Ianya adalah universal definition apabila manusia memandang konsep jahat dan baik, betul dan salah - Makna bagi setiap konsep2 ini begitu obvious. Pergilah di dunia mana pun, peganglah pada agama apa pun, sandarlah pada ideologi siapa pun - kita mungkin berbeza, tapi apabila kita memperkatakan soal baik dan jahat, betul dan salah - ianya bukan subjektif yang boleh dibezakan oleh kepelbagaian. Ianya adalah objektif. Maksudnya yang baik tetap baik, yang jahat tetaplah jahat. Yang betul tetap betul yang salah tetaplah ia menjadi salah.
Apabila saya membaca kisah anak lelaki rozita didakwanya dibuli disekolah, dan dia telah membuat laporan polis, juga telah memindahkan anaknya di sekolah harian biasa, - saya amat bersetuju benar dengan tindakan dia. Tindakan rozita adalah tindakan nekad seorang ibu yang kasihnya pada seorang anak telah diaibkan oleh keadaan yang mengerikan yang melibatkan anak yang dikasihinya. Apa yang saya bimbangkan, ada banyak kes2 pukul, buli yang berlaku di sekolah berasrama yang tidak dapat pendedahan umum. Cuma rozita adalah ibu yang mempunyai sedikit kelebihan: Dia seorang public figure, dan apabila sesuatu yang melibatkan public figure, bersiap sedialah, satu dunia akan gempar!
Saya ada membaca tentang isu rozita dan anaknya. Itu tarikan saya, kerana ianya berlatar belakangkan isu sosial. Dan isu itu mendapat maklum balas pula di ruang Katarsis Kualong, Pancaindera, Ahad 1 May 2011 - Iya, masih lagi tentang rozita dan anaknya yang buatkan saya tidak meneruskan mengalih pada helaian muka surat yang berikutnya. Apabila Katarsis Kualong menulis semula tentang komen seorang guru yang tidak bersetuju dengan kenyataan rozita tentang isu "buli", saya tersenyum. Senyum sinikal dengan setiap pendapat dan luahan seorang cikgu dalam blog tersebut. Nyata, otak seorang cikgu cukup memalukan dalam berbicara soal dan isu buli yang didakwa oleh rozita. Penafian yang dibuat oleh cikgu tu sangat2 tidak boleh diterima pakai oleh otak yang waras, dan dalam konteks professionalisme, saya agak malu apabila seorang cikgu yang kononnya dianggap mulia mendidik anak bangsa, memberi pandangan yang jelik dalam menangani dan berdepan dengan isu buli mahupun isu pukul di sekolah.
1) Otak cikgu tersebut cuba untuk menafikan kes itu sebagai buli dengan berasaskan kepada struktur tubuh budak yang membuli. Apakah "buli" hanya diklasifikasikan berdasarkan superior dan kemantapan fizikal seseorang?. Apakah sekiranya budak yang membuli lebih kecil tubuhnya dari budak yang dibuli tu tak boleh dianggap buli?. - Adakah sekiranya bapak budak yang buli anak rozita tu hanya sekadar seorang anggota polis biasa lalu boleh dimaafkan dengan perbuatannya yang jelas salah?..Sebenarnya cikgu, ini bukan masalah definisi buli, tapi yang menjadi perkara pokoknya ialah, apakah cikgu bersetuju dengan tindakan "budak berbadan kecil" tuh menumbuk dada, perut dan telinga dekat anak rozita?. Apakah otak cikgu mengatakan menumbuk itu sebagai "touch-n-go" yang tak patut diambil pusing dan tak patut dihebahkan kepada media?. Sebagai seorang ibu, rozita tetap memandang itu sebagai buli. Anaknya dipanggil kedalam bilik, keseorangan dan ditumbuk dibahgian dada, perut dan telinga. - Betapa ceteknya otak cikgu bila itu semua dikatakanya sebagai touch-n-go..??..Apakah cikgu sekadar "biarkan" kalau anak perempuan atau anak lelaki cikgu sendiri yang ditumbuk atau dipukul disekolah?. Kalau itu pun cikgu menganggapnya sebagai biasa, saya rasa tak sepatutnya cikgu berada di sekolah sebagai guru. Apa yang kami faham, Cikgu adalah guru yang bukan saja mengajar, tapi belajar untuk melihat dan memahami jiwa anak2 muridnya. Kalau tidak, anda bukanlah cikgu, tapi anda adalah ciku busuk. (maafkan saya kerana sedikit emosi dan keterlaluan. Iya, saya amat tersentuh apabila soal sosial dan akhlak dianggap remeh, lebih2 lagi dari seorang cikgu!)
2) dan lagi sekali cikgu tersebut memandang kes anak rozita sebagai "ribut dalam cawan kopi". Katanya tak perlulah sampai melibatkan aduan polis, hebahan media dan sebagainya. Lihatlah dunia, kebodohan dari pandangan seorang cikgu tentang isu sosial yang berlaku disekolahnya. Kalau beginilah pandangan seorang cikgu yang menganggap kes tumbuk dada, perut, telinga tu sebagai isu kecil yang tak perlu nak dihebahkan, saya bimbang akan nasib akhlak dan jati diri generasi anak bangsa melayu yang akan menjaga sebuah negara malaysia di masa depan. Sewajarnya cikgu menjadi kesal dengan kes seperti itu, bukan dengan menyalahkan seorang ibu yang membuat aduan polis dan hebahan media kerana kesedihan dan kekecewaannya terhadap apa yang berlaku kepada anak yang dikandungnya 9 bulan dalam perut.
Cikgu tersebut seakan cuba untuk berada dalam keadaan "denial" - Penafian- Cuba membela dan membersihkan semula nama sekolahnya. MRSM Kuantan. Ini bukan soal nama sekolah menjadi buruk atau tercalar cikgu. Ini soal sosial, soal akhlak. Tak kira di sekolah manapun, sekolah berasrama penuh ke, berasrama tak berapa nak penuh ke - yang salah tetap salah- Tak ada mana2 undang-undang di dunia ni yang membenarkan seseorang mencederakan, menyakitkan fizikal seseorang. Didiklah anak-anak murid kamu dengan khabar-khabar yang mulia sepertimana masyarakat memandang anda sebagai profession yang mulia.
Cikgu tak perlu nak meraih simpati pembaca dengan tulisan2 cikgu yang seakan2 cuba untuk menyebelahi si"pembuli". Iya, rozita memang punya kelebihan untuk bercakap dengan sejuta orang di luar sana berbanding dengan sorang budak yang berwajah pucat bergetar berdepan seorang guru di homeroom. Namun cikgu lupa bahawa seorang budak yang ditumbuk dada, perut dan telinga sudah dinafikan haknya untuk mendapat pembelaan dari seorang guru di sekolahnya hanya kerana ibunya orang seni yang dipandang hina oleh kebanyakan orang berotak seperti cikgu. Jangan kerana ibunya penyanyi, bergelek diatas pentas,lalu anaknya yang cerdik dinafikan dan dibiarkan saja tanpa sebarang pembelaan yang wajar. Cikgu, anda harus jadi realistik, bukan jadi plastik!. - itu pesan saya-
Apabila berlaku kesakitan dan kecederaan pada seseorang, itu adalah perkara serius yang melibatkan sosial dan akhlak. Malah lebih parah lagi apabila perkara itu berlaku di sebuah sekolah di mana cikgunya menganggap keadaan itu sebagai remeh, touch-n-go dan "ribut dalam cawan kopi". Inilah otak seorang cikgu. Saya takut, akan rosak anak bangsa kalau otak seperti ini dianggap mulia professionnya.
Selamat bercuti!