laman-laman sosial lebih-lebih lagi facebook.

Pernah satu ketika terpampang di news feed facebook sang ibu meletakkan status yang dia sedang memerah susu badan untuk disusukan pada anaknya. Dan yang cukup mengaibkan apabila ada rakan-rakannya yang bukan muhrim turun komen diatas status tersebut. Mungkin kita lihat itu perkara biasa, tetapi kenyataan-kenyataan seperti itu boleh menyebabkan pembaca, dengan tidak dapat mengelak untuk terpaksa membayangkan visual buah dada milik si ibu yang tidak segan silu meletakkan status-status yang boleh mendedahkan aib mereka sendiri.

Ada juga dikalangan si ayah tidak segan silu memuat naik gambar tidak berbaju sambil memangku anak kecil yang sedang tidur di luar tamu rumah.Mungkin ini satu sikap yang membanggakan sang ayah, tapi sebenarnya sang ayah telah meletakkan dignity keluarga di mata masyarakat/atau di kalangan rakan-rakan yang melihatnya. 

Kalau dulu perihal keluarga adalah rahsia, tapi hari ini buah dada seorang wanita bukan lagi maruah buat muhrimnya, hari ini kasih sayang seorang lelaki terhadap muhrimnya bukan lagi berada antara sekadar dua hati...

SALAM.

Air Mani & Darah Kotor

kalaulah dapat jadi remaja semula
remaja yang umurnya dari saat keluar mani dan darah kotornya hingga zaman universiti atau mungkin zaman kolej atau zaman apapun sebelum dia menjadi dewasa
dia mahu gunakan masa itu dengan betul-betulnya
betullah kata tuhan dalam kitabNya: Demi masa sesungguhnya manusia kerugian..


Kalaulah dapat jadi remaja semula
dia mahu kenal muzik, kerana hari ini orang sanjung tinggi dengan ahli muzik
ahli muzik dapat jemputan banyak majlis2 elit, ahli muzik punya posisi yang baik dalam strata social manusia hari ini. Ahli muzik mampu tinggal di hotel berbulan2. ahli muzik boleh pergi luar negara setiap hari. Ahli muzik boleh jadi juri. Ahli muzik dapat bnyak royalti. Ahli muzik berkuasa menjadi ketua dalam okestra local mahupun antarabangsa.


Kalaulah dapat jadi remaja
dia mahu belajar menyanyi. Supaya dia boleh jadi penyanyi.
Hari ni, penyanyi disanjung bagaikan Bidadari. Penyanyi disanjung bagaikan Sang Raja dari negara Brontokaspara (negara ini tak wujud. direka sendiri, tak perlu google)
Penyanyi dapat berjuta endorsement. Penyanyi boleh bukan sekadar menyanyi, tapi juga boleh jadi celebrity. Host terkenal TV semuanya asalnya penyanyi diantaranya. 
Penyanyi hidupnya gemilang walaupun mungkin superficial, tapi sekurang2nya, menjadi penyanyi hidup diorang dikenali. Bila dikenali, mereka ternama, bila ternama buat itu dan ini menjadi senang saja.
Jadi penyanyi sultan2, orang2, cikgu2, ustaz...semua suka. Dapat title senang sekali. Bercinta juga boleh dengan anak raja atau mungkin kerabatnya.
Kalaulah dapat jadi remaja, dia mau belajar menyanyi.


Kalaulah dapat jadi remaja semula
dia mau belajar sains dan matematik
Hari ini, semuanya bercerita tentang teknologi dan ekonomi
Hari ini, kita bertuhankan kapitalis. Kapitalis bukan sekadar uwang dan ringgit
tapi teknologi dari ilmu sains juga bersekongkol dengan kehendak kapitalis
Bila pandai sains dan matematik, kerja senang dapat. 
Hari ini, semua berkisar tentang kemahiran dan untung. Ilmu sains itu kemahiran, ilmu math tu pula untung. Hari ni semua bercakap tentang untung dan rugi. Kalau tak boleh bagi untung pada company, kamu tak ada value. Nilai kamu rendah dalam pasaran. Kebanyakannya begitu, bukanlah semua.
Kalaulah dapat jadi remaja...


Kalaulah dapat jadi remaja semula
dia tak mau jadi budak baik2 disekolah
dia mau buat apa sahaja yang orang pandang sebagai nakal dan jahat
Sebab, menjadi jahat dan nakal, anda akan belajar banyak perkara, dapat jumpa banyak tauladan
hari ini, orang yang dulunya jahat disanjung tinggi, perkertinya dipuji
Orang jahat ada ramai kawan ada ramai lawan
Kerana ramainya kawan, ramainya lawan, hidup mereka berwarna-warni
tak sunyi macam seorang ustaz di Kg Kautralipaksip dihujung dunia sana. Kerana bosan hidupnya, anak murid dicabulnya
Kalaulah dapat jadi remaja...


Kalaulah dapat jadi remaja
dia mahu banyak membaca. bukan membaca quran tapi baca komik
Hari ini, orang yang baca komik ramai yang kreatif
Orang yang baca komik tahu saja tentang apa saja. Tentang IT, Tentang kejuruteraan, tentang photography
Baca komik boleh buat ada jadi manusia yang berguna...walaupun tak semua
dia juga mahu tonton banyak kartun2 inggeris..supaya dia pandai berbahasa inggeris..boleh jadi pembaca berita di RTM2
Kalaulah dapat jadi remaja..


Kalaulah dapat jadi remaja
dia mau kumpul banyak duit
sebab hari ini semuanya tentang duit. Kalau ada duit anda boleh buat modal berniaga
bila berniaga, anda menjadi milik sendiri. Anda boleh punyai empayar perniagaan sendiri..anda akan jadi kaya
Hari ini, orang kaya dipandang mulia..sebab orang kaya ramai tolong orang miskin.
Orang kaya boleh tipu orang yang tak kaya. Orang kaya boleh berkawan dengan semua menteri. Orang kaya tak perlu pergi hospital umum yang kotor, jelik dan tak selesa.
Orang kaya, orang berduit boleh pergi hospital swata..layanan terbaik. Tak ada cover insurans pun, diorang boleh pergi hospital gleneagles bila2 saja.
Kalaulah dapat jadi remaja..


Kalaulah dapat jadi remaja
Siapa pun tak akan sia2kan keseronokannya
Sebab hari ini kita selalu mau menjadi remaja semula...
Kalaupun bukan anda, tapi saya...