MONYET

Buat pemimpin kami, YAB PM, kami amat terhutang budi dengan YAB PM diatas segala banyak kepedulian yang telah YAB PM lakukan selama ini. Jujur, kami telah membesar dalam era BN sejak lahirnya kami dimuka bumi Malaysia ini dan kami amat aman berjalan dan berlari dan kerana itulah kami takut untuk dinaungi oleh apa juga parti selain BN. Kami tak mahu selain BN.

YAB PM, sejak akhir-akhir ini banyak jenayah monyet (maksud saya, jenayah monyet adalah jenayah yang tak dianggap jenayah berat, tapi kesannya cukup hebat kepada pemangsa dari segi emosi dan psikologi). Jenayah Monyet adalah jenayah ragut dan rogol, ragut dan lari, ragut dan bunuh, ragut dan ugut, ragut dan pukul.

Mungkin ada yang beranggapan jenayah monyet adalah sekadar jenayah terpinggir yang tak perlu kepedulian yang tinggi. Tetapi YAB PM, andainya jenayah monyet ini tak dapat diatasi dan diberi liputan meluas media, apakah patut kita dakwa negara kita negara yang selamat?.

Bagilah berapa banyak duit dalam Br1M..500, 1000, 2000...teruskanlah kelakuan itu asalkan BN dapat pengaruh besar dalam masyarakat. Tapi kami minta YAB PM, tolong laburkan tenaga mahir, golongan cerdik pandai, pakar-pakar dalam bidang sosial dan undang-undang agar kita dapat lingkupkan jenayah monyet di negara ini. Malaysia negara yang selamat untuk kami diami..tapi apakah kami mampu hidup dengan aman dan selamat selagi kami terus berdepan dengan kebarangkalian anak perempuan kami, isteri kami, mak kami, nenek kami, mak cik saudara kami, saudari-saudari kami atau sesiapa sahaja wanita di luar sana berdepan dengan jenayah ragut dan rogol, ragut dan lari, ragut dan bunuh, ragut dan ugut, ragut dan pukul.

Betul, kita patut sentiasa berhati-hati dan jaga diri dan keselamatan sendiri. Tapi adakah ini alasan yang wajar diberikan kepada mangsa jenayah monyet ini tatkala mereka keluar bekerja?..tatkala mereka ke sekolah, tatkala mereka ke pasar, tatkala mereka ada banyak urusan diluar sana, dan terpaksa bernafas dalam ketakutan di dalam negaranya sendiri. Jenayah monyet telah serang kita bukan sekali, bukan dia kali, bukan sekadar di pekan kecil malah di kawasan elit..jadi, ini bukan soal diri sendiri..ini soal keselamatan rakyat, keselamatan negara..ini soal system dan mekanisma nasional yang perlu dititikberatkan, YAB PM.

Kami tak punya escort berbaris di depan dan belakang kami untuk menjaga dan lindungi kami. Kami tak mau pun. Yang kami mahu adalah kepedulian YAB PM dan para pemimpin pemerintah untuk menjamin keselamatan dan mematikan terus jenayah monyet di negara Malaysia. 

Alangkah eloknya andai kita dapat berjalan sambil bersiul-siul irama empat dara dilewat petang tanpa sebarang rasa takut berjalan pulang dari mana sahaja. Alangkah eloknya andai bapak dan emak tak perlu gusar biarkan anaknya tunggang basikal pulang ke rumah. Betapa eloknya andai kami boleh bernyanyi alangkah indah diwaktu pagi burung bersiul menyanyi-menyanyi...alangkah eloknya wahai YAB PM.

Hari mengundi tak lama, tak sekejap. Ada baiknya isu ini dijadikan manifesto untuk BN terus menggapai kepercayaan dan kerelaan kami terhadap BN sebagai pemerintah yang telah kami layari sejak azali lagi. 

Cinta monyet itu lumrah, tapi Jenayah Monyet itu parah, YAB PM..

Thank you.

2 comments:

  1. Bagus PDRM tubuhkan unit khas untuk membanteras "petty crimes" ini. Kesanya sangat menyeluruh dan akan membuatkan masyarakat hormat semula kepada pasukan polis. Tugas melawan demonstran jalanan dan menyaman pelanggar had laju boleh diserahkan kepad DBKL saja.

    ReplyDelete
  2. mentaliti sektor awam juga harus ditransformasikan...

    ReplyDelete