Bila Hari Isnin

Senayan untuk orang-negeri sembilan dialeknya bila ditanya hari apa selapas Ahad. Tapi tak kira apa juga nama hari asalkan selepas Ahad, semua orang punya feeling yang sama tentangnya.

Bila hari Isnin, kita merungut kenapalah cepat sangat isninnya. Langsung kita jadi bermalas-malasan di petang Ahad. Bila Isnin, kita tetiba jadi letih. Bila hari Isnin kita seakan berdoa, alangkah syok kalau Isnin cuti umum sama seperti Ahad. Bila hari isnin, pagi kita tak seindah pagi minggu, pagi sang suria seakan kusam dan muram tatkala kita selak langsir rumah seusai solat subuh yang hampir syuruk.Bila hari Isnin, facebook menjadi mangsa umpatan manusia terhadap kerjadan office mereka. Bila hari Isnin, jiwa 'mood' kita jatuh merudum, jangan ada yang silap sikit, pasti boleh jadi perang besar!. Bila hari Isnin, semua kerja macam ada yang tak kena. Bila hari Isnin, nak bangun pagi bak besi konkrit menghimpit badan. Bila hari Isnin yang elok, buruk belaka. Bila hari Isnin, cuaca hari cerah, tapi jiwa manusia amarah.

 

Bila hari Isnin, kita terlupa betapa, tak mungkin kita akan terus hidup untuk hari-hari yang berikutnya dan bertemu semula dengan hari minggu. Bila Isnin, kita terlupa tanpanya kita tak akan belajar sesuatu untuk tauladan dihari esoknya. Bila Isnin, kita tak mungkin menjadi yang terbaik. Tanpa Isnin, tak adalah jual-beli, periuk nasi pun takkan terisi. Tanpa Isnin, dimanalah semangat dan Inspirasi. Bila Isnin, kita dapat banyak cerita disana dan sini. Bila Isnin, kita tak ingat tokohislam terulung juga lahir dihari yang kita benci. Bila Isnin, kita tak lupa ianya mengajar kita untuk sabar. Bila Isnin..bila Isnin...

Bila Isnin, kita lupa sesungguhnya Isnin yang kita benci itulah yang telah menjadikan kita kuat untuk meneruskan kehidupan diri sendiri dan juga kehidupan orang-orang yang kita sayangi. Rahmat Tuhan itu luas,..dan Isnin adalah sebahagian dariNya

Salam Isnin untuk semua pembaca!